Rabu, 29 April 2009

Sepetang Santap Kambing Se-Malaya


Tuan/puan (semua dijemput hadir), JEMPUTAN SEPETANG SANTAP KAMBING SE-MALAYA Kami dari Kambing Malaya Network menganjurkan majlis temu mesra seperti perkara di atas. Dengan rendah hati, kami menjemput tuan puan sekalian menjamu selera beramai-ramai dan bersua muka sesama kita. 2. Perincian perkara di atas seperti berikut:
  • Tarikh: 1 May 2009 (Jumaat)
  • Masa: 3.ooptg - 10.00mlm
  • Tempat: No. 19, Jalan TBK 1/6, Taman Bukit Kinrara, 47100 Puchong Selangor.
  • Personel untuk di hubungi: Iskandar - 0133536740, 60380757920
  • Peta lokasi: KLIK

3. Di majlis ini juga kami menyediakan hidangan istimewa kambing boer BBQ, boer panggang (grill) dan sup kambing boer dengan 50% discount pembayaran. Namun begitu, terdapat juga hidangan-hidangan lain.

4. Kami juga menyediakan Set Karaoke secara percuma untuk tuan puan menyumbangkan nyanyian. Ini kerana, kami tahu suara tuan puan semua merdu-merdu belaka. Bukan itu sahaja, jika tiada halangan kami akan menyediakan Zoo Mini Kambing di sana.

5. Di samping itu, bagi bakal-bakal penternak, penternak-penternak dan doktor-doktor haiwan, kami menyediakan suatu ruang khas untuk sesi Tuisyen Kambing antara sesama kita. Ini penting untuk kita semua berkongsi maklumat dan tips penjagaan dan perniagaan kambing.

6. Semuanya kami sediakan untuk kemudahan dan kerjasama kita semua. Semoga usaha kami yang kecil ini dapat membantu perniagaan kambing tuan puan. Dalam masa yang sama memeriahkan industri penternakan kambing negara.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

RIE KAMBING MALAYA 012-2969763

Generasi Muda Pejuang Jitu, Merealisasikan "Jaringan Kambing Malaya".

Sabtu, 18 April 2009

Susu Kambing & Sunnah Rasulullah


Surah Al Nahl, ayat 66: Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.


Di bawah ini adalah ringkasan petikan, olahan & gubahan saya semula ke dalam Bahasa Melayu untuk disesuaikan dengan masyarakat Malaysia. Ini merupakan inisiatif saya, yang mana difikirkan penting untuk dikongsikan. Namun, untuk membaca artikel asal, sila layari SINI yang bertajuk, "Susu Kambing, Sunnah Rasulullah Yang Telah Dilupakan". Ditulis oleh Muslimah, 31 Oktober 2007.


***********

Susu kambing adalah minuman yang lebih berzat & bergizi berbanding dengan susu lembu. Seringkali terdapat pelbagai rungutan tentang masalah kesihatan akibat meminum susu lembu. Di antara gangguan kesihatan akibat meminum susu lembu ialah kegemukan, asma, infeksi paru-paru, alergi dan tuberkulosis. Disebabkan oleh itu, susu kambing dapat menjadi alternatif bagi peminum susu yang mempunyai masalah apabila meminum susu lembu.

Mungkin terdapat hikmahnya, apabila terdapat banyak riwayat sahih tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya, yang mana kisah mereka adalah meminum susu kambing. Dan bukannya susu lembu! Namun sayangnya manfaat susu kambing, masih belum disedari oleh kebanyakan kaum muslimin. Sedangkan, kita digalakkan untuk mempraktikan atau meneladani seluruh sikap dan perilaku sunnah Rasulullah,q termasuk kebiasaan makan dan minumnya.

Diantaranya ialah minuman Rasulullah SAW, adalah susu kambing segar. Susu tersebut akan terus diminum sesudah diperah dari ambing kambing. (Kisah dari Abdullah bin Masud pada masa remaja saat dia menggembala kambing milik Uqbah bin Muaith).

