Selasa, 29 Mei 2007

Panduan Penternak Baru

A. Perancangan Projek:
Kena tahu apakah tujuan projek yang dirancang ini?
• Sebagai punca pendapatan sampingan atau tambahan?
• Sebagai punca pendapatan utama?
• Sebagai hobi?

Kena tentukan bentuk operasi mana yang hendak dipilih untuk menternak:
• Penggemukan (fattening)?
• Pembiakan anak atau induk (breading)?
Transit atau Trading?

Kena tentukan sistem pemeliharaan:
• Sistem kurungan?
• Sistem separa kurungan?
• Sistem ragutan bebas?

Kena tahu keperluan masa kerja harian jika penternakan ini dijalankan:
• Adakah ianya boleh menjejaskan masa kerja utama yang ada sekarang?

Kena tahu keperluan tenaga kerja jika penternakan ini dijalankan:
• Adakah ianya memerlukan tumpuan anda sepenuhnya?
• Atau cukup hanya dengan bantuan ahli keluarga ?

Kena tahu bagaimana cara untuk memasarkan ternakan:
• Jualan hidup?
• Sembelih & jual daging sendiri?
• Susu?

B. Pembangunan Kandang Yang Sesuai:
• Tidak menjejaskan kesejahteraan alam sekitar dan orang awam
• Membantu mencapai kecekapan dan keuntungan projek – ada kemudahan asas
• Tidak menjejaskan daya pengeluaran ternakan
• Tidak mendedahkan ternakan kepada bahaya penyakit/ lain-lain ancaman

C. Pemilihan Tapak Projek:
• Jauh dari kawasan perumahan (mesti lebih dari 500 meter)
• Mudah dihubungi oleh kenderaan
• Tidak ditengelami air atau banjir
• Mudah mendapat bekalan air
• Tidak mencemar alam sekitar
• Tapak projek yang baik adalah di kawasan ladang tanaman kekal

Peringatan:
Kesimpulan yang saya boleh berilah ialah; ia bukanlah suatu bidang yang mudah. Saudara harus berfikir berulang-ulang kali, berpuluh-puluh kali. Ini kerana kos yang perlu dikeluarkan bukanlah sedikit. Tetapi hasilnya memang LUMAYAN jika betul perancangan dan strategi. Namun begitu, jangan lemah semangat pula dengan kesimpulan saya ini. Di Mana Ada Usaha, Di Situ Ada Jaya. Berusahalah!!!

Rujukan:
Abd Halim Mohamed, Ketua Unit Pedaging. JPH Kelantan.
**Hubungi saya di CASSEROSE (012 2969763) untuk dapatkan baka terbaik Kambing Boer dan Feral.

Jumaat, 25 Mei 2007

Teori Pemprosesan Emas Hitam

Baja organik dihasilkan daripada hasil buangan haiwan atau tumbuhan. Baja ini 100% tidak terdapat unsur-unsur bahan kimia, antibiotik atau hormon. Baja organik yang dihasilkan daripada proses pengkomposan tinja kambing menggunakan STARDEC yang ditambah dengan bahan abu, kapur dan habuk kayu gergaji dalam tempoh tertentu. Selain itu pellet atau makanan kambing juga harus dicampur dengan Probiotik STARBIO.

Bahan Yang Diperlukan
• Tinja / kotoran ternakan - 83%
• Abu ( dari bahan bakar) - 10%
• Habuk Kayu Gergaji - 5 %
• Kapur (lime) - 2%
• STARDEC - 0.25%
Peringkat-Peringkat Proses Membuat Emas Hitam
• Pengkomposan
• Penapisan
• Pembungkusan
• Pemasaran

Pengkomposan
Langkah pertama, pallet atau makanan kambing haruslah dicampur dengan STARBIO sebanyak 300gm -500gm bagi 100 kg pallet.

Kemudian tinja dikumpulkan dibangsal pengkomposan yang mana lantainya sudah ditabur dan dilapisi dengan habuk kayu gergaji, kapur, abu dan STARDEC. Kemudian bahan ini harus berlapis lapis dengan tinja kambing yang baru sehingga ketinggian 1.5 meter. Biarkan timbunan selama seminggu.

Harus dipastikan bangsal proses pengomposan menggunakan lantai tanah, dan ternaung daripada hujan dan cahaya matahari secara langsung.

