Rabu, 3 Oktober 2007

Kambing & Terapi Kesihatan

Suka saya mengulas satu entry yang ditulis oleh Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin tentang Terapi Kambing. Ini kerana, artikel tersebut agak terperinci tentang kebaikan atau faedah dalam menternak dan memakan daging kambing. Sebenarnya, memang ramai penternak mengakui menternak kambing sebagai terapi, tetapi tiada penulisan tentangnya sepertimana yang ditulis oleh beliau.

Sebelum ini, saya pernah menulis tentang mitos memakan daging kambing, dan ternyata tulisan saya sama dengan saranan Dr. Ariffaizal yang mana beliau bersetuju tentangnya, seperti qoute beliau di bawah;

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.


Bukan itu sahaja menurut beliau, daging kambing juga adalah ubat dalam merawat penyakit darah tinggi. Ini dapat dilihat daripada tulisan beliau iaitu;

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah, punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Ternyata, pening selepas memakan daging kambing adalah kesan sampingan disebabkan oleh proses penguraian dan perubatan. Kesan seperti ini juga akan kita alami, jika memakan ubatan yang berasaskan homopati contohnya seperti jeli gamat. Selain itu, menurut Dr, Ariffaizal lagi;

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Selain itu menurut beliau;

Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu, penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan mantap atau disebut emotional quotient (EQ). Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insyaAllah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.

Seterusnya beliau juga menyatakan bahawa;

Daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.

Bukan itu sahaja, malah mengikut kajian beliau;

Pesakit darah tinggi dinasihatkan agar tetap mengambil daging kambing dalam proses merawat penyakit darah tinggi sebagai ketahanan tubuh untuk mengelakkan penyakit ini berulang kembali.

Perkara yang paling menarik menurut kajian beliau, pemakanan memang mempengaruhi karektor seseorang. Dengan memakan daging kambing, seseorang itu akan mempunyai karektor kambing iaitu;

Menjadi seorang yang tegas, berpendirian, matang, berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran, memahami arahan, sentiasa gembira, tahap kecintaan yang tinggi, tahap EQ (emotional quotient) yang tinggi, kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi serta mudah tersenyum.

Tentu ada hikmah dan rahsia kenapa para nabi, anbia dan ulama diperintah atau ditakdirkan memelihara kambing sebagai haiwan gembalaan, sumber makanan dan minuman. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Untuk membaca lebih lanjut tentang Terapi Kambing daripada Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin sila KLIK.

Tiada ulasan: