Selasa, 31 Mac 2009

Sup Kambing Boer Kinrara

Hidangan Istimewa
Sup Kambing Boer!!
BBQ akan datang, tunggu....



Satu-satunya tempat yang saya tahu menyediakan "Sup Kambing Boer" & "BBQ Kambing Boer". Sudah beberapa kali saya dan rakan-rakan peminat tegar kambing berjamu selera sup istimewa ini.

Setiap kali berjumpa, pelbagai topik kambing yang kami perbincangankan. Ada yang serius dan ada yang kelakar. Namun yang pasti, sup Kambing Boer tetap menjadi santapan utama kami. Kadang-kadang bualan kami sehingga 4.00 pagi.

Sejak diperkenalkan sebulan lalu, restoran ini semakin mendapat perhatian pelanggan. Sementelah terdapatnya sup yang unik ini. Yang merupakan hidangan wajib pelanggan di sini. Bersandarkan dengan rasa dan harga yang berpatutan. Tidak mustahil menjadi bualan peminat tegar kambing kini. Hahaha.

Untuk kunjungan dan menikmati:

No. 19, Jalan TBK 1/6, Taman Bukit Kinrara,
47100 Puchong Selangor.
Tel : 60380757920 Faks: 60380757920
Email: dgardencafe@yahoo.com
Website: http://www.dgardencafe.com/
Peta lokasi: KLIK
Hubungi : Iskandar - 0133536740

Jumaat, 27 Mac 2009

Rawatan Kecacingan & Bebelan.

Salam, hanya sekadar berkongsi sedikit cerita tentang merawat kecacingan kambing.

Walaupun saya memang tahu, semua penternak di Malaya adalah "Dr. Veterinar" tanpa tauliah & kuliah. Hahaha. Kadang-kadang cerita dan praktikalnya lebih hebat dari Dr Veterinar yang baru bertauliah Doktor. Tak percaya? Tanyalah Dr. Dodon. Hahaha. Itulah realiti di Malaya.

Mengapa kecacingan menjadi topik saya? Saya yakin. Pencegahan & rawatan kecacingan adalah antara faktor utama untuk menjadikan kita sayang pada kambing kita. Sebab kita sudah laburkan berpuluh ribu hanya untuk dapatkan kambing yang cantik dari kandang orang lain atau dari Aussie. Tapi selepas sebulan di kandang kita. Bulu kambing mula meremang! Nak belai-belai kambing pun, mula bulu roma kita yang meremang pulak. Kambing dah tak cantik.

OK. Terbaik kita gunakan Ivermactin atau Doramactin. Dengan jenama yang paling popular Ivocip atau Dectomac (jika silap tolong betulkan saya). Atau kerap di panggil ubat 3 serangkai. Iaitu untuk cacing, kutu & kurap. Gunakan ikut sukatan yang ditulis pada label. Berapa ml nisbah berat badan kambing (anggaran). INGAT!! Suntik di bawah kulit. Kesannya dapat dilihat paling awal seminggu. Jika tiada perubahan, ulangi semula. Mengikut arahan di label. Kalau tak paham. Tanya Dr. Azam Glovet atau Dr. Muru UPM, atau Dr. Azhar Perfect Fresh atau JPV terdekat. Hahaha. Malu bertanya kalu.... kambing mati, kancing gigi! Kejang sebab keracunan. Sebelum mati kejang, ubat terbaik parang! Hehehe.

Namun, bak kata Dr. Abas Mardi, "segalanya bermula daripada pencegahan awal". Cacing masuk perut, sebab makan tangan tak basuh! Itu kamu. Lubang bontot gatal! Hahaha. Kambing kecacingan, sebab minum air kotor bercampur tahi, apalah mahal sangat kalau guna niple drinker. Seterusnya, makan rumput basah sebab telur cacing membiak dalam air tu. Lagi satu, takung makanan kotor, berkarat tahi lumut tak pernah basuh.

"Tuan kambing hampeh! pemalas! pengotor! dah la makan aku ko catu, rumput secekak, dedak segengam. Kedekut!! Taik hidung masin!!!" Maki kambing. Kalau kamu faham bahasa kambing la.

Ingat! Kambing adalah haiwan yang pembersih. Jika diluar kandang, ia makan pucuk, bukan makan meragut. Jika kamu perhati dengan mata hati....

Khamis, 19 Mac 2009

Mengesan Kecacingan Serius Pada Kambing

Hari ini saya ingi kongsikan sedikit tip-tip yang mudah untuk memastikan kambing sentiasa sihat. Rasulullah pernah bersabda bahawa perut adalah sarang segala penyakit. Ini ringkasnya, menunjukkan bahawa apa yang dimakan perlu diambil kira. Supaya makanan yang masuk ke dalam perut tidak menjejaskan kesihatan.

Begitu juga dengan ternakan kita. Kita perlu memastikan apa yang masuk ke dalamnya tidak mendatangkan penyakit. Seringkali, penyakit kambing berpunca daripada beban cacing yang banyak didalam perutnya. Ini menyebabkan kambing kekurangan darah. Seterusnya membawa kepada kematian jika tidak dicegah dan dirawat.

Tanda kecacingan yang paling mudah untuk kita kesan, adalah seperti gambar di bawah. Bulu meremang, bawah dagu membengkak, kambing lesu dan tidak aktif.
Namun begitu, untuk mengesahkan lagi bahawa kambing kesayangan tuan kecacingan pada tahap yang serius, cuba lihat disebalik kelopak mata. Kebiasaannya, pucat dan tiada warna merah yang menunjukkan darah mengalir dibawahnya. Contoh seperti gambar dibawah.

Oleh itu, langkah rawatan perlu diambil dengan segera supaya ia tidak menjangkiti kambing lain. Jangkitan boleh berlaku daripada najis kambing tersebut.

Rawatan yang sewajarnya saya akan bincangkan di entry yang akan datang, terima kasih.