Khamis, 27 Disember 2007

Rasai Daging Segar Kambing

Bukan hanya keenakannya menjadi sebutan ramai, tetapi yang paling digilai adalah kerana khasiatnya. Itu yang berlaku di Australia dan Amerika. Oleh sebab itu, kambing boer mendapat permintaan tinggi di sana. Malahan penternak kambing boer di sana situasinya berbeza dengan di Malaysia. Di sana mereka jutawantani. Di sini, belum ramai lagi.

Dan pengetahuan masyarakat di sana tentang khasiat dan keenakkan daging ini memang tidak boleh di sangkal lagi. Oleh itu, maka tidak hairanlah permintaannya tinggi iaitu 60% daripada daging merah yang lain, walaupun harganya agak "premium". Ini kerana kesihatan tidak boleh di jual beli. Situasi ini juga telah berlaku di Malaysia. Pengetahuan penduduk negara kini memang bertaraf global. Bertaraf angkasa....

Dengan gaya hidup dan pendapatan per kapita penduduk yang agak tinggi, maka tidak menjadi masalah untuk kita menjadikan makanan berhasiat sebagai menu harian. Ramai yang tidak kesah dengan harga, jika kualiti dan khasiat yang diterima memang mendapat pujian. Jadi, adalah langkah yang bijak untuk mendapatkan daging yang segar, berkhasiat dan berkualiti. Makanlah daging kambing boer!

Saudara pernah merasai keenakan daging kambing? Bukan hanya keenakan menjadi pertaruhan kami, tetapi yang penting adalah khasiatnya. Dapatkan daging segar kambing dari kami. Penjualan kami adalah dengan harga yang berpatutan, segar dari kandang....

Hubungi saya, untuk maklumat lanjut.

Selasa, 25 Disember 2007

Memelihara Kambing Sunah Kenabian

Sejarah kenabian dan rasul ramai diantaranya bermula atau pernah menternak danmengembala kambing. Begitu juga junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang bermula sebagai pengembala kambing dan kita sebagai penternak juga melaksanakan satusunah rasul, oleh itu pasti ada banyak fadilat dan keberkatannya.



Kata-kata ini saya petik daripada:
Che Ahmad Tantowi B. Che M. Arif (Institut Haiwan Kluang)

Khamis, 13 Disember 2007

Kenali Ciri Pejantan Boer Unggul

Ciri pejantan yang unggul yang paling utama ialah mempunyai sifat yang agresif dan galak apabila berhadapan dengan induk boer. Ini menunjukkan kadar metabolisma pejantan ini tinggi dan mempunyai keinginan mengawan yang tinggi.

Ciri ini penting untuk mendapatkan baka yang baik. Terutama keturunan jantannya. Ciri ini juga boleh dilihat jika ia dikumpulkan bersama pejantan lain. Kebiasaannya ia mendominasi kumpulan tersebut. Dan. Sifatnya yang paling penting, ia juga akan cuba memanjat belakang jantan yang lain untuk mengawan!

Di bawah ini dikongsikan bersama sebahagian ciri-ciri pejantan boer unggul:-

A - Jika di lihat daripada rupanya, lengkungan muka dan tanduknya mestilah rata seperti separuh bulatan.

B - Bahagian kepala pula, lebar hujung hidung yang terbaik haruslah sama rata dengan bibir bawah. Yang mana kambing tidak jongang atau bibir bawah melebihi yang atas. Bentuk matanya pula terbaik adalah seperti buah badam. Tompokan coklat pula mestilah sekurang-kurangnya terdapat 10 cm di kedua belah muka dan ditengah-tengah muka bewarna putih sejalur.

C - Dada dan leher berkulit tebal dan berkedut. Selain daripada itu dada mestilah bidang dan terbuka

D - Warna coklat mestilah hingga ke paras dada. Namun begitu, warna coklat yang lebih banyak menunjukkan boer ini lebih baik. Badan berwarna putih dengan kepala warna coklat gelap atau cerah tetapi mesti sama warna.

E - Belakang badan pula mesti panjang, lurus serta melebar. Manakala pinggul dalam keadaan lebar dan penuh dengan daging. Sementara itu "rump" tidak terlalu melekuk.

F - Ekornya menegak ke atas (berkeadaan seperti huruf C).

G - Kaki hadapan adalah sebaiknya lebih tinggi daripada kaki belakang dan mempunyai kuku yang sempurna dan lebar.

H - Kaki belakang pula haruslah pejal dan berotot. Kebiasaan kelihatan besar untuk menampung berat badan. Dan kelihatan lebih pendek sedikit daripada kaki depan. Kuku juga haruslah sempurna dan lebar.

**Segala komen & perkongsian maklumat dialu-alukan, kerana ciri-ciri ini sangat subjektif.

Khamis, 6 Disember 2007

Daging Boer Casserose Di JASH

Casserose kini, melangkah dengan memasarkan daging kambing boer (primal cut). Bagi saudara yang berminat untuk mendapatkan produk kami, sila dapatkannya di rangkaian Kedai Serbaneka JASH.

Penjualan daging boer Casserose di JASH akan bermula seawal 8 atau 9 Disember 2007. Buat masa sekarang kami masih lagi dalam proses penyediaan stok dan pemotongan terpilih (primal cut).

Jadi, inilah masanya untuk anda merasai keunikan daging kambing boer yang berkhasiat. Kini, amat mudah untuk memperolehinya.

Jumaat, 30 November 2007

Ferel untuk Korban & Aqiqah

Kambing Korban @ Aqiqah Casserose Yang Sehat & Terpilih

Casserose baru 3 hari lepas, dengan ini telah membawa masuk 80 ekor kambing ferel. Penjualan kambing ini adalah untuk tujuan Aqiqah dan Korban. Harga yang Casserose tawarkan macam harga orang lain juga lah... (atau rujuk di sebelah tepi iklan jualan kambing ferel kami).

Tapi, jualan feral kami lebih tertumpu di Kandang Segamat dan Maran. Namun, bukan bermakna kandang di Shah Alam tiada kambing baka ini. Hehe...

Jadi, bagi sesiapa berminat untuk menjalankan ibadah Korban atau/dan Aqiqah sempena Hari Raya AidulAdha yang bakal berkunjung tiba. Saudara di alu-alukan untuk menghubungi Selamat (012-2250603) atau Ali (012-6928884/09-4765061) atau hubungi saya sendiri Rie (012 2969763).

Isnin, 26 November 2007

Harga Promosi Boer Casserose

Pada hari Jumaat lalu (23 November 2007) kami telah membawa masuk kambing lagi. Kali ini, sebanyak 90 ekor kambing boer betina (F1, F2, F3, F4 & pure breed) dari Australia. Setelah sekian lama kami membawa masuk jumlah kambing yang banyak. Jadi telah tiba masanya kami menawarkan harga promosi untuk saudara penternak, pembeli dan peminat sekalian.

Kami menawarkan harga RM750 seekor. Pembelian dengan harga istimewa ini hanya ditawarkan sehingga 30hb November 2007 sahaja. Harga istimewa ini hanya dengan pembelian minimum 10 ekor kambing sahaja.

Khamis, 22 November 2007

Ahad, 18 November 2007

Usahasama Bijak: KS Agro, Jabatan Haiwan & Risda


Dari kiri depan, Pegawai Jabatan Haiwan & Pegawai Risda Daerah Maran

Ketua Kampung Kuala Sentul (baju biru putih), pegawai Risda, pegawai Jabatan Haiwan dan peserta-peserta kursus

Demi memeriahkan lagi dunia penternakan kambing, pada 11 September 2007 yang lalu, Jabatan Haiwan Daerah Maran, Risda Maran, dan KS Agro telah bergabung tenaga. Gabungan ini dengan jayanya menganjurkan kursus singkat "Pengenalan Penternakan Kambing Secara Komersil".

Kursus ini bermatlamat untuk mendedahkan masyarakat sekitar daerah Maran tentang potensi penternakan kambing yang cerah. Ini kerana kebiasaan di sini, ia hanya dipelihara untuk ternakan sara diri sahaja. Namun, dengan kerjasama ini kami bersama-sama mengorak langkah membuka persepsi masyarakat bahawa bidang ini berpotensi untuk dijayakan secara komersil.

Kursus sehari ini telah di jalankan di kandang KS Agro. Di samping berkursus, peserta juga telah dijamu dengan gulai kambing yang dijadikan hidangan di akhir kursus. 2 ekor kambing telah selamat di korbankan. Dan. Gulai kambing telah licin disantap peserta, tanpa ada yang mengadu pening. Malah ramai yang tak sudah-sudah mengadu gulai kambing kami sedap, sedaaapppp, sedaaaaaappppppp.......


Dua ekor kamping bakal menjadi santapan

Selasa, 13 November 2007

Petua Perubatan Kambing

Satu petua yang saya terima daripada seorang kawan India. Bahawa pokok bambu yang juga dikenali sebagai mambu atau semambu dengan nama saintifiknya Azadirachta Indica boleh menjadi pokok terapi untuk kambing. Terutama bagi kambing yang stress selepas pertukaran kandang atau tempat. Untuk mengurangkan atau mengelakkan stress, daun ini lebih baik diletakkan sekali dalam lori yang membawa kambing. Namun begitu, ubat anti-stres juga jangan diabaikan.

Daunnya boleh dijadikan ubat selsema bagi kambing. Adalah seelok-eloknya pokok ini di tanam berhampiran kandang atau dalam kawasan kandang supaya menjadi ubat untuk kambing yang sakit. Terutama yang berkaitan dengan pernafasan dan paru-paru.

Bahagian-bahagian pokok ini telah lama digunakan oleh kaum india dalam perubatan dan upacara sembahyang mereka. Dan. Penternak kambing kaum india juga sering menanam pokok ini dalam kawasan kandang mereka. Dengan ini, ia memudahkan bagi mereka untuk merawat kambing yang sakit. Selain, menghindarkan serangga merbahaya berada dalam kawasan kandang. Saudara mungkin pernah melihat pokok ini di sekitar kuil india atau di tepi jalan sahaja. Selamat mencuba...

Dan. 9 November 2007, Casserose telah membawa masuk lagi kambing boer yang berumur 4 bulan hingga 6 bulan dari Australia. Kali ini, jumlahnya sebanyak 180 ekor. Hanya induk sahaja. Jika berminat, saudara boleh melawat kandang kami di Jalan Kebun, Shah Alam. Peta untuk ke sana saudara boleh rujuk di SINI. Atau hubungi saya 012-2969763 rie[at]casserose[dot]com.

*Gambar dari http://toptropicals.com/ dan http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=72

Isnin, 5 November 2007

Demok Kami Yang Ori

Ingat lagi Si Tunggal kami yang lahirnya dengan berat 5kg? Namanya Demok sebenarnya. Sekarang dah berumur 5 bulan lebih.

Nak tahu berapa beratnya sekarang? Kami pun tidak menyangka, hasil daripada program pemakanan kami yang sitematik, dalam masa 5 bulan lebih, kini berat Demok hampir mencecah 30kg!!

Semalam, ada beberapa orang pembeli yang tertarik untuk membelinya. Maaf ye kawan-kawan, Demok ini buah hati Selamat. Demok ini tidak akan kami jual. He he.

Buat pengetahuan semua, suka saya tegaskan di sini bahawa Demok memang dilahir tunggal. Namun begitu, kami sangat hairan bagaimana ia mempunyai kembar di Senggora Lankaprima Farm menjadi Senboer. Dan. Yang paling menghairankan kami, artikel yang ditulisnya sama dengan tulisan saya di SINI pada 27 Julai 2007. Tanpa rasa bersalah. Nama Casserose dihilangkan dan diganti dengan nama organisasi mereka yang di PLAGIAT pada 28 Julai 2007. Penipuan terserlah di situ! Menipu pembeli.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Harta Intelek kami dirompak, diplagiat ataupun diciplak. Banyak kali. Pernah sekali, artikel saya menjadi skrip suatu rancangan di tivi 2 yang berkaitan dengan kambing boer. Bukan sekadar artikel, beserta dengan gambar-gambarnya sekali diambil. Pernah juga artikel saya menjadi manual program inkubator ternakan kambing sebuah syarikat. Kedua-duanya tanpa kredit ke atas kami. Kalau setakat gambar yang di copy & paste, tidaklah saya sepanas ini. Tetapi bulat-bulat hasil usaha buah fikiran saya di curi menjadi hak milik mereka. Yang lain-lain tak larat saya nyatakan di sini.

Ilmu di medium ini memanglah hak milik umum. Namun begitu, saudara haruslah beretika & bertanggungjawab. Ini kerana ia adalah ©Hak Cipta Terpelihara http://www.casserose.com.

Untuk kebaikan semua, kami izinkan artikel diambil untuk tujuan perkongsian ilmu. Jika ingin disiarkan di medium media yang lain, saudara hanya perlu kreditkan kepada Casserose Agrofarm™ atau esis@casserose™ dan link-kan kepada URL (alamat) entry artikel yang diambil atau kepada http://www.casserose.com/ atau http://www.kambing-boer.blogspot.com/. Itu sahaja.

Terima kasih.

Isnin, 29 Oktober 2007

Casserose Membantu Penternak

Kos makanan yang meningkat menyebabkan kos operasi penternak juga meningkat. Situasi ini lebih menekan jika penternak terpaksa memelihara kambing yang tidak produktif. Terutamanya kambing jantan yang tidak mempunyai ciri-ciri penjantan unggul sebagai baka. Sedangkan kos memeliharanya lebih tinggi daripada kambing betina yang lain.

Katakanlah kos makanan:
1 ekor jantan ( 1 hari) = 0.50sen
Jika 0.50sen X 30 hari = RM15

Jika anda mempunyai 10 ekor jantan yang bukan unggul. Dan anda terpaksa memeliharanya selama 8 bulan (kos makanan RM1200) atau 1 tahun (kos makanan RM1800) untuk di jadikan Aqiqah atau Korban. Namun anda harus ingat, ini tidak termasuk dengan kos operasi yang lain iaitu ubatan, vaksin, mineral dan sebagainya.

Maka kos yang terpaksa anda tanggung adalah sangat tinggi. Malah, kadang-kadang tidak menguntungkan. Untuk pengiraan kos sila klik SINI. Oleh itu, adalah lebih efisyen dan bijak jika saudara jual ketika kambing ini berumur antara 3 hingga 6 bulan.

Jadi, di mana anda akan pasarkan kambing-kambing ini?

Casserose Jawapannya. Ya. Pasarannya adalah kepada kami. Kepada casserose. Kami menjadi pasaran utama kambing boer anda. Kami mengalu-alukan penjualan kambing boer sahaja kepada kami. Kami membeli seberapa banyak kambing boer yang saudara ingin jual(jantan dan betina). Sungguh! Harga boleh dirunding.

Ini kerana, kerapkali masalah pasaran membelenggu penternak-penternak kita. Jadi, kami mengambil inisiatif ini untuk membantu rakan-rakan sekalian. Sila hubungi saya, Rie 012-2969763 atau rie@casserose.com.

Sabtu, 20 Oktober 2007

Lawati Website Casserose

Casserose telah melancarkan websitenya di ruang internet ini. Saudara boleh berkunjung ke SINI untuk mengenali Casserose dengan lebih dekat. Segala maklumat yang saudara perlukan ada dalam website kami. Namun begitu, untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci boleh juga menghubungi saya di rie[at]casserose[dot]com atau esis_rie[at]yahoo[dot]com.



Buat pengetahuan semua, semalam 19 Oktober 2007 Casserose membawa masuk lagi 158 ekor kambing boer dari Australia. Kambing-kambing ini kami tempatkan di kandang Casserose Jalan Kebun, Shah Alam. Lawatan dan pembelian saudara sangatlah kami alu-alukan. Sila hubungi saya 012 2969763 (Rie) untuk sebarang urusan. Terima kasih,

Jumaat, 12 Oktober 2007

INI IKLAN CASSEROSE

Kerjaya Di Casserose Agrofarm
Salam,

Peluang pekerjaan sebagai pengurus ladang.

Casserose sedang mencari seorang graduan dalam bidang pertanian atau penternakan sebagai pengurus ladang.

Krateria yang Casserose perlukan:

  1. Mempunyai ATTITUDE yang positif.
  2. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang penternakan kambing.
  3. Mempunyai minat yang mendalam dalam penternakan kambing.
  4. Sanggup bekerja tanpa mengira waktu.
  5. Tidak malu menjadikan jawatan ini sebagai kerjaya & bukan sekadar kerja.

Tarikh tutup iklan ini pada 31 Oktober 2007. Sila hubungi saya dengan menghantar resume yang lengkap ke esis_rie[at]yahoo[dot]com


Terima kasih,
-Esis-

Rabu, 10 Oktober 2007

Ucapan Selamat Hari Raya Daripada Casserose

Buat sahabat-sahabat perkambingan, Selamat Hari Raya & Maaf Zahir & Batin. Minta ampun salah silap dalam penulisan saya. Semoga raya ni diberi keberkatan dan keberuntungan dalam hidup. Bagi saudara yang balik raya di kampung, jangan lupa buka blog saya di kampung nanti ye.. hehehe. Dan sempena raya ni, jangan lupa sembahyang raya. Solat Aidilfitri sekali setahun aje. Kambing sepanjang tahun. Sibuk-sibuk juga dengan kambing, yang dituntut jang lupa. Apabila makan lemang atau ketupat di pagi raya, lebih sedap jika di cicah rendang .Kurangkan makan ataupun jangan makan terus. Katanya, ada enzim ...EEeeeeeeee....Pesanan terakhir saya pada sahabat semua, sebelum berkunjung-kunjungan tu, jangan lupa beri kambing makan dulu ye... Kasihan kesayangan, kebulur dan kurus dia di pagi Syawal. Marah sungguh kambing, jangan sampai ditanduk sudah la ye.. hehehe. Ada yang jadi pula nanti. Bagus-bagus, jangan lupa jemput saya. Hehehe

Rabu, 3 Oktober 2007

Kambing & Terapi Kesihatan

Suka saya mengulas satu entry yang ditulis oleh Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin tentang Terapi Kambing. Ini kerana, artikel tersebut agak terperinci tentang kebaikan atau faedah dalam menternak dan memakan daging kambing. Sebenarnya, memang ramai penternak mengakui menternak kambing sebagai terapi, tetapi tiada penulisan tentangnya sepertimana yang ditulis oleh beliau.

Sebelum ini, saya pernah menulis tentang mitos memakan daging kambing, dan ternyata tulisan saya sama dengan saranan Dr. Ariffaizal yang mana beliau bersetuju tentangnya, seperti qoute beliau di bawah;

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.


Bukan itu sahaja menurut beliau, daging kambing juga adalah ubat dalam merawat penyakit darah tinggi. Ini dapat dilihat daripada tulisan beliau iaitu;

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah, punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Ternyata, pening selepas memakan daging kambing adalah kesan sampingan disebabkan oleh proses penguraian dan perubatan. Kesan seperti ini juga akan kita alami, jika memakan ubatan yang berasaskan homopati contohnya seperti jeli gamat. Selain itu, menurut Dr, Ariffaizal lagi;

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Selain itu menurut beliau;

Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu, penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan mantap atau disebut emotional quotient (EQ). Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insyaAllah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.

Seterusnya beliau juga menyatakan bahawa;

Daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.

Bukan itu sahaja, malah mengikut kajian beliau;

Pesakit darah tinggi dinasihatkan agar tetap mengambil daging kambing dalam proses merawat penyakit darah tinggi sebagai ketahanan tubuh untuk mengelakkan penyakit ini berulang kembali.

Perkara yang paling menarik menurut kajian beliau, pemakanan memang mempengaruhi karektor seseorang. Dengan memakan daging kambing, seseorang itu akan mempunyai karektor kambing iaitu;

Menjadi seorang yang tegas, berpendirian, matang, berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran, memahami arahan, sentiasa gembira, tahap kecintaan yang tinggi, tahap EQ (emotional quotient) yang tinggi, kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi serta mudah tersenyum.

Tentu ada hikmah dan rahsia kenapa para nabi, anbia dan ulama diperintah atau ditakdirkan memelihara kambing sebagai haiwan gembalaan, sumber makanan dan minuman. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Untuk membaca lebih lanjut tentang Terapi Kambing daripada Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin sila KLIK.

Khamis, 27 September 2007

Jika Ayam Daging Berenzim Babi...

Kenyataan ini saya quote dari Harian Metro.

Kini hangat diperkatakan di kalangan masyarakat Islam negara ini berikutan penyebaran satu e-mel yang membangkitkan persoalan sejauh mana ayam di Malaysia boleh dijamin bebas daripada enzim tidak halal, terutama babi.

Suatu kejutan yang membimbangkan! Kita, sebagai seorang Muslim yang memang diharamkan ke atas kita sebarang sumber daripada babi. Jika benar. Maka kini, diseluruh pelosok tubuh kita telah sarat dengan partikel-partikel haram daripada babi. Berpuluh tahun, enzim haram ini bersarang dalam tubuh kita. Menjadi darah daging kita. Mengalir dalam darah daging zuriat kita. Hina Sungguh!
“Ujian makmal di Eropah sebagaimana didedahkan Felicity Lawrence menunjukkan seekor ayam yang dibekalkan enzim ini didapati hanya mempunyai 40 peratus daging dan sel ayam sebenar, manakala baki 60 peratus lagi sel babi,
Jika 60% sel dan daging ayam adalah babi, maka tercetus di pemikiran saya bahawa; "Kita makan daging babi bertubuh ayam!!"

Jadi, telah menjadi tanggungjawab kita. Gantikan sumber protien daripada ayam daging kepada daging kambing. Makanlah daging kambing (chevon & cabrito) sebagai sumber protien selain daripada ikan. Sebagai tuntutan fardu kifayah. Mulakan dengan keluarga kita.

Jelas, daging kambing lebih sihat kerana kurang kolesterol dan lemak. Tidak diragui kesuciannya dan ternyata tiada unsur babi di dalamnya. Dan. Sirah nabi-nabi meriwayatkan bahawa mereka memakan daging kambing dan meminum susu kambing.

