Ahad, 18 November 2007

Usahasama Bijak: KS Agro, Jabatan Haiwan & Risda


Dari kiri depan, Pegawai Jabatan Haiwan & Pegawai Risda Daerah Maran

Ketua Kampung Kuala Sentul (baju biru putih), pegawai Risda, pegawai Jabatan Haiwan dan peserta-peserta kursus

Demi memeriahkan lagi dunia penternakan kambing, pada 11 September 2007 yang lalu, Jabatan Haiwan Daerah Maran, Risda Maran, dan KS Agro telah bergabung tenaga. Gabungan ini dengan jayanya menganjurkan kursus singkat "Pengenalan Penternakan Kambing Secara Komersil".

Kursus ini bermatlamat untuk mendedahkan masyarakat sekitar daerah Maran tentang potensi penternakan kambing yang cerah. Ini kerana kebiasaan di sini, ia hanya dipelihara untuk ternakan sara diri sahaja. Namun, dengan kerjasama ini kami bersama-sama mengorak langkah membuka persepsi masyarakat bahawa bidang ini berpotensi untuk dijayakan secara komersil.

Kursus sehari ini telah di jalankan di kandang KS Agro. Di samping berkursus, peserta juga telah dijamu dengan gulai kambing yang dijadikan hidangan di akhir kursus. 2 ekor kambing telah selamat di korbankan. Dan. Gulai kambing telah licin disantap peserta, tanpa ada yang mengadu pening. Malah ramai yang tak sudah-sudah mengadu gulai kambing kami sedap, sedaaapppp, sedaaaaaappppppp.......


Dua ekor kamping bakal menjadi santapan

Tiada ulasan: