Khamis, 28 Jun 2007

Perkongsian Informasi

Saya agak sibuk ketika ini. Ternyata, saya tidak sanggup menghampakan saudara. Oleh itu. Demi saudara, pelawat tegar blog saya ini. Saya kongsikan bersama sedikit info. Walaupun ini gambar kambing boer kesukaan saya, namun sama juga dengan kambing kesukaan saudara. Walau apapun spesisnya, ia tetap kambing kan..... Heh. (Maaf, saya tak ingat mana saya dapat gambar ini)

Info lagi:
Sebutan untuk ejaan ini (BOER) kerap disebut "BOR". Sebutan sebenarnya ialah "BO-WER". Ya, sekian saja abang & kakak, info kita untuk kali ini. Sekian. Hehe....

Isnin, 25 Jun 2007

Jangkaan Tarikh Induk Beranak

Adalah sangat mudah untuk menjadi penternak di zaman ini. Dengan gabungan teknologi, kita dapat menjadikan aktiviti penternakan berdaya maju, efisyen dan efektif. Di sini, saya copycat kalender jangkaan kelahiran kambing kita dari satu website Australia. Ini adalah untuk membantu penternak kambing tegar menjangkakan waktu kelahiran anak kambingnya. Cuba saudara gunakan teknologi di bawah ini. Harap ia membantu penternak kambing dan juga pembaca tegar blog saya ini. Terima kasih daun keladi. Maklumat di hujung jari!

Masukkan tarikh pejantan & induk di kahwinkan.




BULAN:
HARI:
TAHUN:










Sabtu, 23 Jun 2007

Sekitar Karnival Lelongan Cheneh

ANJURAN: JPH TERENGGANU, PERFECT AGRO SDN. BHD. & LADANG RAKYAT TERENGGANU

Selasa, 19 Jun 2007

Daya Tahan Boer

Kadang-kadang menjadi kebiasaan saya untuk berjumpa dengan kawan-kawan baru penternak kambing. Seakan ada keserasian apabila membincangkan topik ini. Pantas mesra. Seperti telah lama saling mengenali.

Antara topik yang menarik hati saya adalah tentang "kemanjaan" kambing boer dibandingkan dengan baka lain untuk diternak di Malaysia. Memandangkan kambing ini datangnya dari Australia.

Pendapat saya, kambing boer memang jinak dan manja. Tetapi, bukan "manja" seperti yang disangkakan. Maksudnya di sini, kambing boer adalah seperti yang ditulis dalam bunting di atas.


Daya Tahan:
Sangat tahan lasak berbanding dengan baka-baka lain. Tinggi daya tahan penyakit dan dapat menyesuaikan diri dengan baik pada alam sekitar.
*Info ini saya capture di Karnival Haiwan baru-baru ini. Bunting ini dikeluarkan oleh Jabatan Haiwan.


Oleh itu, tiada sebab kambing dari Australia tidak boleh diternak dengan jayanya di sini. Ternyata kambing ini tidak "manja" seperti yang disangkakan. Sedangkan kita memang sedia maklum bahawa kambing boer itu sendiri asalnya dari Afrika. Begitu juga dengan feral. Kambing-kambing ini dengan biaknya boleh sesuaikan diri dengan iklim Australia. Jadi tiada alasan untuk meragui daya tahan kambing boer diternak di sini.

Kambing Kalahari juga membiak dengan baik di Australia, sedangkan asalnya dari Gurun Kalahari, Afrika!

Kesimpulannya, teknik penternakan bagaimanakah saudara praktiskan, menyebabkan kambing boer ini "manja" di kandang saudara? Sedangkan, tahan lasak di kandang yang lain......

Sabtu, 16 Jun 2007

Bijaksananya Penternak Itu...

Di negeri-negeri yang kaya di Semenanjung Malaysia, penternak-penternak kambing tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Maka industri penternakan ini menjadi semakin galak dan memberansangkan ekonomi penduduk dan negeri yang dah sedia kaya itu.

Bagi memangkinkan kegiatan yang berpotensi tinggi ini, maka sebuah agensi kerajaan yang terlibat dengan sektor pertanian telah menawarkan subsidi dan bantuan. Subsidi ini berupa kambing boer yang telah matang, paling kurang sebanyak 20 ekor.

Sungguh bertuah penternak yang mendapat bantuan percuma ini. Tanpa cagaran. Tanpa modal. Tanpa titik peluh yang banyak, dapat kambing boer dah cukup umur. Bertuah Sungguh!! Sedangkan penternak-penternak lain terkial-kial mencari bantuan atau mengumpul duit daripada usaha tulang empat kerat.

Bertuah sungguh beliau dapat kambing boer bantuan. Pasaran pun tak perlu bimbang. Agensi kerajaan ini akan beli semula kambing-kambing beliau, kalau dah beranak pinak. Kalau dah banyak. Beruntung sungguh!!

TAPI. Tanpa berfikir panjang. Tanpa fikir dalam-dalam. Belum pun sempat kambing beranak-pinak. Belum pun 12 bulan membelai kambing subsidi. Dengan rela. Keputusan dibuat. 15 ekor kambing subsidi, beliau jual borong. Sungguh! Tapi, itu biasa. Dan. Dengan "bijaksananya" beliau jual borong dengan harga, RM1800 sahaja!!!! Ini luar biasa!!!!

"Bijaksana" sungguh beliau!! Malang sungguh agensi kerajaan itu.

Sepatutnya kambing subsidi itu kamu yang dapat. Ya, kamu yang sedang membaca ni. Kamu yang sebenarnya lebih layak. Kamu berjiwa penternak. Beliau berjiwa...........

***Letakkan komen anda di SINI <------sila klik

Khamis, 14 Jun 2007

2 Karnival Haiwan Jun 2007

Bulan ini terdapat 2 berita menarik untuk peminat-peminat ternakan kambing khasnya dan ruminan lain amnya. Terdapat 2 Karnival Haiwan yang akan berlangsung di negara kita.

Datanglah beramai-ramai kita menyemarakkan industri penternakan negara. Marilah kita beramai-ramai menjadikan sektor ini bukan lagi sektor picisan. Inilah sektor yang melahirkan jutawan-jutawan senyap di luar bandar. Kita buka mata MEREKA!

Kami dari CASSEROSE akan jadi pelawat sahaja. InsyaAllah MAHA & Karnival tahun depan akan kami sertai dengan "Baka Kambing Berwarna Merah!"

_____________________________________

KARNIVAL HAIWAN SEMPENA PAMERAN TERNAKAN 2007
ANJURAN: JPH SELANGOR, MARDI & GPMM

Tarikh : 15-17 JUN 2007
Tempat : TAMAN EKSPO PERTANIAN MALAYSIA (MAEPS) MARDI SERDANG SELANGOR. (Tapak MAHA)
Acara : Pameran dan jualan produk pertanian dan asas tani.

Acara kemuncak: KARNIVAL LELONGAN KAMBING & LEMBU.

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN:
- Pameran baka lembu.
- Pameran baka kambing.
- Pameran produk hiliran.
- Pameran teknologi ternakan.
- Aktiviti berkuda & intreaksi dan reakrasi.
- Petting zoo. (arnab,iguana,guinea pig,hamster,anak rusa,anak kambing, dan pelabagai spesis unggas).
- Pameran amfibia.
- Pertandingan melukis dan mewarna.
- Pameran kucing.
- Pameran taman pastura.
- Rodeo.
- Jualan produk industri asas tani, cenderamata, peralatan haiwan kesayangan & klinik haiwan bergerak.

________________________________________

KARNIVAL LELONGAN KAMBING, LEMBU & KERBAU 2007
ANJURAN: JPH TERENGGANU, PERFECT AGRO SDN. BHD. & LADANG RAKYAT TERENGGANU

Tarikh : 23 JUN 2007
Tempat : LADANG RAKYAT TERENGGANU, CHENEH, KEMAMAN
Masa : 9.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG

(HAMPIR 1000 EKOR TERNAKAN SEMBELIHAN, FIDLOT & BAKA MENARIK AKAN DI LELONG)

Di samping aktiviti pameran haiwan dan lain-lain.

Selasa, 12 Jun 2007

"Breeding" Di Kandang Sendiri

Adalah sangat bijak untuk melakukan breeding di kandang sendiri jika penternak mahu dapatkan baka ternakan yang berkualiti dan murah dalam masa sekurang-kurangnya 2 tahun. Penternak memang sedia maklum bahawa kambing melahirkan anak 3 ekor dalam masa 2 tahun (jangkaan kelahiran tidak kembar).

Lebih-lebih lagi seekor pejantan boer, boleh mengawan 30 ekor induk dalam masa seminggu. Kalau disifirkan, penternak boleh mendapat paling kurang 90 ekor kambing baru dalam masa 2 tahun!!! Dengan hanya mewakilkan seekor penjantan boer yang baik. Hehe....

Memang lumayan!! Tetapi pembelian baka 30 ekor induk + 1 ekor penjantan boer memerlukan kos yang tinggi. Puluhan ribu harus dilaburkan. Bagaimana cara mengatasinya??

Seperti Entry Kenali Kambing Boer, kita sedia maklum bahawa penghasilan boer FI, F2, F3 & F4, sebenarnya adalah melalui kacukan penjantan boer dengan induk betina feral. Jadi, cara yang terbaik untuk pelaburan jangka panjang (2 tahun) ini adalah, dengan mendapatkan seekor pejantan boer yang baik dan 30 ekor feral betina. Ini kerana, anak yang bakal lahir nanti adalah Kambing Boer!! Ini kerana gen baka boer adalah terlalu kuat hinggakan bentuk badan, malahan warna bulu anak yang bakal lahir adalah 85% adalah boer. Bagi peringkat pertama kacukan. Teknologi inilah yang dipraktiskankan di Australia. Ini akan menjimatkan kos awal pembelian baka.Ini adalah kambing feral betina yang Casserose import dari Australia. Baru 3 minggu berada dalam kandang Casserose di Jalan Kebun, Shah Alam. Saudara penternak boleh dapatkan kambing feral betina ini untuk dijadikan induk untuk dikacukkan dengan kambing boer terbaik saudara.

Harga yang kami tawarkan antara RM700-RM850. Jika berminat, sila hubungi saya di 012 2969763 atau esis_rie[at]yahoo[dot]com. Terima kasih.

Isnin, 11 Jun 2007

Buku Manual Penternakan Kambing MARDI

Ini merupakan buku terbaru keluaran MARDI
Buku ini sangat baik sebagai panduan kepada bakal penternak dan penternak baru.

Antara isi kandungan yang diperbincangkan dalam buku ini ialah:
  1. Asas dan keperluan pengeluaran kambing pedaging
  2. Baka kambing
  3. Ciri-ciri kambing pejantan/induk betina yang baik untuk pembiakbakaan
  4. Pembiakan kambing
  5. Proses kelahiran
  6. Peningkatan pengeluaran kambing
  7. Pemakanan kambing
  8. Pengurusan kambing
  9. Perumahan/kandang
  10. Pengurusan am kambing
  11. Kesihatan kambing
  12. Pelaburan dan pulangan dalam penternakan kambing
  13. Gerak kerja pengeluaran kambing pedaging.

