Khamis, 12 Julai 2007
Casserose: Dialog & Deligasi
Selasa, 10 Julai 2007
Belajar Dari LRT
Apa yang menarik tentang gambar di atas? Tiada? Oklah, saya akan jelaskan kemudian... Sering berlaku masalah kesihatan kaki kambing jika penternak tidak tahu tabii kambing yang semulajadi. Antara penyakit kaki kambing yang kritikal ialah kaki busuk dan selainnya adalah masalah kuku Aladdin atau di Australia dipanggil elf shoes. Ini sering berlaku jika menjalankan penternakan secara feedlot. Jadi masalah ini perlu dicegah pada peringkat awal.
Penternakan secara lepas bebas dan separa ragut jarang menghadapi masalah ini. Ini kerana kambing akan pergi ke tempat-tempat berbatu atau kasar (bersimen atau bertar) untuk mengikis kuku kakinya. Jadi, mereka tiada masalah dengan kuku kambing Aladdin.
Ada sebuah kandang besar yang mempunyai beribu ekor kambing, terpaksa mengupah penternak lain untuk memotong atau trim kuku kambing mereka. Tidak silap saya RM5 untuk seekor kambing....! Pembaziran berlaku di sini.
Contohi LRT! Letakkan batu bersimen atau batu besar yang leper dalam setiap partition kandang saudara. Biarkan kambing "memotong" kukunya sendiri... hahaha.. Terima kasih LRT, ucapan daripada Persatuan Penternak Kambing Malaysia.
Jumaat, 6 Julai 2007
Esis Berbicara Tentang Boer
Berbaloikah kambing boer yang anda beli? Pernahkah anda tanyakan soalan ini pada diri anda?Setiap ringgit yang dikeluarkan, sangat bernilai. Jadi, segala keputusan untuk pembelian mesti menepati kehendak dan objektif penternakan. Dan. Pertimbangan yang paling penting, adalah untuk meminimumkan kos. Dalam masa yang sama, mendapatkan pulangan yang maksimum. Inilah penternak bijak.
Begitu juga dengan pejantan boer. Setelah umur 2 tahun setengah, kadar libido (keinginan mengawan) mula menurun. Bukan itu sahaja, pejantan tua tadi juga tidak boleh dikahwinkan dengan anak atau cucunya (inbreeding) kerana membantutkan pembesaran keturunannya (contoh: kambing kathang, penternakan bebas di kampung). Oleh itu, peluang "berlibido" perlu diberi pada yang gagah & berkeinginan. Iaitu dari susur keturunan yang berbeza, (jangan kahwinkan anak dengan induk).
Keadaan stress yang tinggi boleh menyebabkan induk yang bunting menggugurkan kandungan. Hanya kerana untuk survive, atau mungkin mati. Untuk mengatasi masalah ini, casserose mempunyai petua tersendiri. Iaitu dengan menyediakan sejenis daun yang menjadi aroma terapi untuk kambing, semasa dalam proses shiping atau transit.
Jadi, dengan penyelidikan dan pengalaman, casserose memberi produk dan perkhidmatan yang terbaik untuk pembeli. Pembelian boer casserose serendah RM1300 bagi betina dan Rm1500 untuk jantan untuk umur semuda 5 hingga 6 bulan. Dan Feral serendah RM500. Inilah penawaran yang paling bijak untuk anda!
Bukan itu sahaja, kami juga memberi khidmat nasihat seperti yang anda mahukan. DAN. Jangan bimbang dengan pasaran. Kami membeli semula boer anda!! Bukankah ini yang anda mahukan?.... Hubungi saya 012-2969763 atau email esis_rie[at]yahoo[dot]com untuk berurusan.
Rabu, 4 Julai 2007
Khamis, 28 Jun 2007
Perkongsian Informasi
Info lagi:
Sebutan untuk ejaan ini (BOER) kerap disebut "BOR". Sebutan sebenarnya ialah "BO-WER". Ya, sekian saja abang & kakak, info kita untuk kali ini. Sekian. Hehe....
