Khamis, 24 Ogos 2006

Email terbuka kami kepada anda

From: (FRISB)
Sent: Tuesday, August 21,
To: esis
Subject: salam usahawan

(FRISB)> wrote:

Sy from KL juga. Tggal di puchong & tmpat kerja di KL,dekat je dgn menara Celcom. Klau mcm tu nnt bila2 free boleh jumpa.
sy klau boleh nak minta
bisness plan ternak kambing, sbb sy x brapa nampak sgt ternak kambing nie boleh buat duit. Itu yg sy nk tgok bsness plan, padahal mmg ternak bsnes kambing boleh buat duit.

Ini sy punya fikiran la,
contoh: just katakan setahun sekor kambing beranak sekor & harga sekor dewasa RM400 (kira ambil plg minimum).

ok, katakan sy beli 2 ekor kambing jantan & betina, then setiap tahun dapat sekor anak. maknanya income saya dpt RM400 setahun= RM33sebulan.

ok,katakan sy beli 1 ekor jantan & 20 ekor betina. lepas setahun dpt 20 ekor anak. so, lbhkrg income setahun 20x400=RM8000= 666sebulan.

ok, tu kira org x da basic lgsung & secara congak la psl bisness plan kambing mcm aku. so aku pikr, dengan 20 ekor kambing income lbh krg 666 atau ambik la katakan RM 1000/bulan. Klau ada 40 ekor = income RM2000 sebulan.


Itulah sy nak minta pandangan.
kat kmpung, adala tanah dlm 2 ekar, dah naik kandang kecil, tp kambing x beli lg.


--------------------------------------------------------------------------------

From: rie esis
Sent: Tuesday, August 22, 2006
To: (FRISB)
Subject: RE: salam usahawan

esis > wrote:

hahaha. ok gak kiraan macam tu.

tapi jangan lupa kambing boleh beranak sekurang-kurangnya 2 kali setahun. bagi ibu kambing yang subur dia akan beranak kembar 2 atau 3 ekor sekali beranak.

seekor jantan yang subur boleh mengawan 50 ekor dalam seminggu. oleh itu breeding kena jaga. proses mengawan perlu dikawal supaya anaknya membesar dengan baik.

2 ekor jantan dengan 20 ekor betina yang subur. kamu boleh dapat semula pulangan modal paling lama 1 tahun setengah. Ini jika kos kandang melebihi 15 ribu. dan marketing tidak bagus.

perlu diingat kos membina kandang yang baik rm10 ribu minimum. belum termasuk kambing. jadi perlukan sokongan duit dan semangat yang tinggi..

lebih baik membina kandang sebelum membeli kambing. ini bukan main-main macam orang dulu-dulu, yang kambingnya dilepaskan terbiar. seperti membela kucing. hehe.

saya pun masih belajar seperti saudara. tambahan info di http://kambing-boer.blogspot.com/

terima kasih.
esis

Selasa, 22 Ogos 2006

Emas dari kambing

Dalam penternakan kambing terdapat tiga sumber pendapatan yang dinamakan:
  1. Emas merah
  2. Emas putih
  3. Emas hitam

Emas merah merupakan hasil daripada perniagaan daging kambing itu sendiri. Ini sudah sedia maklum terutama dalam ibadat korban atau aqiqah. Begitu juga dalam urusan kenduri atau makanan harian untuk kegunaan domestik atau restoran. Namun untuk mendapatkan permintaan yang tinggi agak sukar dan memerlukan usaha pemasaran yang efektif dan efisyen.

Emas putih pula adalah hasil daripada perniagaan susu kambing. Sebenarnya permintaan susu kambing sangat tinggi terutamanya untuk produk kesihatan dan kecantikan. Disebabkan penawaran yang kurang dan permintaan yang tinggi 1 ml susu kambing biasanya dijual RM10. Bagi penternak, bekalan susu kambing selalunya ada, kerana 20 ekor kambing sekurang kurangnya terdapat 5 ekor yang menyusu anak. Kerajinan tangan penternak selalunya menjadi penghalang bekalan susu.

Emas hitam adalah najis kambing. Bekalannya tiada halangan. Sentiasa ada. Najis kambing sangat subur untuk dijadikan baja organik melalui beberapa proses. Cara yang paling senang ialah dengan membakar najis ini setelah ia kering. Saya tidak pasti, namun seingat saya 1 tan baja organik ini berharga RM500. Baja ini sangat sesuai untuk tanaman Buah Naga. sebanyak mana najis yang dikumpulkan dalam seminggu bergantung kepada berapa bilangan kambing dan serajin mana penternak tersebut : )

Walau bagaimanapun, kelemahan bumiputera adalah pemasaran (MARKETING). Jadi mesti bermula dengannya....

Khamis, 17 Ogos 2006

Pakej korban lembu

Pakej korban untuk lembu jika tempahan awal.

  1. RM 1400 - RM1500 untuk lembu berumur 1 tahun setengah
  2. RM 1700 - RM1800 untuk lembu berumur 2 tahun
  • harga lembu ketika hampir hari raya korban adalah berbeza (lebih mahal)

Isnin, 14 Ogos 2006

Selasa, 1 Ogos 2006

Pakej AQIQAH

Pakej untuk AQIQAH yang kami tawarkan ialah seperti di bawah:

Kambing feral berharga *RM550 sehingga RM750 + RM30 upah potong.
Terdapat 3 pilihan lokasi kandang:


(Pilih kandang yang terdekat dengan lokasi saudara yee....)
Jika saudara berminat, sila hubungi saya melalui email ini: esis_rie [AT] yahoo [DOT] com

*kos pengangkutan tidak termasuk