Perlukah kita ada Persatuan Penternak Kambing Malaysia? Kemudian tubuhkan division "Persatuan Penternak Kambing Boer Malaysia", juga tubuhkan division persatuan penternak-penternak kambing baka yang lain? Atau mengikut negeri? Atau mengikut region? Perlukah? Pentingkah?
Ulasan saudara sangat dialu-alukan. Sila berikan ulasan saudara di SINI. <----Klik
RESPON DARI SAHABAT PENTERNAK
RAI@AMJ said...
Perlukah kita ada Persatuan Penternak Kambing Malaysia?
>> Ya, amat perlu, kegagalan perternak adalah pemasaran, keluar modal byk tapi pulangan agak kurang .Ttpi m'lalui p'satuan aktiviti @ strategi utk m’masarkn ternak @ daging dpt dsalurkan kpd tpt t'tentu, data ternakan dpt dikumpul m"lalui p'satuan & byk aktiviti dpt dujudkan... fikir sorg2.. sakit kepala tpi klau fikir ramai2 maybe idea yg baik dpt dgunapakai...dan byk lagi lah...
Kemudian tubuhkan division "Persatuan Penternak Kambing Boer Malaysia"
>> Division Perternak Kambing Boer M'sia blh diwujudkn tpi sebagai salah satu sub kpd persatuan perternak kambing coz ladang lain yg tak bela boer blh masuk sub2 tertentu sepeti sub kaprima, sub Katjang ,sub Jamnapari/Ettawah dll m’gikut jenis kambing.
juga tubuhkan division persatuan penternak-penternak kambing baka yang lain?
>> ya perlu seperti sub-sub @ mengikut jenis kambing... nanti tidaklah dikata org tutup periuk nasi pulak...
Atau mengikut negeri?
>> JPH ada setiap negeri dan dearah... nak minta bantuan blh dari mereka ... mereka hanya blh tolong apa yg mampu dgn kederat yg ada dan t’mampu .. tapi untuk kita yg lbh kederat ini kalau b’gabung boleh m’berikn munafaat yg lbh byk dan segalanya blh buat... dgn syarat p’setujuan dan komitmen yg akan diberikan...
Atau mengikut region?
>> bermula biarlah dari kecil selesai diperingkat daerah kita pergi ke peringkat negeri dan seterusnya pecahan mengikut region. sekurang2nya bermula dari kecil risiko pun kecil...
Perlukah?
perlu.. bagi mereka yang b’wawasan dan mpy keazaman untuk menembusi pasaran yg lbh baik... dgn b’persatuan... cerita yg keluar pun sama iaitu cerita kambing... tak delah terkeluar cerita org nak bela rimau... yg itu kena ada lesen... (buka zoo)
contoh
nak eksport 100ribu tan sebulan tahi kambing (klau org ladang panggil tinja) buat baja... dgn 10 kandang kambing boleh keluar najis byk tu ke..?? .Ttpi dgn b’persatuan ajelah... najis kambing (tinja) dpt dikumpulkan.. dan dipasarkan...
Pentingkah?
penting dan penting seperti sya yg tak punya apa2... tpi suka tgok mereka yg berjaya.. coz akur dgn ukuran baju yg dipakai..
Tapi.. jgn lupa ramai diluar sana b’perangai spt Ah Bad (m’buruk’n org), Mr Cold Water (p’bunuh semangat) , Ms Worry Virus (menakut2kn org), Mr Lose-lose (suka tgk org kalah). so pilihlah kita dikalangan org yg mana dan b’kwan dikalangan org yg mana. (petikan seminar Dr Lawrence WN)
Yg baik Dari Tuhan Yg Esa... yg buruk dari kita yg m’lakukn kesilapan dgn bantuan hasutan syaitan. ...
Sekadar Bicara...
RAI@AMJ
5:41 AM
Anonymous said...
persatuan kambing amat perlu. tetapi perlu diingat, jgn berpolitik dalam persatuan ini. ambil iktibar dari apa yg berlakau dalam bolasepak malaysia. dari kuasa besar bolasepak asia dah jadi sayur picisan.
jadi industri kambing yang berpotensi besar ni perlu satu persatuan yang kuat. yang paling penting adalah persatuan boer malaysia.
persatuan boer malaysia ini amat kita perlukan, kerana, setakat ini boer fullblood yang lahir di malaysia tidak boleh/sukar untuk di register sebagai fullblood! kita sedia maklum kalau fullblood tak der sijil, secara jujurnya tidak boleh di jual sebagai fullblood. so kuranglah untung kita bela fullblood jantan&betina.
tanpa sijil baka fullblood yang kita bela tak kemana. nak jugak dengar orang kita biak baka kambing guna fullblood boer tempatan.
tambahan pula, dalam 2-3 tahun lagi kerajaan bercadang hentikan import baka kambing nih. so kita kena ada registered breed kita sendiri! takkan nak register kat moa or jph.
untuk tujuan ini, saya sokong kita tubuhkan persatuan!!