Isnin, 25 Jun 2007
Jangkaan Tarikh Induk Beranak
Adalah sangat mudah untuk menjadi penternak di zaman ini. Dengan gabungan teknologi, kita dapat menjadikan aktiviti penternakan berdaya maju, efisyen dan efektif. Di sini, saya copycat kalender jangkaan kelahiran kambing kita dari satu website Australia. Ini adalah untuk membantu penternak kambing tegar menjangkakan waktu kelahiran anak kambingnya. Cuba saudara gunakan teknologi di bawah ini. Harap ia membantu penternak kambing dan juga pembaca tegar blog saya ini. Terima kasih daun keladi. Maklumat di hujung jari!Masukkan tarikh pejantan & induk di kahwinkan.
Sabtu, 23 Jun 2007
Khamis, 21 Jun 2007
Selasa, 19 Jun 2007
Daya Tahan Boer
Antara topik yang menarik hati saya adalah tentang "kemanjaan" kambing boer dibandingkan dengan baka lain untuk diternak di Malaysia. Memandangkan kambing ini datangnya dari Australia.
Pendapat saya, kambing boer memang jinak dan manja. Tetapi, bukan "manja" seperti yang disangkakan. Maksudnya di sini, kambing boer adalah seperti yang ditulis dalam bunting di atas.
Daya Tahan:
Sangat tahan lasak berbanding dengan baka-baka lain. Tinggi daya tahan penyakit dan dapat menyesuaikan diri dengan baik pada alam sekitar.
Oleh itu, tiada sebab kambing dari Australia tidak boleh diternak dengan jayanya di sini. Ternyata kambing ini tidak "manja" seperti yang disangkakan. Sedangkan kita memang sedia maklum bahawa kambing boer itu sendiri asalnya dari Afrika. Begitu juga dengan feral. Kambing-kambing ini dengan biaknya boleh sesuaikan diri dengan iklim Australia. Jadi tiada alasan untuk meragui daya tahan kambing boer diternak di sini.
Kambing Kalahari juga membiak dengan baik di Australia, sedangkan asalnya dari Gurun Kalahari, Afrika!
Ahad, 17 Jun 2007
Sabtu, 16 Jun 2007
Bijaksananya Penternak Itu...
Bagi memangkinkan kegiatan yang berpotensi tinggi ini, maka sebuah agensi kerajaan yang terlibat dengan sektor pertanian telah menawarkan subsidi dan bantuan. Subsidi ini berupa kambing boer yang telah matang, paling kurang sebanyak 20 ekor.
Sungguh bertuah penternak yang mendapat bantuan percuma ini. Tanpa cagaran. Tanpa modal. Tanpa titik peluh yang banyak, dapat kambing boer dah cukup umur. Bertuah Sungguh!! Sedangkan penternak-penternak lain terkial-kial mencari bantuan atau mengumpul duit daripada usaha tulang empat kerat.
Bertuah sungguh beliau dapat kambing boer bantuan. Pasaran pun tak perlu bimbang. Agensi kerajaan ini akan beli semula kambing-kambing beliau, kalau dah beranak pinak. Kalau dah banyak. Beruntung sungguh!!
TAPI. Tanpa berfikir panjang. Tanpa fikir dalam-dalam. Belum pun sempat kambing beranak-pinak. Belum pun 12 bulan membelai kambing subsidi. Dengan rela. Keputusan dibuat. 15 ekor kambing subsidi, beliau jual borong. Sungguh! Tapi, itu biasa. Dan. Dengan "bijaksananya" beliau jual borong dengan harga, RM1800 sahaja!!!! Ini luar biasa!!!!
"Bijaksana" sungguh beliau!! Malang sungguh agensi kerajaan itu.
Sepatutnya kambing subsidi itu kamu yang dapat. Ya, kamu yang sedang membaca ni. Kamu yang sebenarnya lebih layak. Kamu berjiwa penternak. Beliau berjiwa...........