Mulakan dari kita untuk kesejahteraan semua.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ayam Daging Berenzim Babi di dalam Harian Metro, sila klik SINI.

Selasa, 25 September 2007

Kos Efektif Pemberian Makanan

BERAPA BANYAK MAKANAN DIPERLUKAN OLEH SEEKOR KAMBING DALAM 1 HARI.

Pemberian pellet (kosentrat) kepada kambing haruslah secara efektif dan terancang supaya tidak berlaku pembaziran. Oleh itu, untuk informasi dan kebaikan semua, pemberian pellet harus diberi sebanyak 2% atau 3% daripada berat badan kambing.

Contohnya, purata berat Kambing Boer 40kg, maka pemberian pellet sebanyak 0.8kg atau 1.2kg untuk seekor.

Manakala pemberian tumbuhan hijau seperti napier atau daun kelapa sawit haruslah diberi sebanyak 10% daripada berat badan kambing.

Contohnya, Berat Kambing Boer 40kg, maka pemberian napier atau tumbuhan hijau adalah sebanyak 4kg.

Tumbuhan hijau adalah serat yang penting bagi penghadaman kambing. Pallet pula penting untuk penggemukan kambing. Selain zat dan vitamin yang terdapat di dalam kedua-dua jenis makanan ini. Oleh itu, saudara perlu memberi makanan ini secara optimum, supaya pembesaran dan kesihatan ternakan tidak terjejas. Selain disebabkan pellet yang semakin mahal!Perlu diingatkan kepada penternak, bahawa pemberian pellet mestilah di sebelah pagi dan pemberian serat/tumbuhan hijau di sebelah petang. Jika tidak, proses penghadaman kambing agak kurang baik. Ini boleh dibuktikan dengan tinja yang dikeluarkan agak cair dan lembab. Sedangkan, tinja yang bulat dan kering membuktikan penghadaman kambing dalam keadaan baik.

Jumaat, 21 September 2007

Santai Di Bulan Ramadhan

teka-teki, teka-tekok,
makhluk apa, di atas pokok?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
jawapannya:
.
.
.
.
.
hehehehehe
.
.
.
.
.
.
KAMBING!!

Puasa jangan stress, happy-happy setiap hari. Foto dari sini

Khamis, 20 September 2007

Ruang & Peluang

RAI@AMJ komen di sini...

1kg tinja boleh dtgkan hasil 0.60sen sehari untuk seekor , anggaran kos makanan kambing pula 0.40sen hingga 0.50 sen sehari... boleh untung 10 sen seekor... UNTUNG.. UNTUNG. Janaan pendapatan yang sangat baik.... Tapi kena rajin usaha... berbudi pada tani maka pulangan tetap diberikan oleh NYA...

7:29 AM
*****

Terima kasih RAI@AMJ atas komen dan analisis saudara. InsyaAllah rezeki Allah ada di mana-mana, usaha kita sahaja yang diperlukan. Kita mesti positif sentiasa, pasti ada ruang dan peluang disetiap kesukaran yang kita lalui. Contohnya dengan kenaikan harga pellet ini. Fikir-fikirkan lah....

Pesanan Khidmat Masyarakat daripada Esis:

Peluang pada semua penternak dan peniaga untuk mendapat bantuan dari kerajaan bernilai RM2000 dalam bentuk barangan, jentera atau kambing (hehehe yang ni aku tambah sendiri). Sila layari http://www.mpeb.gov.my/PortalTEB/peniaga.php. Jangan lupa beli kambing daripada kami. Siapa lagi kalau bukan Casserose. Hehehe.

Selasa, 18 September 2007

Nilaikan Emas Hitamnya

Purata 1 ekor kambing boleh menghasilkan 1kg tinja satu hari. Ini kerana, kambing akan mengeluarkan hampir 100% makanan yang telah dihadam dalam bentuk tinja. Terutama serat.

Andaikan anda mempunyai 50 ekor kambing. Maka, dalam satu hari anda sudah ada 50kg baja organik. Jika sebulan? Anda sudah mempunyai 1.5 tan baja organik. Tanpa perlu anda bersusah payah memaksa kambing tersebut berr... hehehe.

Jika anda ada 200 ekor kambing, ia dapat menghasilkan 6 tan baja organik sebulan yang bernilai RM 3,600.00. Nilai ini, sudah mampu menampung keseluruhan kos makanan dan kos buruh dalam masa sebulan!

Namun sekiranya anda ingin menjana pendapatan yang lebih baik. Tinja ini, perlu anda proses dan bungkuskannya di dalam beg 1kg dengan harga RM6.50 seperti yang Casserose lakukan. Jadi, InsyaAllah nilai pendapatan anda sebulan ialah RM 39K. Itulah nilai Emas Hitam anda!

Tugas anda seterusnya adalah mencari pasaran. Kerana tiada pekerjaan semudah menjana emas hitam ini.

Tetapi, jika anda tidak mempunyai stok emas hitam ini, namun berminat untuk memasarkannya, kami sedia mengadakan sebarang kerjasama dengan anda. Kami setulusnya ingin berkongsi faedah dengan anda. ATAU. Dapatkan kambing dengan kami, untuk menternak dan dalam masa yang sama menjana emas hitamnya. Hubungi Casserose sekarang.

Selasa, 11 September 2007

Terfikirkah Anda: Pasaran Kambing Kita

Fakta ini telah dikemukakan oleh CHE AHMAD TANTOWI B. CHE M. ARIF dari INSTITUT HAIWAN KLUANG melalui nota kursus kambing beliau.

Hubungi beliau di tantowi@tm.net.my

1. Daripada 700,000 ekor kambing yang di makan oleh rakyat Malaysia, jika 80% sebenarnya adalah daging biri-biri (Australian Mutton), maka jumlah kambing yang di makan ialah 140,000 ekor sahaja.

2. Jumlah kelahiran orang islam di Malaysia adalah kira kira 500,000 setahun dan sekiranya 30% ingin menjalankan ibadat akikah dengan menyembelih kambing, maka jumlah kambing yg diperlukan ialah sebanyak 150,000 ekor.

3. Jumlah penduduk India ialah 1.4 juta orang dan sekiranya 10% menyembelih kambing iaitu 140,000 ekor.

4. Jumlah pelancong dari Timur Tengah yg sentiasa meningkat mencapai 400,000 setiap tahun yang memang terkenal sangat meminati daging kambing.

5. Jumlah kambing tempatan yang mampu disembelih di Malaysia ialah sebanyak 30,000 sahaja.

Satu lagi fakta tambahan dari saya:

6. Terdapat beribu kedai mamak dalam negara ini. Purata, setiap kedai mamak memerlukan seekor kambing setiap hari untuk dijadikan menu harian. Untuk di makan oleh kita! Berapa ramai antara saudara yang sanggup menjadi pembekal kambing untuk mereka.

Jadi, kenapa anda masih ragu-ragu lagi untuk menternak kambing? Sedangkan pasarannya memang besar dan negara kita, hanya mampu keluarkan 3% sahaja daging kambing untuk pasaran dalam negara. Titik.

Rabu, 5 September 2007

Boer di Kandang Casserose Maran, Pahang.

Bagi penternak-penternak di Pantai Timur, untuk memudahkan kalian mendapatkan baka boer, saudara boleh dapatkan di kandang Casserose di Maran, Pahang. Di sini terdapat lebih kurang 40 ekor kambing boer jantan. Kalian boleh menghubungi Ali, (012 6928884) untuk maklumat lanjut.

Kami di Casserose cuba sebaik mungkin untuk memudahkan penternak-penternak di seluruh negara. Ini adalah satu inisiatif Casserose untuk penternak. Kerana kami tahu, di sebelah Pantai Timur agak sukar untuk mendapatkan baka terbaik ini.

Ali, berbaju hijau, pakar pemakanan ternakan Casserose.

Boer jantan yang berusia 4 bulan

Manja dan sihat.
Bersedia untuk dimiliki oleh penternak kambing di Pantai Timur.

Isnin, 3 September 2007

Pengarah Operasi

Demi memudahkan dan melancarkan operasi penternakan, terdapat "orang penting" yang kami hargai sumbangan tenaga dan idea. Tanpanya, operasi kandang pasti tidak berjalan lancar. Begitu juga dengan urusan jual beli di kandang. Jali merupakan tulang belakang di kandang Maran (Pahang). Jadi, hubungilah untuk urusan anda. Dia sedia membantu saudara.

Kandang Maran: Jali (019 2672529)

Isnin, 27 Ogos 2007

Shipment Casserose Ke-2 Bulan Ini



Pada 21hb Ogos yang lalu, 100 ekor lagi boer dan feral Casserose dibawa masuk dari Australia. Ini adalah untuk memenuhi permintaan yang tinggi penternak-penternak. Selain itu, ia juga untuk meningkatkan pengeluaran daging kambing yang mempunyai permintaan yang tinggi kini. Sedangkan pengeluaran daging kambing dalam negara hanya 5% sahaja! Di Malaysia, menurut pemerhatian saya, hanya kaum Melayu sahaja yang takut makan daging kambing. Namun begitu, bagi kaum India (muslim & hindu), Cina, keturunan Bugis dan keturunan Arab, daging kambing sangat popular di kalangan mereka. Mengapa....??

Tapi, yang paling penting ialah jumlah market yang besar untuk penternak kambing seperti kami. Oleh itu, Casserose sedang berusaha bersungguh-sungguh memenuhi permintaan ini. InsyaAllah BERJAYA!!!!

Selasa, 14 Ogos 2007

Kempen Makan "Chevon"

Informasi 1

Salah tanggapan bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, oleh itu tidak sihat untuk jantung manusia.

Sedangkan:

Persatuan Jantung Amerika menyarankan, daging kambing untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.

Informasi 2

Struktur molekul daging kambing adalah berbeza dan hasilnya daging kambing lebih mudah dihadam. Amat sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan.

Bukan itu sahaja:

Jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing tanpa sebarang hormon, bahan kimia dan pencemaran bakteria.

Informasi 3

Kambing Boer juga memiliki tulang yang lebih tebal berbanding kambing jenis lain. Disebabkan ototnya yang sekali ganda lebih banyak, kambing Boer memiliki daging yang lebih banyak berbanding kumpulan kambing yang lain.

Dengan ini, Casserose bersetuju bahawa:

Daging kambing yang baik kualitinya dapat dihasilkan berdasarkan kepada pelbagai faktor. Bermula dengan kualiti penternakannya.


Baca seterusnya di sini----->BERNAMA
Foto daripada booth Kaprima di Karnival Lelongan Haiwan Cheneh, Terengganu.

Sabtu, 11 Ogos 2007

Shipment Casserose Bulan Ini

Gambar ikhsan www.redagri.com.my/

Shipment terbaru Casserose adalah pada 16 Ogos ini (Khamis) di Animal Hotel, KLIA. Kami akan membawa masuk 100 ekor Kambing Ferrel betina (gred A) untuk dijadikan induk bagi mendapatkan Boer F1 (rujuk). Ini adalah salah satu program yang kami syorkan untuk mewujudkan boer Made in Malaysia (MIM).

Jadi kami akan mulakan dengan baka yang berkos rendah iaitu ferrel. Program ini turut dilakukan oleh penternak boer Australia untuk menggiatkan industri ini di sana beberapa tahun dahulu. Di harap dengan kos yang rendah, kambing boer MIM akan dapat dijual dengan harga yang kompetitif, mudah milik serta murah. Ini akan menggiatkan lagi industri penternakan kambing di seluruh negara di tahun-tahun mendatang.

Jadi, bagi saudara yang berorientasikan breeding dalam penternakan kambing boer, saudara dialu-alukan untuk mendapatkan kambing ini daripada kami. Harga yang kami tawarkan di kandang Casserose antara RM700-RM800. Sila hubungi saya Esis_Rie 012-2969763 atau Mahathir 013-2423505. Dan. Nantikan shipment seterusnya bulan ini juga!!

Jumaat, 10 Ogos 2007

Sijil Kelahiran Boer FB Casserose

Inginkan Pejantan Boer Full Blood (FB). Dapatkan Pejantan Boer Casserose dengan sijil kelahiran (born certificate). Dengan sijil ini, tiada pertikaian atau keraguan tentang kesahihan keturunan Boer FB. Salasilah keturunan Pejantan Casserose boleh dilihat dengan jelas (dalam sijil ini) yang mana leluhurnya datang dari Afrika Selatan.

Diingatkan pada sahabat-sahabat sekalian, sijil ini dikeluarkan hanya untuk boer FB sahaja. Jadi, jika ada peniaga yang menjual F1, F2, F3, F4 dengan sijil kelahiran, urusniaga itu harus diragui. Begitu juga dengan urusniaga yang menjual boer FB tanpa sijil kelahiran. Berhati-hatilah, supaya tangan yang menyeluk saku wang saudara tidak terpedaya.

Harga Pejantan Boer FB Casserose dijual dengan RM2800-RM3200. Umur antara 8 bulan hingga 1 tahun. Untuk melihat sijil ini, atau Boer Casserose FB, saudara dialu-alukan untuk datang ke Kandang Casserose di Segamat, Johor (atau sambil bercuti). Segala pertanyaan, sila hubungi saya Esis_Rie 012-2969763 atau Selamat 012-2250603 atau Mahathir 013-2423505.

Agak-agak bila Persatuan Penternak Boer Malaysia nak keluarkan sijil kelahiran boer FB ni? Emmmmm.......