Daripada pemerhatian kami, induk kambing boer purebreed yang bunting ini pasti melahirkan anak kembar. Kebiasaan induk boer kami memang begitu. 90% kelahiran di kandang Casserose pasti kembar. Itu dahulu.
Sekarang, setelah anak dilahirkan. Jangkaan kami tersasar. Bukan kembar yang terbit, tetapi tunggal. Namun begitu, tunggal bukan sebarang tunggal. Yang tunggal ini 5kg beratnya selepas dilahirkan. Anak jantan. Jantan sungguh! Ciri-ciri pejantan yang unggul, sempurna pada yang tunggal ini. Moga, Si Tunggal ini panjang usianya.

Daripada analisis kami, ini adalah daripada program pemakanan yang kami jalankan. Kami membuat beberapa eksperimen keperluan nutrien untuk induk, pejantan & anak. Ini kerana, keperluan nutrien kambing berbeza mengikut usia dan fungsi kambing tersebut.
Jika hanya sejenis pallet sahaja yang diberi tanpa ada supliment yang lain, kualiti kambing kami tidaklah seperti sekarang. Bahkan boleh mendatangkan kemudaratan kepada kambing. Contohnya PKC, mempunyai kandungan cooper yang tinggi. Boleh menyebabkan pejantan berpenyakit batu karang dan induk mengalami kerosakan sistem pembiakan.
Bagi meningkatkan kualiti produk Kambing Casserose, kami telah menjalankan 2 program iaitu "Program kelahiran 5kg" dan "Program kelahiran kembar 4". Hasil program pertama telah kami buktikan. Kini kami nantikan hasil program yang kedua. Inilah sasaran Casserose!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan