Khamis, 27 Disember 2007

Rasai Daging Segar Kambing

Bukan hanya keenakannya menjadi sebutan ramai, tetapi yang paling digilai adalah kerana khasiatnya. Itu yang berlaku di Australia dan Amerika. Oleh sebab itu, kambing boer mendapat permintaan tinggi di sana. Malahan penternak kambing boer di sana situasinya berbeza dengan di Malaysia. Di sana mereka jutawantani. Di sini, belum ramai lagi.

Dan pengetahuan masyarakat di sana tentang khasiat dan keenakkan daging ini memang tidak boleh di sangkal lagi. Oleh itu, maka tidak hairanlah permintaannya tinggi iaitu 60% daripada daging merah yang lain, walaupun harganya agak "premium". Ini kerana kesihatan tidak boleh di jual beli. Situasi ini juga telah berlaku di Malaysia. Pengetahuan penduduk negara kini memang bertaraf global. Bertaraf angkasa....

Dengan gaya hidup dan pendapatan per kapita penduduk yang agak tinggi, maka tidak menjadi masalah untuk kita menjadikan makanan berhasiat sebagai menu harian. Ramai yang tidak kesah dengan harga, jika kualiti dan khasiat yang diterima memang mendapat pujian. Jadi, adalah langkah yang bijak untuk mendapatkan daging yang segar, berkhasiat dan berkualiti. Makanlah daging kambing boer!

Saudara pernah merasai keenakan daging kambing? Bukan hanya keenakan menjadi pertaruhan kami, tetapi yang penting adalah khasiatnya. Dapatkan daging segar kambing dari kami. Penjualan kami adalah dengan harga yang berpatutan, segar dari kandang....

Hubungi saya, untuk maklumat lanjut.

Selasa, 25 Disember 2007

Memelihara Kambing Sunah Kenabian

Sejarah kenabian dan rasul ramai diantaranya bermula atau pernah menternak danmengembala kambing. Begitu juga junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang bermula sebagai pengembala kambing dan kita sebagai penternak juga melaksanakan satusunah rasul, oleh itu pasti ada banyak fadilat dan keberkatannya.



Kata-kata ini saya petik daripada:
Che Ahmad Tantowi B. Che M. Arif (Institut Haiwan Kluang)

Khamis, 13 Disember 2007

Kenali Ciri Pejantan Boer Unggul

Ciri pejantan yang unggul yang paling utama ialah mempunyai sifat yang agresif dan galak apabila berhadapan dengan induk boer. Ini menunjukkan kadar metabolisma pejantan ini tinggi dan mempunyai keinginan mengawan yang tinggi.

Ciri ini penting untuk mendapatkan baka yang baik. Terutama keturunan jantannya. Ciri ini juga boleh dilihat jika ia dikumpulkan bersama pejantan lain. Kebiasaannya ia mendominasi kumpulan tersebut. Dan. Sifatnya yang paling penting, ia juga akan cuba memanjat belakang jantan yang lain untuk mengawan!

Di bawah ini dikongsikan bersama sebahagian ciri-ciri pejantan boer unggul:-

A - Jika di lihat daripada rupanya, lengkungan muka dan tanduknya mestilah rata seperti separuh bulatan.

B - Bahagian kepala pula, lebar hujung hidung yang terbaik haruslah sama rata dengan bibir bawah. Yang mana kambing tidak jongang atau bibir bawah melebihi yang atas. Bentuk matanya pula terbaik adalah seperti buah badam. Tompokan coklat pula mestilah sekurang-kurangnya terdapat 10 cm di kedua belah muka dan ditengah-tengah muka bewarna putih sejalur.

C - Dada dan leher berkulit tebal dan berkedut. Selain daripada itu dada mestilah bidang dan terbuka

D - Warna coklat mestilah hingga ke paras dada. Namun begitu, warna coklat yang lebih banyak menunjukkan boer ini lebih baik. Badan berwarna putih dengan kepala warna coklat gelap atau cerah tetapi mesti sama warna.

E - Belakang badan pula mesti panjang, lurus serta melebar. Manakala pinggul dalam keadaan lebar dan penuh dengan daging. Sementara itu "rump" tidak terlalu melekuk.

F - Ekornya menegak ke atas (berkeadaan seperti huruf C).

G - Kaki hadapan adalah sebaiknya lebih tinggi daripada kaki belakang dan mempunyai kuku yang sempurna dan lebar.

H - Kaki belakang pula haruslah pejal dan berotot. Kebiasaan kelihatan besar untuk menampung berat badan. Dan kelihatan lebih pendek sedikit daripada kaki depan. Kuku juga haruslah sempurna dan lebar.

**Segala komen & perkongsian maklumat dialu-alukan, kerana ciri-ciri ini sangat subjektif.

Khamis, 6 Disember 2007

Daging Boer Casserose Di JASH

Casserose kini, melangkah dengan memasarkan daging kambing boer (primal cut). Bagi saudara yang berminat untuk mendapatkan produk kami, sila dapatkannya di rangkaian Kedai Serbaneka JASH.

Penjualan daging boer Casserose di JASH akan bermula seawal 8 atau 9 Disember 2007. Buat masa sekarang kami masih lagi dalam proses penyediaan stok dan pemotongan terpilih (primal cut).

Jadi, inilah masanya untuk anda merasai keunikan daging kambing boer yang berkhasiat. Kini, amat mudah untuk memperolehinya.