Isnin, 29 Oktober 2007

Casserose Membantu Penternak

Kos makanan yang meningkat menyebabkan kos operasi penternak juga meningkat. Situasi ini lebih menekan jika penternak terpaksa memelihara kambing yang tidak produktif. Terutamanya kambing jantan yang tidak mempunyai ciri-ciri penjantan unggul sebagai baka. Sedangkan kos memeliharanya lebih tinggi daripada kambing betina yang lain.

Katakanlah kos makanan:
1 ekor jantan ( 1 hari) = 0.50sen
Jika 0.50sen X 30 hari = RM15

Jika anda mempunyai 10 ekor jantan yang bukan unggul. Dan anda terpaksa memeliharanya selama 8 bulan (kos makanan RM1200) atau 1 tahun (kos makanan RM1800) untuk di jadikan Aqiqah atau Korban. Namun anda harus ingat, ini tidak termasuk dengan kos operasi yang lain iaitu ubatan, vaksin, mineral dan sebagainya.

Maka kos yang terpaksa anda tanggung adalah sangat tinggi. Malah, kadang-kadang tidak menguntungkan. Untuk pengiraan kos sila klik SINI. Oleh itu, adalah lebih efisyen dan bijak jika saudara jual ketika kambing ini berumur antara 3 hingga 6 bulan.

Jadi, di mana anda akan pasarkan kambing-kambing ini?

Casserose Jawapannya. Ya. Pasarannya adalah kepada kami. Kepada casserose. Kami menjadi pasaran utama kambing boer anda. Kami mengalu-alukan penjualan kambing boer sahaja kepada kami. Kami membeli seberapa banyak kambing boer yang saudara ingin jual(jantan dan betina). Sungguh! Harga boleh dirunding.

Ini kerana, kerapkali masalah pasaran membelenggu penternak-penternak kita. Jadi, kami mengambil inisiatif ini untuk membantu rakan-rakan sekalian. Sila hubungi saya, Rie 012-2969763 atau rie@casserose.com.

Sabtu, 20 Oktober 2007

Lawati Website Casserose

Casserose telah melancarkan websitenya di ruang internet ini. Saudara boleh berkunjung ke SINI untuk mengenali Casserose dengan lebih dekat. Segala maklumat yang saudara perlukan ada dalam website kami. Namun begitu, untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci boleh juga menghubungi saya di rie[at]casserose[dot]com atau esis_rie[at]yahoo[dot]com.



Buat pengetahuan semua, semalam 19 Oktober 2007 Casserose membawa masuk lagi 158 ekor kambing boer dari Australia. Kambing-kambing ini kami tempatkan di kandang Casserose Jalan Kebun, Shah Alam. Lawatan dan pembelian saudara sangatlah kami alu-alukan. Sila hubungi saya 012 2969763 (Rie) untuk sebarang urusan. Terima kasih,

Jumaat, 12 Oktober 2007

INI IKLAN CASSEROSE

Kerjaya Di Casserose Agrofarm
Salam,

Peluang pekerjaan sebagai pengurus ladang.

Casserose sedang mencari seorang graduan dalam bidang pertanian atau penternakan sebagai pengurus ladang.

Krateria yang Casserose perlukan:

  1. Mempunyai ATTITUDE yang positif.
  2. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang penternakan kambing.
  3. Mempunyai minat yang mendalam dalam penternakan kambing.
  4. Sanggup bekerja tanpa mengira waktu.
  5. Tidak malu menjadikan jawatan ini sebagai kerjaya & bukan sekadar kerja.

Tarikh tutup iklan ini pada 31 Oktober 2007. Sila hubungi saya dengan menghantar resume yang lengkap ke esis_rie[at]yahoo[dot]com


Terima kasih,
-Esis-

Rabu, 10 Oktober 2007

Ucapan Selamat Hari Raya Daripada Casserose

Buat sahabat-sahabat perkambingan, Selamat Hari Raya & Maaf Zahir & Batin. Minta ampun salah silap dalam penulisan saya. Semoga raya ni diberi keberkatan dan keberuntungan dalam hidup. Bagi saudara yang balik raya di kampung, jangan lupa buka blog saya di kampung nanti ye.. hehehe. Dan sempena raya ni, jangan lupa sembahyang raya. Solat Aidilfitri sekali setahun aje. Kambing sepanjang tahun. Sibuk-sibuk juga dengan kambing, yang dituntut jang lupa. Apabila makan lemang atau ketupat di pagi raya, lebih sedap jika di cicah rendang .Kurangkan makan ataupun jangan makan terus. Katanya, ada enzim ...EEeeeeeeee....Pesanan terakhir saya pada sahabat semua, sebelum berkunjung-kunjungan tu, jangan lupa beri kambing makan dulu ye... Kasihan kesayangan, kebulur dan kurus dia di pagi Syawal. Marah sungguh kambing, jangan sampai ditanduk sudah la ye.. hehehe. Ada yang jadi pula nanti. Bagus-bagus, jangan lupa jemput saya. Hehehe

Rabu, 3 Oktober 2007

Kambing & Terapi Kesihatan

Suka saya mengulas satu entry yang ditulis oleh Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin tentang Terapi Kambing. Ini kerana, artikel tersebut agak terperinci tentang kebaikan atau faedah dalam menternak dan memakan daging kambing. Sebenarnya, memang ramai penternak mengakui menternak kambing sebagai terapi, tetapi tiada penulisan tentangnya sepertimana yang ditulis oleh beliau.

Sebelum ini, saya pernah menulis tentang mitos memakan daging kambing, dan ternyata tulisan saya sama dengan saranan Dr. Ariffaizal yang mana beliau bersetuju tentangnya, seperti qoute beliau di bawah;

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.


Bukan itu sahaja menurut beliau, daging kambing juga adalah ubat dalam merawat penyakit darah tinggi. Ini dapat dilihat daripada tulisan beliau iaitu;

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah, punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Ternyata, pening selepas memakan daging kambing adalah kesan sampingan disebabkan oleh proses penguraian dan perubatan. Kesan seperti ini juga akan kita alami, jika memakan ubatan yang berasaskan homopati contohnya seperti jeli gamat. Selain itu, menurut Dr, Ariffaizal lagi;

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Selain itu menurut beliau;

Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu, penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan mantap atau disebut emotional quotient (EQ). Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insyaAllah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.

Seterusnya beliau juga menyatakan bahawa;

Daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.

Bukan itu sahaja, malah mengikut kajian beliau;

Pesakit darah tinggi dinasihatkan agar tetap mengambil daging kambing dalam proses merawat penyakit darah tinggi sebagai ketahanan tubuh untuk mengelakkan penyakit ini berulang kembali.

Perkara yang paling menarik menurut kajian beliau, pemakanan memang mempengaruhi karektor seseorang. Dengan memakan daging kambing, seseorang itu akan mempunyai karektor kambing iaitu;

Menjadi seorang yang tegas, berpendirian, matang, berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran, memahami arahan, sentiasa gembira, tahap kecintaan yang tinggi, tahap EQ (emotional quotient) yang tinggi, kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi serta mudah tersenyum.

Tentu ada hikmah dan rahsia kenapa para nabi, anbia dan ulama diperintah atau ditakdirkan memelihara kambing sebagai haiwan gembalaan, sumber makanan dan minuman. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Untuk membaca lebih lanjut tentang Terapi Kambing daripada Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin sila KLIK.