9:18 PM
illnessz said...
bernas idea2 anynomous nih..tapi lagi cantik jika guna id yg sebenar..mana tau akan dtg kita boleh sembang2 di luar nanti...so bagi saya memang diperlukan tindakan ini.. tetapi perlu kaji pro & cont ...dari segi kebaikannya akan dtg kita boleh bersama2 kawal jika dpt order supply yg banyak..jika niche yg besar diperlukan untuk sesuatu projek
9:31 PM
zaj said...
Ada persatuan memang baik tetapi nawaitu tu kena betul sebab kita mau ada suara utk sampai ke pak menteri dan kalau fikir Indo pun ada tempat hub jual kambing mereka tetapi kita, Jph tak nampak atau buat tak nampak, cakap saja galak ternak kambing sapa yg kontrol harga pellet dan lain habuk pun tarak dan ini lah hakikatnya di malaysia negara bertuah ni.
6:33 AM
abghalim said...
Dah sampai masa kita untuk membela nasib kita.Penternak saja yang tahu cerita penternak.
Berpersatuan bukan mencari nama tapi kita mencari pahala.Kita tak lama disini,Firman Allah swt,bermaksud "Aku tidak mengubah nasib sesuatu bangsa itu,melainkan mereka yang mengubah sendiri"
Tepuk Dada tanya IMAN
Saya sedia membantu walaupun cuma sekadar penulis blog dan tak punya apa. http://ladanguluyam.blogspot.com/
6:13 PM
Agus Ramada S. said...
Salam Peternak.
Perkenalkan Saya seorang peternak Domba Garut dari Indonesia (sejenis Biri-Biri spesies Indonesia). Bersama ini perkenankan Saya memberikan masukan atas gagasan rencana pembentukan Persatuan Penternak Malaysia.
Di negara Kami Indonesia, telah terbentuk Himpunan Peternak Domba Kambing Indonesia (HPDKI) yang saat ini diketuai oleh Bp.AM.Sampurna dan seorang Sekretaris Jenderal yaitu Bp. Abdul Jabbar.
Keberadaan HPDKI bagi Kami masyarakat ternak di Indonesia sangatlah bermanfaat dalam memperoleh informasi berupa ilmu pengetahuan dan teknologi peternakan terbaru, pembinaan dan bimbingan usaha ternak serta pemasaran. Keberadaan organisasi ini mengakar mulai dari tingkat provinsi, kabupaten dan kecamatan.
HPDKI juga sangat bermanfaat sebagai wadah perkenalan peternak baru untuk berbagi pengalaman dengan peternak yang sudah berjaya dalam arti meningkatkan silaturahmi melalui berbagaimacam kegiatan pertemuan yang diadakan.
Kiranya informasi ini bermanfaat guna memberikan masukan terkait rencana pembentukan Persatuan Penternak Malaysia.
Wassalam.
Agus Ramada S.
12:19 PM
idha nawawi said...
Saya yakin perlu ada 1 persatuan bagi penternak2 kambing komersil di Malaysia agar mereka dapat bergerak dan memastikan objektif mereka dalam memajukan perniagaan ini dapat sama-sama di gembelingkan.
Mereka juga dapat bertukar-tukar fikiran dan pengalaman kerja.
5:03 AM
nasri said...
berpersatuan..bunyinya mcm menarik..bg saya memang banyak kebaikkannya bila wujudnya persatuan camni.contohnya senang mohon bantuan atas nama persatuan,tempat rujukan dan mendapatkan maklumat, suara kita lebih kuat dan lantang bg memperjuangkan sesuatu, dan lain2 lg la..mmg banyakla advantage jika kita berpersatuan ni..tp dari segi perlaksanaan persatuan itu sendiri..bg saya agak sukar utk dilaksanakan..yelah amik sbg contoh..kita ade ternakan 30 ekor kambing dan kita mengusahakannya seorang diri..dalam masa yang sama kita join persatuan ni..secara realitinya sekiranya ada aktiviti persatuan mcm perjumpaan ahli persatuan ke mesyuarat ke,sudah tentu penternak td sukar utk tinggalkan tugasan hariannya sebagai seorang penternak utk pogram2 persatuan ni..bukan tak berfaedah utk penternak tu join tp lebih berbaloi dari segi kos dan masa sekiranya dia tidak pergi..tetapi kesan kepada penternak tersebut, dia akan menjadi ahli yang tidak aktif dan akan ketinggalan atau keciciran nama sekiranya ada pogram2 atau sebarang bentuk bantuan yg ada pada persatuan utk diberikan kepada ahli..yg dapatnya, org yg tidak layak tp disebabkan dia ahli yang cukup aktif dia dapat semuanya..tp dr segi logik, penternak td kurang aktif persatuan disebabkan kerjanya banyak dan memang memerlukan sokongan persatuan itu sendiri dan yg hiperaktif itu td kalo difikirkan, dia ni kerja apa sebenarnya 24 jam je dalam persatuan tu..takde kerja lain ke..bukan saya kata tak bagus org mcm tu tp mcm penternak td dia terpaksa bahagikan komitmen kerjanya kepada 2 dgn ternakan dia lg, persatuan dia lg..tu tak masuk hal family lg, nak rolling duit lg mcm2..pinjam kata abghalim hanya penternak yang kenal penternak..tp saya tegaskan sekali lg saya tidak kata persatuan ni tak bagus utk dilaksanakan tp kena lihat bagaimana utk melaksanakan.bg saya, lebih suka kita berinteraksi secara serius melalui intenet camgini..saya suka dgn idea abghalim utk mewujudkan satu konsotium (1 stop centre)di mana aktiviti2 yg kita nak buat seperti jualbeli, maklumat,permohonan bantuan dan segala mcm hal ni diuruskan oleh satu badan konsortium ni..jd segala hal berkaitan konsotium boleh uruskan..komitmen penternak pun tak berbelah bg..yg handle konsortium ni pun mmg kerjanya handle akitivi2 kita ni..kita cuma pantau melalui intenet dan komen atau tegur apa yg patut sekiranya timbul sebarang masalah atau kemusykilan sekiranya wujud utk diambil tindakan oleh pihak tersebut.ok..aduh letih nak tulih2 ni..rasanya setakat ni dulu dr saya...sebarang komen dan teguran utk idea ni dialu2 bg membantu mengembangkan industri penternakan kita ni..tq nasri http://kelian-farm.blogspot.com/
7:42 AM
mybob said...
