
Satu petua yang saya terima daripada seorang kawan India. Bahawa pokok bambu yang juga dikenali sebagai mambu atau semambu dengan nama saintifiknya Azadirachta Indica boleh menjadi pokok terapi untuk kambing. Terutama bagi kambing yang stress selepas pertukaran kandang atau tempat. Untuk mengurangkan atau mengelakkan stress, daun ini lebih baik diletakkan sekali dalam lori yang membawa kambing. Namun begitu, ubat anti-stres juga jangan diabaikan.
Daunnya boleh dijadikan ubat selsema bagi kambing. Adalah seelok-eloknya pokok ini di tanam berhampiran kandang atau dalam kawasan kandang supaya menjadi ubat untuk kambing yang sakit. Terutama yang berkaitan dengan pernafasan dan paru-paru.
Bahagian-bahagian pokok ini telah lama digunakan oleh kaum india dalam perubatan dan upacara sembahyang mereka. Dan. Penternak kambing kaum india juga sering menanam pokok ini dalam kawasan kandang mereka. Dengan ini, ia memudahkan bagi mereka untuk merawat kambing yang sakit. Selain, menghindarkan serangga merbahaya berada dalam kawasan kandang. Saudara mungkin pernah melihat pokok ini di sekitar kuil india atau di tepi jalan sahaja. Selamat mencuba...
Dan. 9 November 2007, Casserose telah membawa masuk lagi kambing boer yang berumur 4 bulan hingga 6 bulan dari Australia. Kali ini, jumlahnya sebanyak 180 ekor. Hanya induk sahaja. Jika berminat, saudara boleh melawat kandang kami di Jalan Kebun, Shah Alam. Peta untuk ke sana saudara boleh rujuk di SINI. Atau hubungi saya 012-2969763 rie[at]casserose[dot]com.
*Gambar dari http://toptropicals.com/ dan http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=72
12 ulasan:
Salam Sejahtera,
Pokok bambu atau semambu merupakan salah satu perubatan tradisional bagi kaun india bagi merawat demam campak atau terkena gatal-gatal anggota badan, pokok tersebut senang di tanam, patahkan dahannye dan cecuk ke tanah yang subur, Insyallah pokok akan hidup.
Saya telah mencuba dan dengan IzinNya ianya membantu.. So tidak salah untuk digunakan untuk ternakan tuan puan sekelian.
Selamat mencuba.
RAI@AMJ
ni pokok kedondong ke?
bg mkn daun bambu @ mcm mn caranya?blh tolong jelaskan
bg mkn daun bambu @ mcm mn caranya?blh tolong jelaskan
Kalau kbing batuk bleh ke bgi daun ni
Kalau selsema bolih bagi makan k@.bolih makan kerap atau berjadual
Kalau kambing batuk selsema nak bagi mkn daun bambu ke atau rebus airnya bagi minum.mohon penjelasan
Sila share Cara kegunaan daun Ni untuk kambing... sesuai dijadikan makanan harian atau tidak
sila share cara penggunaan untuk kambing selsema
Kalau kambing selsema batuk boleh bagi daun ini ke
bagi mkn daun ka atau mcm mana
bagi mkn daun atau rebus air
Catat Ulasan