Isnin, 25 Februari 2008

Gembala Kambing = Saudagar Kambing

Kredit foto


“Gembala-gembala kambing berlumba meninggikan bangunan”, ungkapan Nabi SAW tentang petanda akhir zaman.


Lihatlah Dubai, Abu Dhabi, Doha dan Bahrain. Mereka kaya, jutawan yang berasal keturunan daripada pengembala kambing. Juga tidak mustahil, penternak kambing di Malaya menjadi jutawan. Mendirikan bangunan setinggi langit di kampung halaman kita.

Dan. Ungkapan Rasulullah seyakinnya benar. Malah, kita sememangnya tahu serta percaya, kini dunia sedang melalui fasa akhir zaman....


Kredit foto

Jumaat, 22 Februari 2008

Prosedur AI Induk Casserose Telah Bermula

Assalammualaikum...

Semalam, saya ke Casserose Segamat untuk mengikuti sesi mengesan kebuntingan dan memasukkan CIDR ke dalam uterus induk boer kami. Ini adalah prosedur yang penting untuk menjalankan pemanian beradas atau Artificial Insemination (AI) secara laparoskop. Sesi ini telah di ketuai oleh Prof Dr Abd Wahid Haron. Beliau dibantu oleh rakan sekerja dan pelajar-pelajar semester akhir dalam bidang ini dari UPM.

Perancangan asal, Casserose ingin menjalankan AI terhadap 100 induk. Namun setelah discan, didapati separuh daripada induk kami telah sedia bunting. Maka, terdapat 46 ekor sahaja yang bakal menjalani prosedur seterusnya dalam masa 17 hari lagi.

Kami yakin, dengan melakukan AI, Casserose pasti mempunyai generasi boer yang berkualiti yang lahir di Malaya. Ini kerana, setelah kami kaji dengan terperinci, dengan cara ini kos untuk mendapatkan baka berkualiti lebih rendah jika dibandingkan dengan membawa masuk baka hidup.

Namun begitu, setiap satu usaha kita pasti ada kelebihan dan kelemahan. Jadi, kejayaan usaha ini kami serahkan kepada Yang Maha Kuasa. InsyaAllah berjaya!

Jika sekarang, saudara inginkan boer yang berkualiti, hubungilah saya di Casserose 012 2969763 atau 019 2315343

Rabu, 20 Februari 2008

Anak Boer Haiwan Kesayangan

Adalah tidak mustahil untuk menjadikan kambing sebagai haiwan kesayangan. Saya cukup yakin bahawa MAHA2008 akan menjadi platform untuk penternak menjual anak kambing sebagai pet. Saya dapat membayangkan kemeriahannya. Hahaha

Mungkin, mula-mula saudara menjadikan anak kambing sebagai hobi atau pet. Selepas itu, ia menjadi pencetus kepada saudara untuk menjadikannya sebagai suatu perniagaan secara komersil. Siapa tahu?

Casserose kini telah mula menjual anak kambing boer sebagai pet. Anak-anak kambing ni sangat comel! Kambing boer yang berusia 4 atau 5 bulan ini adalah warganegara Malaysia atau MALBOER. Ia dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut di 012 2969763 atau 019 2315343.

Ini anak boer kesayangan kami. Yatim namanya. Ibu dan bapanya dah meninggalkannya, sebab itu di beri nama Yatim. Tiada surat beranak. Tapi kami ada rekod maklumat kelahirannya. Dia suka ikut Selamat pergi bandar Segamat. Mencuci mata katanya! Huuh.....

Isnin, 18 Februari 2008

Kambing Boer: Klon Pertama Di Dunia

China cloned its first Boer goat; a species from southern Africa that grows extremely fast and yields more meat than other goats

Dalam kita baru melangkah untuk merancakkan industri ternakan kambing boer di Malaysia, negara lain telah mula menggunakan bioteknologi untuk mengklonkan baka terbaik ini. China telah berjaya mengklonkan kambing boer pada 29 Mac 2007 [baca]. Baka kambing boer ini di klon kerana menurut mereka, ia sangat cepat membesar dan mempunyai daging yang lebih banyak berbanding kambing lain. [baca]

Pada masa kini, bagi menghasilkan ternakan dan sumber makanan yang baik, bioteknologi sangat penting untuk diaplikasikan. Oleh itu, kita mesti melangkah bersama-sama teknologi untuk sistem penternakan kambing boer secara komersil. Teknologi pemanian beradas (Artificial Insemination) harus diguna pakai oleh penternak bagi mendapatkan baka yang terbaik.

Walaupun ramai yang tidak meyakininya dan bersikap pesimis terhadap cara pembiakan begini. Namun, Casserose tetap optimis dan percaya terhadap teknologi. Kini, kami telah mula menggunakan teknologi pemindahan semen ini untuk menghasilkan baka yang terbaik. Walaupun begitu, natural mating tetap juga kami jalankan. Tetapi dengan sistem yang teratur dan berkesan.

Jumaat, 15 Februari 2008

Dari Putrajaya Ke Segamat

Bagi merealisasikan objektif untuk mendapatkan pengiktirafan GAHP dan SALT, kami meminta nasihat dan kerjasama pihak JPH Putrajaya & Segamat. Pengiktirafan ini adalah penting untuk Casserose. Ini bagi membuktikan sisten penternakan yang kami jalankan mempunyai standard antarabangsa.

Oleh itu, tiada keraguan bagi pembeli untuk mendapatkan kambing yang sihat daripada kandang Casserose di Segamat. Selain itu, daging boer yang telah mula kami pasarkan diiktiraf kebersihannya, sihat untuk dimakan dan dihasilkan dari sistem yang selamat.

Baru-baru ini, kami mendapat kunjungan daripada Dr. Safaruddin Mohd Dawam (Pengarah Seksyen Pedaging)daripada JPH Putrajaya dan pegawai-pegawai JPH Segamat untuk memberi nasihat dan panduan kepada kami. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada kalian.

Isnin, 4 Februari 2008

Program Terkini

Hari ini Casserose telah menghadiri mesyuarat bersama dengan JPH Putrajaya dan pengurusan "Selangor Boer Breeding Centre" (SBBC). Ini adalah undangan daripada JPH untuk memberi sedikit taklimat tentang prospek yang ada dalam industri ternakan kambing boer di Malaysia.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr. Safaruddin Mohd Dawam. Prospek pelaburan ini kami jelaskan kepada Syarikat Stallion Lubricants FZC, dari Dubai UAE. Mereka berminat untuk melabur dalam industri ini memandangkan mendapat sokongan yang padu daripada PM kita.
Saya telah membuat taklimat serba sedikit tentang penternakan kambing boer oleh Casserose. Serta cara casserose beroperasi. Harap dengan ini menarik minat mereka untuk serius melabur.

Bukan itu sahaja, tarikan yang paling utama adalah pasaran ke Timur Tengah! Ini adalah kesan daripada penjenamaan Malaysia sebagai Halal Hub Antarabangsa. Hadir bersama kami dalam mesyuarat ini seorang senior wartawan dari BERNAMA. Tunggu......

Esok, Casserose akan membawa mereka ke kandang kami di Segamat, Johor.