Namun, berapa peratus muslim di seluruh dunia ini yang mempunyai kebiasaan meminum susu kambing? Atau lebih spesifik lagi ialah, berapa peratus kaum muslimin di dunia ini yang tahu akan manfaat susu kambing? (Manfaat susu kambing sila BACA)

Namun dari data yang ada, menunjukkan susu kambing yang paling produktif dikeluarkan (dalam kg susu/ekor/tahun) di negara Eropah, iaitu Perancis (400), Rusia (125), Sepanyol (121), Itali (115), dan Rom (78). Di negara-negara muslim pula adalah di Azebaijan (47), Iraq (35), Sudan (31), Turki (30), Pakistan (17) dan Indonesia (15). Namun, bagaimana produktiviti susu kambing di Malaysia?

Pada dasarnya ramai mengetahui, meminum susu sangat digalakkan kerana ia berpotensi sebagai sumber protein dan kalsium yang sangat penting untuk kesihatan. Oleh itu, kerap kali doktor dan pakar kesihatan menganjurkan kita dan kanak-kanak untuk meminum susu setiap hari. Namun, meminum susu segar bukan kebiasaan orang Malaysia terutama Melayu. Pelbagai alasan yang diberikan untuk menidakkan penolakan mereka meminum susu segar. Terutama, apabila ia berkaitan dengan kambing.

Namun, seorang ahli kesihatan yang mengkaji pengaruh pola makanan terhadap kesihatan iaitu Norman W. Walker, telah membuktikan bahawa susu, adalah bahan makanan yang paling banyak menimbulkan lendir di dalam tubuh manusia, kecuali susu kambing segar. Beliau juga mendapati bahawa susu yang paling sesuai untuk dikonsumi (diminum) manusia, (selain bayi yang menyusu ibu) adalah susu kambing segar!

Allah SWT telah berfirman bahawa "susu adalah minuman yang disediakanNya bagi manusia" (Surah Al Nahl, ayat 66) , Allah juga menyebutkan bahawa "minuman susu itu banyak faedah kepada manusia" (Surah Al Mu'minuun, ayat 21). Dalam istilah ilmu gizi & kesihatan, tentunya "banyak faedah" ini bermaksud mempunyai erti fisiologi yang baik untuk kesihatan manusia.
Surah Al Mu'minuun, ayat 21: Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.

Selasa, 14 April 2009

PPKM: Jawatankuasa Penaja Bermesyuarat

Jangan ditanya;
Apa yang persatuan akan sumbangkan kepada kita.

Tanyalah diri sendiri;
Apakah yang kita boleh sumbangkan kepada persatuan (semua orang).

Inilah iltizam yang kami pegang untuk merialisasikan Persatuan Penternak kambing Malaysia (PPKM). Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan, kami tetap teruskan aspirasi semua penternak kambing Malaysia. Kini, jawatankuasa penaja telah dibentuk (sila rujuk), dan PPKM akan bergerak terus mematahkan segala halangan.

Saya berharap saudara semua optimis dengan gagasan ini. Kini, kami telah menerima hampir 1000 penyertaan dari seluruh pelusuk negara. Suara kita kuat, dengan ahli yang seramai ini. Pasti!!

Dialog suci seorang sahabat kepada saya tiga bulan lalu:-
"Oiiitt bro, orang tanam lengkuas pun ada persatuan kebangsaan tau...! apasal orang ternak kambing, persatuan kecik-kecik. Tuuu... Dasar Kambing Negara sapa nak junjung!!!"

Nordin & Prof yang gigih merialisasi PPKM walaupun menerima pelbagai kritikan.

Orang-orang kuat dibelakang penubuhan PPKM

Wawasan yang sama.
Jawatankuasa Penaja.

"Untuk menggerakkan sebuah kapal yang besar bersama armadanya, perlukan bot penunda kuat yang kecil peringkat awalnya.."


Khamis, 9 April 2009

Nak Sembelih Kambing Boer? Saya Boleh Tolong.

Berapa ramai yang pernah makan daging kambing boer? Berapa ramai mereka yang terlibat dalam bidang ini pernah merasai keenakan daging kambing boer? Saya percaya, tidak ramai. Ini kerana harga pasaran di pasar adalah sekitar RM38-RM45/kg. Percaya? Jika tidak, cuba tinjau di Pasar Pagi Kelana Jaya setiap Sabtu, Pasar Pagi Stadium Shah Alam setiap Ahad. Malah di Kuala Terengganu, harganya turut sama. Malah di pasaraya yang menjualnya.

Berapakah harga sekilo daging rusa? Jawapan soalan ini saya tinggalkan untuk saudara.

