Jumaat, 20 Oktober 2006

Buat Kita Yang Berminat

KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN PERKAMBINGAN & TETAMU. ANDAI SAYA TAK LAYAN PERTANYAAN, TAK TERJAWAB & SEGALA YANG BERKAITAN DENGAN EMOSI.
MAAFKAN SAYA.
DOA saya, SUPAYA RAYA & IBADAH KAMU DIBERKATI. AMIN..

Selasa, 17 Oktober 2006

Rancangan Perniagaan Kambing

Tujuan RP untuk meyakinkan pembaca bahawa projek perniagaan adalah viable dan mampu untuk membayar pinjaman pihak bank.

1. Pulangan 37% dan risiko yang rendah dengan mengawal penyakit dengan penternakan berkandang.

2. Pemasaran yang terjamin dengan Malaysia masih mengimport daging dengan peratusan yang tinggi untuk keperluan sendiri. RM500 saekor adalah menasabah.

3. Kos tetap sebulan = Gaji RM4000 + tanah RM50 x 5 ekar = RM250 susut nilai kandang / 60 bulan 900 elektrik / Air 200

JUMLAH KOS 5,350

4. Sumbang Sut kambing = 500 - 70 = 430/500 = 0.86

5. Titik pulang kos = kos tetap / sumbangan sut = 5,350 / 0.86 = RM6,220 Unit kambing = 12 ekor kambing sebulan.

6. Untung jika jualan 30 ekor sebulan = 18unit x RM430 = RM7740

7. Berapa ekor kambing patut dipelihara = 8bulan x 30 ekor = 240ekor.

8. Andaian diatas dibuat dengan tempoh matang 8 bulan.

9. Sayugia diingat kambing Australia hanya perlu 3 bulan matang.

10. Mengikut amalan penternak hanya menjual sijantan maka anda perlu mempelihara 2 x 240 = 480ekor sahaja.

11. Siapa nak beri RM7740 sebulan untuk tuan punya.

12. Berapa lama nak sampai 480 ekor = 3tahun 6 bulan.

Kredit untuk: Hj Arriffin
arriffin1@yahoo.com & kaprima@yahoogroups.com

Jumaat, 13 Oktober 2006

Realiti Penternakan Kambing

Projek kambing mempunyai pulangan yang agak tinggi yang diluar kemampuan akauntan untuk memahaminya. Saya kira ia dapat menghasilkan melampaui 80% IRR bersih selepas cukai.

Pertumbuhannya kelahiran ialah melebihi 180% setahun. Dalam 6 bulan kambing telah mencapai berat 40kilogram dan boleh dijual. Dengan makanan sebanyak RM90/ekor kambing boleh meningkat nilai dalam 6 bulan hingga RM500/ ekor harga pasaran. (melampaui 5x)

Risikonya amat rendah dan hanya memerlukan 3 orang pekerja untuk menjaga 1,000 ekor kambing dalam 5 ekar tanah.

Pasaran terjamin kerana Malaysia masih mengimport daging kambing dengan harga yang murah tetapi tidak segar. Harga daging kambing Malaysia lebih tinggi daripada kambing import dengan harga RM20/kg hidup.

Oleh yang demikian, projek kambing amat viable di negara kita.

Kredit untuk:
Arriffin & kaprima@yahoogroups.com

Ahad, 8 Oktober 2006

Pengurusan Am

Pengurusan Am merupakan satu aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan:

a. Kawasan
b. Buruh
c. Jadual Pengurusan
d. Pengenalan Ternakan
e. Pengasian
f. Mematikan Tanduk
g. Memotong Kuku
h. Menggunting Bulu
i. Kawalan Kutu

1. Kawasan
Kebersihan kawasan kandang dan persekitaran perlu diutamakan setiap masa. Perparitan atau longkang di sekeliling kandang dan kawasan mesti berfungsi dengan sempura. Najis yang dibuang atau dikumpulkan jangan terlalu dekat dengan kandang. Kawasan pastura untuk ragutan atau potong perlu dipagari dengan kukuh. Dengan ini memudahkan pengurusan meragut dan mengelakkan percampuran yang menyebabkan perkahwinan tidak diingini.

2. Buruh
Buruh samada yang diupah atau sendiri mestilah diuruskan supaya kerja-kerja lebih teratur dan mudah. Sebagai contohnya sementara menunggu kambing dilepaskan meragut, bersihkan dahulu palung makanan dan memotong rumput. Apabila kambing dilepaskan sahaja, kandang pula perlu dibersihkan. Begitulah seterusnya kerja-kerja lain haruslah diuruskan secara teratur.

3. Jadual Pengurusan
Penyelarasan bagi kerja-kerja jangkamasa panjang dan tugas harian perlu diatur dari semasa ke semasa. Jadual pengurusan untuk jangka masa panjang seperti mengkacuk, beranak, mematikan tanduk, mengkasi, memotong kuku, kawalan kutu dan pemberian ubat cacing perlu diatur dengan sistematik. Jadual lain seperti jangkamasa meragut di sesuatu petak, membaja, meracun rumpai mestilah diatur agar pembahagian jentera, buruh dan alat-alat lain dapat dibuat dengan tertib.

4. Pengenalan
Sekeping kad rekod ternakan perlu disediakan apabila sahaja seekor anak dilahirkan. Penandaan boleh dibuat samada dengan memasang tag plastik ataupun ditattoo di telinganya supaya mudah untuk pengenalan.

5. Pengasian
Pengasian anak kambing jantan yang tidak dijadikan baka boleh dibuat pada umur 4 - 5 minggu. Proses ini dapat mempercepatkan kadar tumbesaran, paling sesuai jika digemukkan untuk penjualan, juga dapat mempertinggikan kecekapan pengurusan pembiakbaik.

6. Mematikan Tanduk
Pertumbuhan asas tanduk perlu dimatikan di peringkat anak untuk mengurangkan kecederaan antara sesamanya, disebabkan perkelahian atau kemalangan. Untuk tanduk yang telah tumbuh, ianya perlu dipotong.

7. Memotong Kuku
Kambing yang tidak dilepaskan keluar dalam jangkamasa yang panjang menyebabkan kukunya menjadi panjang. Ini akan menyusahkan ia berjalan dan menyebabkan jangkitan penyakit kalau tidak dibersihkan. Maka itu, kukunya perlu dipotong dan dibersihkan dari kotoran.

8. Menggunting Bulu
Kambing kacukan terutamanya mempunyai bulu yang agak panjang perlulah dibersihkan. Bulu yang kotor menjadi sumber penyakit dan tempat pembiakan kutu. Bulu di sekitar tetek perlu digunting untuk memudahkan pemerahan juga mengelakkan bulu bercampur dengan susu. Gunakan gunting elektrik atau tangan untuk tujuan ini.

9. Kawalan Kutu
Masalah kutu tidak akan selesai bagi kambing dalam kelompok yang besar dan bercampur antara sesamanya. Kambing diberikan samada semburan ubat kutu atau dimandikan di dalam kolam mandi kutu, bagi membunuh kutu yang bersarang pada badan kambing.

RINGKASAN
Pengurusan yang baik dan sistematik dapat meninggikan prestasi pengeluaran ternakan. Pengurusan terbahagi kepada dua iaitu pengurusan ternakan dan pengurusan am. Pengurusan ternakan bermula dari lahir, dewasa, bunting dan beranak. Penjagaan yang rapi perlu dibuat kepada anak kambing yang baru lahir, membesar dan ibu yang bunting. Pengurusan ama pula meliputi pengurusan kawasan, buruh, jadual kerja, pengenalan, pengkasian, mematikan tanduk, memotong kuku, menggunting bulu dan kawalan kutu.