Jumaat, 30 Mac 2007

Permata Putih

anak kambing kami, baru tumbuh ekor,
apa salah kami, lalu tidak tegur,
(tehehehe... anak kambing)

Respon Ketiga Realiti Penternakan Kambing

----- Original Message ----
From: mohdfikri mohdbakri wrote;

Assalammualaikum,

Saya pun ingin mencelah sikit . Sebenar apa yang diperkatakan banyak yang betul - tetapi apabila kita nak berniaga itulah cabarannya. Tiada benda yang free and senang dalam dunia ini. Lihat sajalah beratus kali telah diberitahu yang skim cepat kaya itu satu "scam" dah ramai kena tipu tetapi masih ramai yang percaya kerana apa - sebab mereka datang dalam belbagal rupa dan cara. Kalau kita teliti kenapa kita tidak boleh belbagaikan strategi perniaggan kita. Kalau kita mampu keluar 30,000 ekor sehari maka strategi nya lain. Tapi realiti nya adakah kita mampu keluar 30,000 ekor pada hari ini ? Kalau cakap pasal FAMA atau agensi yang lain - bukan mereka taknak beli tetapi kadang salah kita juga tidak mampu memberi supply yang tak konsisten. Saya rasa kalau dalam keadaan sekarang mustahil kita boleh mengeluarkan 30,000 sehari. Kalau kita perhatikan di Australia dan New Zealand bilangan kambing adalah melebihi penduduknya - mereka tak risau pun pengeluaran yang berlebihan - sebab nya mereka ada strategi perniagaan .

Contoh saya pernah bela ayam serama - dan harga nya ada sampai beribu ringgit - itu pun orang tanya buat apa siapa nak beli dan macam macam lagi. Tuan-tuan tau tak saya boleh kutip rm200 dengan hanya mempamerkan ayam ini. Orang bandar anak-anak nya tak ramai yang ada kampung dan boleh bermain ayam - dengan membawa ayam ini di bandar dan letakkan di Taman Tasik Titiwangsa misal nya - dan sesiapa yang nak bemain dengan ayam bayar RM1 dan dengan makanan RM2. Menjelang petang dah ada RM200 lebih. Ini contoh yang pernah saya buat dan kalau kita nak promote kambing kita perlu bawa mereka ke pusat-pusat perniagaan atau di hotel apa salahnya.

Tapi bagi saya yang penting sekarang ialah networking antara kita - mungkin kita boleh bahagi mengikut zon parlimen. Kalau ada 5 penternak dalam stau zon pun dah bagus. Dengan ini kita boleh berkongsi untuk membeli makanan, ubat - ubatan , pengangkutan , promosi dan juga pemasaran dan banyak lagi (tak perlu ada persatuan yang nak kutip yuran dll). Kalau mereka tiada kambing tetapi berminat pun boleh join Sebulan sekali berjumpa di kandang secara rotation dan brain storming cadangan dan masaalah. Tiga bulan sekali buat lelongan kambing. 6 bulan sekali buat pertandingan kambing. Kalau susu banyak jual dalam paket. Kalau kiat dok nak cerita ini susah itu susah memanglah susah. Tapi kalau setiap masaah itu kita anggap satu cabaran , insyallah ada penyelesain nya. Jom kita rancang satu demi satu.

Dalam forum ni ramai yang pakar dan sifu-sifu kambing. Kalau ada yang tak nak bantu takpalah kita usaha dengan siapa yang nak. Lagi satu nak berniaga mesti ada model - ada sedikit pun tak pa yang lain tu kudrat kita . Sorry lah kalau saya membebel - tapi kadang-kadang saya hairan ramai ang suka bercakap dari mahu melakukan.

So why not as a first step kita daftar dulu seperti :
1) Nama & No Talipon.
2) Lokasi Kandang
3) Bil kambing dan Jenis
4) Jenis Makanan yang diperlukan.
5) Bil Kambing untuk dijual dalam masa 6 bulan.

-kalau ada nak tambah detail lain - sila lah tapi jangan banyak sangat. Siapa nak volunteer database ? Kalau takda , saya boleh. Untung-untung besok kalau menjadi boleh lah kita jadi kumpulan pendesak yang boleh memberi cadangan kepada kerajaan dan agensi. Yang perlu kita bersatu - Kalau dok cakap nya - penat juga, Orang lain makin lama makin maju. Terima kasih dan maaf lah kalau saya merepek.

-Mohd Fikri-

**********
Data base ini diusahakan oleh En. Mohd Fikri. SILA SERTAI ATAU LENGKAPKAN DATABASE DI SINI

Khamis, 29 Mac 2007

Untuk Manfaat Semua

28 Mar 07, dalam shutbox.

Travolta wrote;

Cadangan: updatekan info terbaru ternakan bukan ulang balik apa yg dah bincang, nanti ketinggalan..he.he.he

************************************
Salam saudara Travolta;

Terdapat beberapa tujuan saya menyiarkan semula perbincangan ini;

1. Saya fikir terdapat ramai penternak dan bakal penternak di luar sana yang boleh dapat manfaat bersama daripada perbincangan/perbahasan ini.

2. Ini kerana, bukan semua penternak dan bakal penternak yang subscribe ke dalam kaprima@yahoogroups.com

3. Dengan penyiaran perbincangan/perbahasan ini di blog, semua orang membacanya dan boleh berfikir tentang realiti penternakan kambing di Malaysia.

Sekian terima kasih,
-esis-

Rabu, 28 Mac 2007

Respon Kedua Perbincangan Realiti #2

Dari perbincangan di kaprima@yahoogroups.com

Khairil Anuar Mahmud ... wrote:

Salam, Sekadar pendapat.
Buat apa kita cipta banyak alasan untuk tidak menternak?

PERTAMA - KURSUS
Ramai yang terlalu taksub dengan kursus. Andaikata kalau tak ambil kursus tak boleh ternak kambing, sure gagal. Salah tanggapan tu... bidang ternakan kambing nih bukan bidang profesional yang komplikated. Orang kampung yang tak reti membaca pun boleh ternak kambing. Tak susah ternak kambing, bagi makan ikut masa, bagi makan cukup, bagi air yang bersih, jaga kebersihan kawasan ternakan, pastikan kambing sihat. Kalau ada yang kena penyakit rujuk Jabatan Haiwan. Tak perlu pakai algebra, triginometri atau apa-apa formula yang canggih. Kursus hanya memberi latihan intensif... yang mana boleh juga kita dapat daripada pengalaman apabila kita MULA menternak.

Saya tak nafikan kursus ada faedahnya tetapi apa gunanya sebab alasan kursus mahal, lambat kena tunggu, birokrasi... terus kita buntu tak releven. Ni yang saya kata kalah sebelum berperang. Memanglah kursus mahal sebab pengalaman berpuluh tahun dimuatkan dalam beberapa hari. Tetapi macam belajar time sekolah dulu, berapa kerat yang kita gunakan sekarang?

KEDUA - KAYA CEPAT
Maaf nak ketengahkan. Ramai yang tak suka MLM, skim cepat kaya tetapi hakikatnya mentaliti kita masih lagi 'NAK KAYA CEPAT'. Tak nak buat kecil-kecilan, nak terus 'boom'. Nak untung banyak, nak wang juta-juta, nak cepat. Ini sebenarnya satu penyakit dalam komuniti kita. Asal ada projek baik, asyik cerita pasal duit, pasal kaya, pasal bawak merz, pasal beli banglo, pasal pasang bini 4. Bukankah ini lebih kepada sifat 'mata duitan' daripada menjurus kepada mengejar kejayaan?

Kejayaan bukan terjadi dalam sekelip mata. Kena berusaha, kena tekun, makan masa. Kejadian manusia pun makan masa 9 bulan dalam perut ibu, kita lahir pun bukan terus boleh berlari. Jadi, bawa bersabar, cekalkan semangat dan teruskan usaha gigih. Insya Allah, Allah tu Maha Adil.

Dikaitkan dengan penternakan ini, buatlah ikut kemampuan. Kalau mampu ternak kambing kampung, mulalah ternak kambing kampung (tak perlu fikir pasal Boer / Janapari dulu). Kalau mampu bela 5 ekor, ternak dulu 5 ekor. Kegagalan sebenar kita adalah apabila kita TIDAK MULA. Lebih sedih kalau orang bilang, "cakap banyak habuk puk tak ada".

