Rabu, 31 Januari 2007

Buku Panduan Pengeluaran Kambing KaPrima

Buku ini boleh dimiliki secara percuma daripada Jabatan Haiwan. Saya telah berkesempatan mendapatkan buku ini daripada Wisma Tani Putrajaya.

Saya kira, buku ini sangat berguna untuk penternak dan bakal penternak kambing. Buku ini adalah yang paling lengkap tentang penternakan kambing di pasaran Malaysia. Mempunyai lebih 60 m/s dan antara perkara yang menjadi isi kandungannya ialah:

  1. pengenalan kepada sistem pengeluaran kaprima

  2. arah aliran permintaan daging kambing

  3. sistem pengeluaran kaprima

  4. pemasaran hasil ladang

  5. pengurusan pemakanan kaprima

  6. amalan penternakan yang baik (GAHP)

  7. kawalan & pencegahan penyakit

  8. perkhidmatan sokongan veterinar

  9. senarai semak projek

  10. ekonomi pengeluaran & dayamaju

  11. pengeluaran baja organik

  12. lampiran 1: contoh rekod

  13. lampiran 2: pelan kandang

  14. lampiran 3: alamat projek KTS


Untuk pertanyaan dan langganan buku ini sila hubungi:
UNIT PEDAGING,
BAHAGIAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN INDUSTRI,
IBU PEJABAT JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN,
WISMA TANI, BLOK PODIUM, LOT 4G1 & 4G2, PERSINT 4,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PUTRAJAYA
62630 PUTRAJAYA.

TEL: 03-88702000

Isnin, 22 Januari 2007

Kami Masih Bertuah...

"kambing kita mati 2 ekor. Jantan putih & ibu yang kembong hari tu. Bunga pun sakit tenat" - via sms (adik aku)

Aku pun cepat-cepat telefon adik aku yang menjaga kambing tersebut.

"Kambing semua sakit. Mungkin salah makan. Lagipun hari hujan, jadi mungkin termakan palet yang rosak atau dedaun yang rosak akibat hujan yang berlarutan."

"Tapi pejabat haiwan dah datang secepat mungkin selepas ditelefon. Semua kambing dah dicucuk ubat. Sekarang kambing-kambing dah kembali sihat. Pejabat haiwan juga puji yang kambing kami sihat-sihat jika lihat pada bulunya yang berkilat. Pegawai JPH juga dah "seal" bar kod gprs pada kandang kami untuk dimasukkan dalam data base mereka" - via phone (adik aku)

****

Musim hujan ni, dua ekor kambing mati. Katanya tersalah makan, usus tersumbat. Kambing jantan putih kami tu baka Saenan. Dah setahun umurnya. Ibu tu kambing kampung sahaja tetapi baka besar. Mungkin kami takde rezeki untuk dua ekor ini. Insyaallah mungkin akan dapat yang lebih baik.

Namun begitu, kami masih bertuah jika dibandingkan dengan penternak kambing di Johor.... Berapakah kerugian mereka agaknya?

Khamis, 18 Januari 2007

IKLAN BUKU


Buku ini menerangkan secara ringkas tentang penternakan kambing yang boleh dijayakan di Malaysia. Terdapat 36 muka surat bercetak dan berwarna. Antara senarai kandungan ialah;
  1. Pengenalan
  2. Jenis kambing
  3. Kandang kambing
  4. Pemeliharaan
  5. Sistem penternakan
  6. Makanan kambing
  7. Kesihatan
  8. Kegunaan lain
  9. Glosari

Jumaat, 5 Januari 2007

Seminar Ternakan Kambing Komersial

Merupakan kerjasama PERFECT Agro Sdn. Bhd. (PASB) dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH). Ia adalah kesinambungan daripada Pameran MAHA2006, Pertanian Adalah Perniagaan.

Seminar yang bertajuk: Memulakan Penternakan Kambing Secara Komersial
Tempat: KULIM Golf & Country Resort, Kulim, Kedah.
Masa: 27 Januari 2007
Acara menarik: Lawatan ke Ladang Integrasi PASB, Tanjung Pari, Baling, Kedah.
Hubungi: Ladyia Misir- 03 80757188 (sebelum 15 januari 2007)

Antara maklumat yang akan di perbincangkan ialah:
i. aspek penjagaan ternakan secara sistematik.
ii. bioteknologi & infrastruktur ternakan kambing.
iii. & lain-lain.