Pada minggu kedua, terbalikkan timbunan dengan memindahkannya ke petak berasingan. Suhu dalam timbunan pada minggu kedua akan naik hingga 60 darjah celsius dan ulang pembalikan pada setiap minggu hingga minggu kelima. Suhu dalam timbunan pada minggu ketiga dan keempat akan naik hingga 70 darjah celsius. Pada minggu kelima pula suhu akan turun antara 30-40 darjah celsius menandakan proses pengkomposan telah selesai. Semasa pembalikan dilakukan, pastikan keadaan kelembapan sekitar 60% dan jika terlalu kering hendaklah direnjiskan air.

Bahan pengkomposan yang telah selesai ini, dicampur homogen dengan cara disisir cangkul dari atas ke bawah. Kemudian ditimbunkan pada tempat pemprosesan baja dengan ketinggian 1.5 meter juga.

Ciri-ciri Emas Hitam yang sedia untuk dipasarkan:
•Suhu dingin secara alami (350 darjah celsius)
•Warna Coklat kehitaman
•Suhu dalam timbunan antara 60 -80 darjah celsius
•Tidak berbau
•Kadar air ± 40%

Penapisan/Penyingkiran
Proses ini dilakukan pada minggu keenam. Timbunan baja organik ini perlu dihancurkan dengan menggunakan mesin penghancur (grinder) yang berharga antara RM2300 – RM2500 dalam pasaran tempatan. Ia kemudiannya perlu ditapis menggunakan jaring dawai untuk mendapatkan tekstur yang seragam dan mengasingkan benda asing yang tidak diperlukan.

Pembungkusan
Baja organik yang telah dihancurkan dan ditapis perlu di timbang mengikut saiz plastik pembungkusan mengikut kehendak pengusaha. Pembungkusan boleh dibuat menggunakan jenama tertentu (contohnya Casserose) dengan mengikut saiz 0.5 kg, 1kg, 5kg , 10kg atau 20kg mengikut permintaan pasaran.

Faedah Perusahaan Emas Hitam Kepada Penternak Kambing
• Menyelesaikan masalah pencemaran dan bau busuk
• Menjimatkan kos penyediaan kumbahan najis ternakan
• Menjimatkan kos letrik dan air
• Mesra alam sekitar
• Meningkatkan dayamaju projek
• Menarik minat pengusaha
• Membantu mencapai sasaran Dasar Pedaging Negara

Kelebihan Baja Kompos
• Tidak berbau
• Meningkatkan kesuburan tanah
• Meningkatkan mikrobia tanah
• Mengurangkan serangan hama dan penyakit
• Memperbaiki struktur dan mengemburkan tanah
• Memperbaiki pH tanah
• Merangsang pertumbuhan pokok
• Meningkatkan kualiti hasil pertanian
• Sesuai untuk semua jenis tanaman samaada perladangan komoditi, sayur-sayuran, buah-buahan, pokok perhiasan dan bunnga-bungaan.

Pemasaran
Pasaran borong emas hitam kini adalah antara RM800 – RM1000 satu tan. Namun begitu jika dijual dengan bungkusan yang kecil dengan harga antara RM6 – RM8 sekilogram, ini akan menjadikan pendapatan sampingan penternak kambing sangat lumayan.

Emas hitam ini mendapat permintaan yang menggalakkan pada Pameran MAHA2004 dengan harga RM8 sekilogram. Strategi pemasaran yang baik dan efektif mampu menjadikan pendapatan daripada emas hitam sebagai suatu kegiatan sampingan yang lumayan bagi penternak kambing.

PRODUK BARU DARI CASSEROSE (EMAS HITAM)
Penafian:
Cara pemprosesan ini adalah teori saya sahaja mengikut pembacaan dan rujukan yang telah saya nyatakan di bawah. Ia telah disesuaikan dengan penternakan kambing dan tidak pernah saya praktikkan di lapangan. Formula pemprosesan ini juga tidak mendedahkan formula industri baja organik Casserose. Harap Maklum.

Rujukan:
1. Amran Shahir, Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, JPH Selangor. (Pemprosesan tinja lembu dan kerbau sebagai baja organik)
2. Buku Panduan Pengeluaran Kambing Muda KaPrima.

Khamis, 24 Mei 2007

Rabu, 23 Mei 2007

Testimonial Penjualan Casserose

"Mohd Ubaidillah Ghazali" aidil08[at]yahoo[dot]com wrote:

Alhamdulillah pagi tengah hari tadi saya berkesempatan ke kandang Casserose nih walaupun susah nak carik sebab nyorok sikit. Urusniaga amat baik dan saya tersangkut jugak dalam 5 ekor.

Harga yang di tawarkan begitu memuaskan. Urusniaga masih belum tamat sebab saya masih belum menjelaskan kesemua harga dan menunggu penghantaran.

Terima kasih buat semua yang terlibat.

**********

esis_rie wrote:

Sama-sama. Penghantaran akan dilakukan dalam minggu ini secepat mungkin. InsyaAllah semua "anak angkat" tu selamat. Hehe..

Selasa, 22 Mei 2007

Boer Baru Dari Australia

Casserose telah membawa masuk lagi 50 ekor boer dari Australia. Shipment terbaru ini terdapat 4 ekor Boer Fullblood yang mempunyai certificate (sijil kelahiran).

Jika berminat untuk dapatkan boer terbaik (F2, F3, F4) yang masih fresh dari Australia, sila hubungi saya. Dengan harga promosi kandang!!!
Signbord Casserose di Jalan Kebun, Shah Alam.
Kandang (show room) Casserose yang menempatkan 150 ekor kambing baka boer dan feral.
Antara feral jantan yang dijual dengan harga antara (RM600 - RM700).

Dapatkan hanya di Casserose. Memberi banyak pilihan yang terbaik untuk anda. Sila hubungi saya esis_rie[at]yahoo[dot]com.

Rabu, 16 Mei 2007

Jumaat, 4 Mei 2007

Kenali Kambing Boer

Ramai dikalangan kita memilih untuk dapatkan kambing boer yang paling berkualiti. Namun tidak semua mengenali generasi-generasi boer. Mari lihat beberapa tips untuk mengenali boer terbaik sebagai ternakan kita.

Boer Full Blood (FB)
Ini adalah generasi kambing boer yang dibawa daripada Afrika Selatan. Badan tegap, kaki depan lebih panjang sedikit daripada kaki belakang. Ekor melentik. Warna kambing boer tulen keseluruhan kemerah-merahan atau hitam.

(info baru) Namun begitu, setelah dibuat pembacaan terperinci, saya akui boer FB juga terdapat dalam pelbagai warna dan struktur fizikal. agak sukar untuk menentukan Kambing boer yang asal (original boer). Oleh itu, nasihat saya pada penternak supaya mengenalpasti boer FB berdasarkan sijil kelahirannya (born certificate). Sila lihat jenis-jenis boer FB di SINI dan SINI. Terima kasih Azri dan Nasri_Baling atas pandangan saudara.

Feral
Kambing liar Australia. Petani di sana menangkapnya disekitar hutan dan menjualnya ke seluruh dunia terutamanya Malaysia. Di Indonesia mereka juga memanggil kambing ini sebagai Kambing Kachang kerana ia telah lama dibawa masuk ke Indonesia dan berbercampur-gaul dengan kambing tempatan. Namun kambing ini di Indonesia tidak berbulu lebat membezakannya dengan Feral Australia.

Boer F1
Boer FB jantan yang di kacukkan dengan kambing feral betina yang berwarna putih. Menghasilkan boer F1. Berwarna putih keseluruhan dan bentuk badan masih bercirikan feral.

Boer F2
Boer FB dikacukkan denga boer F1 menghasilkan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya. Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri boer yang berkualiti.

Boer F3
Boer F3 adalah kacukan antara boer FB dengan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB. Kualitinya sangat baik dan banyak dibawa masuk ke Malaysia.

Boer F4
Begitu juga boer F4. Ia juga merupakan kacukan antara boer FB dengan F3. Kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding boer F3. Keseluruhan kepalanya coklat kemerah-merahan dan kehitam-hitaman. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB juga.

Boer Purebred (F5 - F7)
Kacukan ini memperlihatkan pengaruh gen boer yang kuat. Secara keseluruhannya, kelihatan boer purebreed hampir sama dengan boer FB. Cuma terdapat tompok-tompok putih atau tompok-tompok coklat di badannya. Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan. Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka (pejantan).

Bukan hanya sijil kelahiran boer yang menjadi pengesahan dan bukti ketulenan boer. Tetapi ilmu juga penting supaya kita tidak tertipu. Jadi berhati-hati dalam memilih boer yang berkualiti.

Ini hanya kajian daripada pembacaan dan pengetahuan yang saya terima daripada para penternak yang saya jumpa. Sila beri nasihat atau pembetulan jika terdapat kesilapan. Untuk maklumat tambahan sila klik di sini.