KETIGA - COP MANUSIA SUBSIDI / HUTANG
Mengapa kita harus mengharapkan subsidi / pinjaman? Seperti no 2, kita tak perlu mulakan besar-besaran terus, kita orang baru dalam ternakan kambing, asas tak kukuh dah nak ambil risiko yang tak tentu arah. Ini bukan pelaburan yang bijak. Kalau belum mampu nak kumpul duit untuk ternakan kambing, uruskan kemampuan kita dahulu. Saya risau sekiranya buat pinjaman, pinjaman tersebut tidak pergi kepada memulakan ternakan, tetapi dibelanjakan untuk menampung keperluan hidup.

Dalam perniagaan, pengurusan kewangan penting. Kalau kewangan kita sendiri tidak terurus, susah kita nak uruskan kewangan perniagaan. Confirm campur aduk nanti lepas tu memanjang jer duit tak cukup. Jangan kata duit tak cukup sebab gaji kecil. Cuba lihat kebelakang sebentar dan lihat bagaimana mat despatch, security guard boleh besarkan 7-8 orang anak dengan sempurna.

Saya tak tegah anda berhutang. Saya pun berhutang. Cuma saya nasihatkan berhutang sekadar termampu dan tidak membebankan. Jangan terpedaya dengan angan-angan untung berjuta.

KEEMPAT-ASAS PINJAMAN
Selalu kita mengomel susah nak dapat pinjaman. Antara sebab 'SUSAH' dapat pinjaman:
- Hutang lebih daripada kemampuan bayar balik
- Hutang tiada cagaran / jaminan yang lebih mahal
- Bank tak percaya kredibiliti pemohon (blacklisted / tak yakin pada diri sendiri / RP tak kuat)
- Pemohon tak ada sumber lain untuk bayar hutang (jangan berhenti kerja)
- Minta hutang untuk projek yang masih belum dimulakan (masih mat jenin)

Dipendekkan cerita, bank BUKAN badan amal. Bank juga satu perniagaan yang mengharapkan keuntungan. Kalau kita tak boleh bagi untung pada bank, jangan harap bank nak tolong kita. Kalau bank tak nampak kita boleh beri keuntungan pada dia pun, jangan harap bank nak tolong. Kalau anda tanya "Kalau macam tu apa guna bank?". Saya rasa jawapan ada pada diri anda sendiri.

KELIMA-MENIAGA?
Asas perniagaan adalah menjual. Kalau tak reti menjual, jangan berniaga. Orang kita ni ramai yang malu nak menjual, macam ler buat kerja hina. Bila dah menjual, penting pengurusan kewangan, kalau asyik pikir nak berpoya-poya, tak payah meniaga. Bila dah ada pengurusan kewangan, perlu ada pengembangan perniagaan (business development) , selepas tu bolehlah melangkah lebih jauh lagi.

PENUTUP
"Semuanya bermula dari minda anda". Kalau alasan yang anda pikir sampai bila-bila alasan yang anda buat. Kalau tindakan yang anda pikir, pasti anda akan bertindak.

Apa yang saya katakan ini semua asas, semua orang tahu tetapi ramai yang tak ambil pusing. Saya cuma ingin mengingatkan kembali. Berpesan-pesan kepada saudara-saudara dan diri saya sendiri. Yang baik buat tauladan, yang tak bak jadi sempadan. Minta maaf kalau tersalah bahasa.

Khairil, http://www.interxposegroup.blogspot.com/
khairil[AT]interxpose[DOT}com

Selasa, 27 Mac 2007

Respon Pertama Perbincangan Realiti #2

Dari perbincangan di kaprima@yahoogroups.com

jengkaut_05@.... wrote:

Dalam bidang perniagaan tiada yang percuma. Hendak seribu daya kalau tak nak macam2 alasan. Mengenai kursus rujuk JPH, ada kursus 5 hari free of charge. Saya sudah daftar bulan Februari lps dan sudah diterima untuk kursus bulan April ini di Institut Haiwan Kluang. Buat pengetahuan saya x pakai orang dalam.