Jadi, Berapa RM harga seekor boer untuk sembelihan? Sedangkan harga boer untuk peliharaan antara RM700-RM4000! Malah anak yang berumur 4-6 bulan untuk baka tidak jatuh daripada RM650.

Betul? Jika informasi saya silap, betulkan saya.

Oleh itu, maka wujudlah penawaran boer untuk sembelihan. Ini kerana, mungkin kita tidak tergamak memakan boer yang berharga RM4000 selepas ia disembelih atas apa sebab pun. Namun, harganya tetap premium. Sementelah dagingnya kelas 1 di dunia disebabkan khasiatnya.

Inilah sebahagian kambing boer sembelihan yang dibawa masuk dari Aussie. Gemuk. Sehat. Berdaging.
Oleh itu, kami memberi pilihan kepada anda untuk membelinya secara timbang hidup RM16/kg
atau
secara pukal RM500/ekor
dengan pembelian minimum 10 ekor
dengan berat antara 35kg-45kg seekor.

Namun begitu, untuk dapatkan harga yang menarik, tertarik & "daboom", sila hubungi saya sekarang. Berdiskusi memberi nilai sensasi pada poket anda. Hahahaha... Boleh nego lagi tu.

***********

Demi masa depan, saya bersama sahabat-sahabat sejati dengan "semangat yang jitu & dompet yang sayu". Mempertaruhkan semangat keusahawanan membawa masuk 2 crake boer sembelihan dan 3 crake kambing untuk baka beberapa minggu lepas.

Ini adalah usahasama kami, demi untuk bersama-sama memeriahkan industri penternakan kambing di Malaya. Percayalah. Kami hanya mengambil masa 4 minggu sahaja untuk menjayakan proses membawa masuk stok 5 crake ini termasuk kambing susu. Jika sistem kerja yang kami amalkan ini memudahkan semua jaringan kami. Kenapa bukan anda salah seorang daripadanya?

Hubungi saya 012 2969763 sekarang!

Rabu, 1 April 2009

Kursus Perniagaan Daging Komersial

Salam Usahawan Kambing.

Semoga bersemangat waja sentiasa. Tentunya dalam berjuang menghadapi "Cabaran Perkambingan". Inilah pengorbanan yang harus ditempuhi peminat kambing tegar seperti anda, anda dan saya. Oleh itu, untuk menjayakan hasrat untuk bergelumang dalam dunia perkambingan ini sehingga 1000 tahun lagi, haruslah berstrategi dan membentuk jaringan perniagaan.

Oleh itu, salah satu cara untuk kita perkenalkan daging kambing dalam pasaran, adalah dengan membuka kedai menjual daging. Samaada dengan permis tetap, gerai di pasar malam atau pasar pagi. Daging kambing segar dari kandang akan terus digulai manis di dalam periuk didapur. Dan dihidang lazat untuk disantap.

Jadi, ilmunya perlu ditimba. Di sini rakan baik saya, Nordin Mat dari Perfect Fresh & Frozen menganjurkan:

“KURSUS MEMULAKAN PERNIAGAAN
KEDAI DAGING SECARA KOMERSIAL”

Bagi kursus yang akan datang, akan diadakan seperti berikut :-
· 18/4/2009 – 24/4/2009
· 16/5/2009 – 22/5/2009


Namun kursus ini akan dan telah berlangsung setiap bulan sejak Disember 2008 lalu. Ini kerana modul kursus ini telah direka khas sebagai asas dan pendedahan kepada semua usahawan yang berminat mencuburi perniagaan kedai daging di Malaysia yang mempunyai potensi yang sangat besar untuk diterokai.

Saudara yang berminat dan dahagakan ilmu atau yang ingin mengembangkan lagi perusahaan ternakan kambing & bebiri, silalah hubungi pihak Perfect Fresh & Frozen:

Pejabat urusan: 03-8737 2477
Nordin: 012-379 1239
Irwan: 012-242 4953

Maklumat lanjut boleh saudara dapatkan dengan menghubungi no. telefon di atas.

*************************************
Pesanan ringkas pihak penaja HANYA untuk Nordin Mat:

"Bro, jangan lupa order daging kambing boer gue, stok available bro. Setiap bulan gue bawak masuk dari Ausie! Hahaha. Harga? kita buleh cerita la. Bukan hang tak biasa dengan gue. Buleh kasi murah la, janji buleh buat bisness dengan hang. Tak caya? Jom tengok stok gue... Hahaha"