****

Rabu, 6 Jun 2007

Metos & Realiti Memakan Daging Kambing

Mitos 1: Daging kambing hamis.
Daging kambing berbau hamis. Ramai yang mempercayai ini kerana penyembelih tidak tahu petua menyembelih. Ada juga yang mempercayai bahawa hempedu kambing tidak dibuang dengan cepat menyebabkannya terkena daging. 2 faktor ini dipercayai kononnya penyebab daging kambing berbau hamis.

Realitinya:
Daging kambing berbau hamis kerana kambing yang disembelih mempunyai kadar hormon mengawan (membiak) yang tinggi. Terutama bagi kambing yang telah matang. Ini kerana, kita selalunya menyembelih kambing yang berumur 2 tahun dan ke atas (untuk aqiqah & korban).

Selain itu, kambing yang ingin disembelih kadang-kala dibiarkan sebelum itu bercampur-gaul jantan betina. Ini menyebabkan hormon untuk mengawan tinggi dan mengeluarkan baunya untuk menarik perhatian kambing betina atau jantan untuk mengawan. Inilah yang menyebabkan daging kambing berbau hamis!

Oleh itu, bagi menjadikan kambing yang disembelih tidak berbau hamis, asingkan kambing tadi berlainan jantina beberapa hari berjauhan. Kemudian barulah sembelih. InsyaAllah daging kambing tidak lagi berbau hamis.

Atau, sembelih kambing muda berumur 8 bulan ke bawah. Contohilah orang arab, kerana mereka memakan daging kambing muda.

Mitos 2: Daging kambing pembawa darah tinggi.
Ramai yang mempercayai daging kambing berkolestrol tinggi. Dipercayai juga, sesiapa yang makan daging kambing boleh menyebabkan sakit kepala disebabkan "darah tinggi" naik. (Terutamanya orang Melayu)

Realitinya:
Menurut kajian, penggunaan daging kambing seluruh dunia adalah yang paling tinggi iaitu 64% berbanding penggunaan sumber daging yang lain. Jika diperhatikan di pasaraya tempatan, daging kambing adalah yang paling mahal harganya iaitu RM35 sekilo kerana permintaan yang tinggi yang merupakan salah satu faktornya. (Daging biri-biri RM25 sekilo).

Selain itu, menurut rujukan yang saya lampirkan di bawah, daging yang terbaik untuk dimakan adalah daging kambing. Ini adalah kerana daging kambing merupakan daging yang mempunyai kandungan kolestrol, kalori, lemak dan protien yang terendah berbanding sumber daging lain.









DAGING

KOLESTROL (mg)KALORILEMAK (gm)

PROTIEN (gm)

Kambing

63.8

122

2.6

23

Ayam

76

162

6.3

25

Lembu

73.1

179

7.9

25

Biri-biri

78.2

175

8.1

78.2


*per 3 oz. Cooked. Sumber: North Carolina Meat Goat Producers, Inc.

Keadaan pening kepala selepas memakan daging kambing adalah kerana memakan daging kambing yang berumur 2 tahun ke atas (kambing tua). Ini kerana kandungan kolestrol kambing tua memang tinggi. Oleh itu, amalan pemakanan daging kambing yang baik dan rendah lemak dan kolestrol ialah memakan daging kambing yang berumur 8 bulan ke bawah (kambing muda).

Rujukan:
http://www.kompas.com/kesehatan/news/0209/02/214614.htm
http://ordergoat.com/nutrition.html
Buku Panduan Pengeluaran Kambing Muda KaPrima.

Jumaat, 1 Jun 2007

Penjenamaan.

Casserose melangkah lagi setapak untuk menjadi suatu JENAMA industri penternakan kambing di Malaysia. Dalam masa terdekat, kambing-kambing Casserose akan bertebaran ke seluruh Negara.

Khas Buat Penternak Ruminan:
Perkhidmatan terbaru daripada Casserose.Tempahan TAG TELINGA haiwan yang boleh dicetak nama pemilik, kandang atau syarikat. Sila hubungi saya jika berminat. Terima kasih.