Khamis, 14 Jun 2007
2 Karnival Haiwan Jun 2007
Datanglah beramai-ramai kita menyemarakkan industri penternakan negara. Marilah kita beramai-ramai menjadikan sektor ini bukan lagi sektor picisan. Inilah sektor yang melahirkan jutawan-jutawan senyap di luar bandar. Kita buka mata MEREKA!
Kami dari CASSEROSE akan jadi pelawat sahaja. InsyaAllah MAHA & Karnival tahun depan akan kami sertai dengan "Baka Kambing Berwarna Merah!"
_____________________________________KARNIVAL HAIWAN SEMPENA PAMERAN TERNAKAN 2007
ANJURAN: JPH SELANGOR, MARDI & GPMM
Tempat : TAMAN EKSPO PERTANIAN MALAYSIA (MAEPS) MARDI SERDANG SELANGOR. (Tapak MAHA)
Acara : Pameran dan jualan produk pertanian dan asas tani.
Acara kemuncak: KARNIVAL LELONGAN KAMBING & LEMBU.
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN:
- Pameran baka lembu.
- Pameran baka kambing.
- Pameran produk hiliran.
- Pameran teknologi ternakan.
- Aktiviti berkuda & intreaksi dan reakrasi.
- Petting zoo. (arnab,iguana,guinea pig,hamster,anak rusa,anak kambing, dan pelabagai spesis unggas).
- Pameran amfibia.
- Pertandingan melukis dan mewarna.
- Pameran kucing.
- Pameran taman pastura.
- Rodeo.
- Jualan produk industri asas tani, cenderamata, peralatan haiwan kesayangan & klinik haiwan bergerak.
________________________________________KARNIVAL LELONGAN KAMBING, LEMBU & KERBAU 2007
ANJURAN: JPH TERENGGANU, PERFECT AGRO SDN. BHD. & LADANG RAKYAT TERENGGANU
Tempat : LADANG RAKYAT TERENGGANU, CHENEH, KEMAMAN
Masa : 9.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG
(HAMPIR 1000 EKOR TERNAKAN SEMBELIHAN, FIDLOT & BAKA MENARIK AKAN DI LELONG)
Di samping aktiviti pameran haiwan dan lain-lain.
Selasa, 12 Jun 2007
"Breeding" Di Kandang Sendiri
Lebih-lebih lagi seekor pejantan boer, boleh mengawan 30 ekor induk dalam masa seminggu. Kalau disifirkan, penternak boleh mendapat paling kurang 90 ekor kambing baru dalam masa 2 tahun!!! Dengan hanya mewakilkan seekor penjantan boer yang baik. Hehe....
Memang lumayan!! Tetapi pembelian baka 30 ekor induk + 1 ekor penjantan boer memerlukan kos yang tinggi. Puluhan ribu harus dilaburkan. Bagaimana cara mengatasinya??
Seperti Entry Kenali Kambing Boer, kita sedia maklum bahawa penghasilan boer FI, F2, F3 & F4, sebenarnya adalah melalui kacukan penjantan boer dengan induk betina feral. Jadi, cara yang terbaik untuk pelaburan jangka panjang (2 tahun) ini adalah, dengan mendapatkan seekor pejantan boer yang baik dan 30 ekor feral betina. Ini kerana, anak yang bakal lahir nanti adalah Kambing Boer!! Ini kerana gen baka boer adalah terlalu kuat hinggakan bentuk badan, malahan warna bulu anak yang bakal lahir adalah 85% adalah boer. Bagi peringkat pertama kacukan. Teknologi inilah yang dipraktiskankan di Australia. Ini akan menjimatkan kos awal pembelian baka.
Harga yang kami tawarkan antara RM700-RM850. Jika berminat, sila hubungi saya di 012 2969763 atau esis_rie[at]yahoo[dot]com. Terima kasih.
Isnin, 11 Jun 2007
Buku Manual Penternakan Kambing MARDI
Antara isi kandungan yang diperbincangkan dalam buku ini ialah:
- Asas dan keperluan pengeluaran kambing pedaging
- Baka kambing
- Ciri-ciri kambing pejantan/induk betina yang baik untuk pembiakbakaan
- Pembiakan kambing
- Proses kelahiran
- Peningkatan pengeluaran kambing
- Pemakanan kambing
- Pengurusan kambing
- Perumahan/kandang
- Pengurusan am kambing
- Kesihatan kambing
- Pelaburan dan pulangan dalam penternakan kambing
- Gerak kerja pengeluaran kambing pedaging.
****
Rabu, 6 Jun 2007
Metos & Realiti Memakan Daging Kambing
Mitos 1: Daging kambing hamis.Daging kambing berbau hamis. Ramai yang mempercayai ini kerana penyembelih tidak tahu petua menyembelih. Ada juga yang mempercayai bahawa hempedu kambing tidak dibuang dengan cepat menyebabkannya terkena daging. 2 faktor ini dipercayai kononnya penyebab daging kambing berbau hamis.
Realitinya:
Daging kambing berbau hamis kerana kambing yang disembelih mempunyai kadar hormon mengawan (membiak) yang tinggi. Terutama bagi kambing yang telah matang. Ini kerana, kita selalunya menyembelih kambing yang berumur 2 tahun dan ke atas (untuk aqiqah & korban).
Selain itu, kambing yang ingin disembelih kadang-kala dibiarkan sebelum itu bercampur-gaul jantan betina. Ini menyebabkan hormon untuk mengawan tinggi dan mengeluarkan baunya untuk menarik perhatian kambing betina atau jantan untuk mengawan. Inilah yang menyebabkan daging kambing berbau hamis!
Oleh itu, bagi menjadikan kambing yang disembelih tidak berbau hamis, asingkan kambing tadi berlainan jantina beberapa hari berjauhan. Kemudian barulah sembelih. InsyaAllah daging kambing tidak lagi berbau hamis.
Mitos 2: Daging kambing pembawa darah tinggi.
Ramai yang mempercayai daging kambing berkolestrol tinggi. Dipercayai juga, sesiapa yang makan daging kambing boleh menyebabkan sakit kepala disebabkan "darah tinggi" naik. (Terutamanya orang Melayu)
Realitinya:
Menurut kajian, penggunaan daging kambing seluruh dunia adalah yang paling tinggi iaitu 64% berbanding penggunaan sumber daging yang lain. Jika diperhatikan di pasaraya tempatan, daging kambing adalah yang paling mahal harganya iaitu RM35 sekilo kerana permintaan yang tinggi yang merupakan salah satu faktornya. (Daging biri-biri RM25 sekilo).
Selain itu, menurut rujukan yang saya lampirkan di bawah, daging yang terbaik untuk dimakan adalah daging kambing. Ini adalah kerana daging kambing merupakan daging yang mempunyai kandungan kolestrol, kalori, lemak dan protien yang terendah berbanding sumber daging lain.
DAGING | KOLESTROL (mg) | KALORI | LEMAK (gm) | PROTIEN (gm) | ||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kambing | 63.8 | 122 | 2.6 | 23 | ||||||||||||||||||||
Ayam | 76 | 162 | 6.3 | 25 | ||||||||||||||||||||
Lembu | 73.1 | 179 | 7.9 | 25 | ||||||||||||||||||||
Biri-biri | 78.2 | 175 | 8.1 | 78.2 |
*per 3 oz. Cooked. Sumber: North Carolina Meat Goat Producers, Inc.
Keadaan pening kepala selepas memakan daging kambing adalah kerana memakan daging kambing yang berumur 2 tahun ke atas (kambing tua). Ini kerana kandungan kolestrol kambing tua memang tinggi. Oleh itu, amalan pemakanan daging kambing yang baik dan rendah lemak dan kolestrol ialah memakan daging kambing yang berumur 8 bulan ke bawah (kambing muda).
Rujukan:
http://www.kompas.com/kesehatan/news/0209/02/214614.htm
http://ordergoat.com/nutrition.html
Buku Panduan Pengeluaran Kambing Muda KaPrima.