Asalamualaikum..emm ramainya yang dah bersuara..alhamdulilah sebenarnya ramai juga ada kesedaran seperti ini. Ok biarlah saya berbicara pula..dalam pandangan saya pada mula2 menyuarakan perkara ini kepada esis ialah..pentingnya kewujudan persatuan perternak kambing ini adalah kerana..memang belum wujud badan tersebut...saya tahu ada beberapa persatuan yang telah wujud dan telah dimonopoli oleh penternak "veteran" kita..tapi kita yang muda yang bakal pelapis mereka..susah nak masuk line mereka...so kita perlu platform kita sendiri untuk bersuara. Tapi apa yang saya ingin tekankan disini..banyak yang kau orang dah sentuh..tetapi ada satu perkara penting lagi yang aku ingin utarakan..iaitu R&D..aku tahu ramai dari kau orang bukan lah sebarangan orang ada yang mempunyai latarbelakang yang baik..kita memanng memerlukan sangat menghasilkan "baka boer malaysia", "baka jamnapari malaysia", dan lain2 lagi..selagi kita masih tidak bergerak ke arah itu..selagi itu lah kita akan bergantung pada dua negara tersebut dan cita2 malaysia nak jadi pengeksport daging jangan haraplah..kita just exploitasi kambing dari negara lain..kemudian claim kita keluarkan..huhuu. Hanya dengan kewujudan apabila kita tidak bergantung dan mengeluarkan baka sendiri..baru lah kamu akan lihat dalam perubahan harga..lagi2 baka boer..seharusnya lebih ekonomi utk diniagakan..
Mengenai platform bersuara..saya nak ingatkan kita bukan lah nak berpesatuan sangat..sampai meninggalkan kerja..nonsense..kita nak wujudkan ni seluruh malaysia..mostly kat KL lah centrenya..aku rasa kalangan kita pun kebanyakannya pandai online didalam internet,email dan forum. so kalau discussion mengenai idea atau apa saja yang boleh di utarakan boleh melalui medium ini..cuma mungkin sekali sekala..at least 3 bulan sekali..kita buat perjumpaan..tak perlu formaliti sangat..(aku tahu ramai yang tak gemar hhehe)kita duduk semeja..buat resolusi..buat kerja sket on paper..dokumentasi kan..after that..free time lah..mengeratkan silaturahim antara penternak....(jauhnya imaginasi aku ni....)
tetapi yang penting adalah muafakat kita apabila membuat keputusan atau tindakan...kalau nak hantar memorandum..orang respek kat kita..dengan semangat kita..(semangat saja pun tak leh gak..kena bijak bertindak juga)aku ada satu citer..sebagai teladan..situasi dimana dan siapa yang terlibat di rahsiakan...ada satu persatuan pernah gegarkan MOA dengan menghantar bantahan di atas akta terbaru yg dikeluarkan untuk perikanan..kecoh.dibuatnya. Yolah datang ramai2..nak menyampaikan memorandum tu..(tapi kita tak nak cam tu lah..kena ada smart way lah untuk selesaikan situasi seperti ini..cuma aku respek lah semangat dia orang bermuafakat..
tu jer lah buat masa ni..
wassalam
http://jutawantani.wordpress.com/
5:35 PM
FAN Agri said...
Memang perlu diwujudkan persatuan...atleast ada badan penggerak contohnye untuk buat sesuatu aktiviti yg tak dapa dibuat secara individu. Contohnya, "pasar mingguan atau bulanan kambing". Lagi elok kalau dapat diwujudkan koperasi untuk penternak-penternak kambing..."nilai tambah" bagi aktiviti berpersatuan nih...
Just my 10 cents
http://fanagri.blogspot.com
10:35 PM