Kursus sangkut MARA saya dalam proses permohonan, MARA baru bukak intake kalau saudara/saudari alert pasal benda2 nie. Kursus sangkut MARA 3-6 bulan praktikal kalau lepas interview la. Kene keluar modal sedikit. 31hb Mac ni tarikh akhir permohonan. Rujuk kepada MARA kalau berminat. No telefon/rujukan dll sila ikhtihar sendiri. Jangan amalkan spoon feeding seperti zaman sekolah dahulu. Kerana sekiranya sudah bergelar usahawan segala masalah/keadaan perlu diiktiarkan dan dibuat penilaian sendiri. Berfikirlah dan berusahalah seperti seorang usahawan dan bermulalah dari sekarang.

Masyarakat Melayu kekurangan nya adalah pemikiran yang negatif dan terlalu banyak mempercayai sesuatu yang tahyul---->> Swiss cash comfirm dpt pulangan? ade kuar cter kat paper ramai siswazah/pesara/ VSS kene tipu main skim cash2/dinar2nie ade yg sampai hilang 100k++ camtu aje (100k tu kalau kasik saya buat ternak kambing fuyyooooo!!) . Dan yg paling penting kita sebagai org islam kene tau Halal/haram dan hukum hakam income kite.

Mari kita berbalik kepada dunia kambing. Kambing pada harga lebih RM 1000 kebiasaannya adalah kambing baka. Kambing2 jenis ini mempunyai/mewarisi traits/ciri2 terbaik yang ada pada baka tersebut. Hanya penternak sahaja memahami ciri2 ini dan pada pandangan orang biasa harga seekor kambing menjangkau RM3000 adalah x masuk akal. Surat beranak kambing adalah suatu ISO utk mengesahkan tahap ketulenan sesuatu baka. Sejarah Blood line memainkan peranan penting dalam penternakan kambing dan ini dapat disahkan melalui "surat beranak" ini.

Mengenai pemasaran kambing, sekiranya saya bercerita panjang lebar disini ianya adalah cakap2 kosong. Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut sila lah berhubung pada yang pakar, jangan dengar ckp kedai kopi or orang yang gagal dalam penternakan kambing. Khidmat nasihat pemasaran kambing boleh didapati dari pihak FAMA (moral of the story- rujuk pada yang pakar dan di tempat yang betul). Nak jual dengan FAMA pn boleh nak mintak khidmat nasihat pon boleh cth bleh dpt tau spesifikasi mcm mane market nak end product kambing tu (takkan nak jual kat hotel kita jual hidup2 akai ada?)... networking is crucial.

Mengenai RP, berbalik kepada "hendak seribu daya taknak seribu alasan". Saya sudah memiliki RP yang lengkap, siap dengan senarai sebutharga, pembekal dll. Mintak maaf saya katakan RP ini saya buat berdasarkan research internet yang dilakukan-ambil masa kira-kira setahun utk dicompletekan (modalnya masa shj dn bil internet, bagi yg ada duit bleh masuk kursus). Banyak info kat internet, itulah kelebihan internet walaupon org kat kedai kopi kate internet ni banyak keburukan. Saya tak pergi mana2 bengkel buat RP tetapi kebnyakan org yg saya tunjukkan RP ini "impressed". Nak RP saya? sori private n confidential kerana banyak masa dan usaha saya telah laburkan.

*RP sebagai rujukan pihak bank/funder, kalau utk rujukan saya sendiri dalam sofcopy ada mcm2 fail berkaitan kambing:- movie kambing beranak dll pon ade. Kalkulator utk pemakanan seimbang kambing utk capai pertumbuhan harian optimum siap kiraan kos pon ade.-Kalau saya boleh dpt benda2 ini kat internet kenapa saudara/saudari tidak? Saudara/i adalah mahasiswa/mahasiswi sedangkan saya hanya sekadar SPM.

Jadi boleh dikatakan RP saya ini juga mcm RP org jepun, ambil contoh RP, format RP standard dll kat internet lpstu "enhance"kan. Kalau saya boleh buat kenapa saudara tidak boleh? Dalam file group kaprima ini juga ada contoh2 RP untuk dibuat sebagai guideline.

Sebagai penutup(siap ada penutup lagi).. Berdasarkan research yg saya buat kat internet dan in realiti penternakan kambing ni mmg sukar. Bukan semua orang boleh terlibat dalam perniagaan ini. Sebab itu hanya usahawan sebenar sahaja mampu bertahan. Pulangan mmg lambat iaitu selepas 2 tahun dan minimum kene bela 50ekor permulaan, kalau boleh survive 2 thn (part yg paling susah) Insyaallah.. ..Pak cik kayo!!.

Oleh itu kenali erti usahawan terlebih dahulu dan pastikan ianya ada dalam diri kita sebelum menceburi bidang ini.

From:
Mohd Shaifuldin Baharom

Ahad, 25 Mac 2007

Perbincangan Realiti ke-2

Saya harap pandangan yang di utarakan oleh Encik Safik difikir secara positif. Sesiapa yang memberi komen harap menyertakan nama. Jangan jadi anony atau hantu

-esis-

*************************

Dari perbincangan di kaprima@yahoogroups.com

safik_effendy@... wrote again:

Bro semua,

Jadi ada sesiapa yg rasa any suggestions bagus, untuk kita bincang-bincang cara mana kita nak buat supaya kalau ade 30 000 ekor kambing, semua kambing tu kita boleh sembelih sekali harung dan jual semua sekali, sebab saya dengar sekarang ni ada orang dah try bawa lembu masuk dari Afrika country secara hidup-hidup or dah disembelih dan dijual di sini mungkin dah ada pun kot tapi saya just dengar-dengar orang sembang kat kedai kopi.

Lagi satu ialah senario yg menjadi mentaliti kita ialah kalau bawa barang oversea semua nak jual mahal. Kalau kambing kampung kita boleh dapat dengan harga dua ke tiga ratus tapi kalau Boer ke Jamnapari semua nak bubuh harga RM 2000.00 siap surat beranak lagi dengan ada grade lagi, sorry kerana saya ni memang tengah boring sekarang ni, bro-bro yang nak bela kambing mari kita kembali ke arah berpijak di bumi yang nyata, sapa nak beli sampai 5000 ekor kambing kalau harga total sahaja sudah mencecah 5000 ekor X RM 1700.00/ekor = ???? kira sendirilah....

Bro, kita semu sebenar nak meniaga apa? nak menternak apa? ekk kalau nak buat RP yg senang tu pun nak kena masuk kelas dulu nak kena bayar RM??.?? dulu baru boleh buat tu semu dan belum tentu lagi RP tu kalau kita usung pergi dekat Tekun ke! Prosper ke! tah apa-apa perkara merempit lagi yg belum pasti tu. Saya pergi kursus introduction usahawan Proper untuk para siswazah kena byr RM 50.00 tunggu dengar ceramah yang takde wawasan sampai ke petang amik ujian apa ke jadah saya tak tau dan kemudian dia cakap kalau nak dapat pinjaman kena pergi satu kursus lagi untuk kursus cara buat RP. Kena bayar lagi tau... Soalan saya berapa orang sebenarnya siswazah yang mampu bayar tu semua kalau dia bukan dilahirkan anak orang senang? Picit kat tepi kat tengah menyala...

Jadi saudara-saudara semua, biar saya nak bagitau dalam dunia ni takde yang free even kita semua cakap-cakap ni saya tetap bayar bil internet tau, Mai Farm kalau nak attend kursus dia kita kena byr RM 1300.00 to RM 1500.00. Ini sebenar kesedaran kita yang pertama kita kena bersatu.

Kalau ada bro-bro yang dah pernah tahu cara buat RP tue tolong bagi attachment dalam ni senang kita kupas dan buat satu RP yg canggih punya sebab Jepun sukses dengan meniru barangan buatan orang lain dan dia hanya improvekan aje, saya dah malas dah sebenarnya nak attend kursus yang keluar duit tapi takde hasil, susah baik duit tu bawa melabur kat dlm Swiss Cash tentu dah dapat hasilnya...

Maaf kalau salah cakap. Ada sesiapa nak sambut cakap saya ni, marilah kita berdikusi dalam wacana ini

Regards,
Safik Effendy Mohamad

Jumaat, 23 Mac 2007

Suatu Perbincangan Positif

Dari perbincangan di kaprima@yahoogroups.com

safik_effendy@..... wrote:

Bro,

Satu soalan yg paling bagus bagi saya, sorry ini masuk isu sensitif pasal one thing Kerajaan Malaysia ni memang pandai kempen untuk rakyat dia, suruh buat itu ini, kalau tak buat dia orang cakap kita ni asyik nak harap subsidi kerajaan, kalau kita ternak kambing ada 5000 ekor kat mana nak jual?

Berapa orang sangat yang Islam bila lahirkan anak nak beli kambing tu. Dalam masa berapa bulan baru kita boleh habiskan kambing tu semua sekali. Kalau kita ada 500 liter susu tu pun, satu hari siapa yang nak beli sampai 500 liter sehari dan berapa lama kita boleh simpan susu tu supaya tak rosak dalam peti sejuk?

Sebenarnya apa yang kita nak kerajaan buat ialah tempat yg betul-betul berfungsi untuk trading benda-benda ni. Kalau di Norway orang bela kambing biri-biri 1000 ekor, bila cukup masa boleh sembelih, masuk rumah sembelih terus dijual oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Diaorang pergi other country yang suka makan biri-biri, tapi kita hanya harap anak orang kena demam kuning baru orang beli susu kambing dan bila orang nak akikah baru ada orang beli kambing. Ada sesiapa boleh guide tentang soalan saya.

Regards
Safik Effendy Mohamad

Rabu, 21 Mac 2007

Ladang Orang

Bayangkan jika kamu ada ladang kambing sebegini.
Apa yang akan kamu buat..??
[klik gambar]

Rabu, 7 Mac 2007

Pinjaman TEKUN

TEKUN Tani/Ternak

Pembiayan disediakan sebagai modal untuk memula / mengembangkan perniagaan / projek pertanian.

Kelayakan Asas

• Bumiputera berumur 18-60 tahun
• Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah
• Terlibat secara langsung dan sepenuh masa
• Satu pembiayaan untuk satu isi rumah
• Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 20,000
• Mempunyai tanah sendiri/sewa atau projek usahasama dengan Persatuan Belia/Agensi Kerajaan/NGO

Syarat Tambahan

• Seorang penjamin dari kalangan keluarga/saudara-mara/kawan
• 10% hingga 15% kos pembiayaan disediakan oleh usahawan
• Tapak projek berdekatan (lingkungan 20km) dengan pejabat YTN atau berdekatan dengan kediaman staf YTN

Jumlah pembiayaan

Pembiayaan adalah berdasarkan keperluan projek yang dilaksanakan di antara RM500.00 hingga RM30,000.00.

Bayaran balik

Bayaran balik pembiayaan adaah mengikut ’grace period’ sehingga projek mengeluarkan hasil atau memilih membayar secara mingguan/bulanan/musim.

Isnin, 5 Mac 2007

Isu & Cabaran

Isu dan Cabaran Sektor Pertanian Makanan Malaysia. Perlu diingat bahawa ini adalah CABARAN kepada kita. Bukan semata-mata kelemahan pada sistem. Tanpa cabaran kita takkan berjaya. Jangan mengeluh dan jangan menyalahkan sistem. Inilah cabaran kita;
  1. Saiz ladang tidak ekonomik.
  2. Kekurangan teknologi.
  3. Petani lanjut usia.
  4. Golongan muda kurang minat.
  5. Banyak bergantung kepada input pertanian import seperti baja, benih dan makanan.
  6. Terlau bergantung kepada tenaga buruh luar hingga 30%.
  7. Kos pengeluaran tinggi secara bandingan dengan negara pesaing.
  8. Kekurangan pelaburan swasta kerana dianggap berisiko tinggi, kekurangan intensif dan persepsi kurang menguntungkan.
  9. Sistem penyampaian maklumat agensi pertanian kurang berkesan.
  10. Peruntukan bantuan pertanian terhad.
  11. Pembiayaan sektor pertanian sukar diperolehi.
  12. Kekurangan tapak yang sesuai untuk pertanian.
  13. Kos prasarana/infrastuktur yang tinggi.
  14. Manipulasi pasaran.
  15. Kemudahan peralatan dan jentera pertanian yang terhad.
  16. Kemudahan sokongan pengedaran hasil terhad.
  17. Kos input pertanian meningkat dan tidak dapat dikawal.
  18. Peluang pasaran melalui hypermarket terhad.

Ini adalah sebahagian maklumat kertas kerja yang dibentangkan oleh En. Zahari Abu Yazid, Naib Presiden, Kelab Usahawan Tani Malaysia (KUAT). Perbentangan ini bertajuk USAHAWAN TANI MENGHADAPI CABARAN PERTANIAN KOMERSIL YANG KOMPETITIF.