Selasa, 11 September 2007

Terfikirkah Anda: Pasaran Kambing Kita

Fakta ini telah dikemukakan oleh CHE AHMAD TANTOWI B. CHE M. ARIF dari INSTITUT HAIWAN KLUANG melalui nota kursus kambing beliau.

Hubungi beliau di tantowi@tm.net.my

1. Daripada 700,000 ekor kambing yang di makan oleh rakyat Malaysia, jika 80% sebenarnya adalah daging biri-biri (Australian Mutton), maka jumlah kambing yang di makan ialah 140,000 ekor sahaja.

2. Jumlah kelahiran orang islam di Malaysia adalah kira kira 500,000 setahun dan sekiranya 30% ingin menjalankan ibadat akikah dengan menyembelih kambing, maka jumlah kambing yg diperlukan ialah sebanyak 150,000 ekor.

3. Jumlah penduduk India ialah 1.4 juta orang dan sekiranya 10% menyembelih kambing iaitu 140,000 ekor.

4. Jumlah pelancong dari Timur Tengah yg sentiasa meningkat mencapai 400,000 setiap tahun yang memang terkenal sangat meminati daging kambing.

5. Jumlah kambing tempatan yang mampu disembelih di Malaysia ialah sebanyak 30,000 sahaja.

Satu lagi fakta tambahan dari saya:

6. Terdapat beribu kedai mamak dalam negara ini. Purata, setiap kedai mamak memerlukan seekor kambing setiap hari untuk dijadikan menu harian. Untuk di makan oleh kita! Berapa ramai antara saudara yang sanggup menjadi pembekal kambing untuk mereka.

Jadi, kenapa anda masih ragu-ragu lagi untuk menternak kambing? Sedangkan pasarannya memang besar dan negara kita, hanya mampu keluarkan 3% sahaja daging kambing untuk pasaran dalam negara. Titik.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Bro

Masalahnya:-

1.Kambing Tempatan lebih mahal dari daging biri biri import dari India dan lain lain negara.
2.Kedai mamak,menggunakan daging biri biri import sebab harganya murah.
3.Jarang dengar MUTTON CHOP dari kita dengar LAMB CHOP.
4.Masih lagi terdapat AP yang banyak dan mudah untuk mngimport daging.
5.Kesedaran masyarakat terutama Melayu yang kurang makan kambing kerana takut kena penyakit.Sedangkan daging kambing paling kurang kolestrol dan digalakkan makan untuk pesakit darah tinggi.
6.Tidak tahu mungkin,Nabi S.A.W suka makan kambing.Makan daging kambing adalah sunnah nabi.

Wallahhualam

Tanpa Nama berkata...

abg halim... bukan 'masalahnya' tapi 'cabarannya'. buat masa ni mmg penternak kat m'sia tak dapat supply kmbg utk daging krn sola kos. tapi dalam jangka masa pnjg kita akan ke arah tu juga.... pertanian satu perniagaan

Unknown berkata...

Terima Kasih Madey79 kerana membetulkan ayat.InsyaAllah suatu hari nanti kita akan berjaya...amiin.

Tanpa Nama berkata...

hehe3,,,, import tak sudah... tak cukup kambing... kenaper ader yang lingkup pasal tak dapat jual kambing mereka...