Surah Al Nahl, ayat 66: Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
Di bawah ini adalah ringkasan petikan, olahan & gubahan saya semula ke dalam Bahasa Melayu untuk disesuaikan dengan masyarakat Malaysia. Ini merupakan inisiatif saya, yang mana difikirkan penting untuk dikongsikan. Namun, untuk membaca artikel asal, sila layari SINI yang bertajuk, "Susu Kambing, Sunnah Rasulullah Yang Telah Dilupakan". Ditulis oleh Muslimah, 31 Oktober 2007.
Mungkin terdapat hikmahnya, apabila terdapat banyak riwayat sahih tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya, yang mana kisah mereka adalah meminum susu kambing. Dan bukannya susu lembu! Namun sayangnya manfaat susu kambing, masih belum disedari oleh kebanyakan kaum muslimin. Sedangkan, kita digalakkan untuk mempraktikan atau meneladani seluruh sikap dan perilaku sunnah Rasulullah,q termasuk kebiasaan makan dan minumnya.
Diantaranya ialah minuman Rasulullah SAW, adalah susu kambing segar. Susu tersebut akan terus diminum sesudah diperah dari ambing kambing. (Kisah dari Abdullah bin Masud pada masa remaja saat dia menggembala kambing milik Uqbah bin Muaith).
Namun, berapa peratus muslim di seluruh dunia ini yang mempunyai kebiasaan meminum susu kambing? Atau lebih spesifik lagi ialah, berapa peratus kaum muslimin di dunia ini yang tahu akan manfaat susu kambing? (Manfaat susu kambing sila BACA)
Namun dari data yang ada, menunjukkan susu kambing yang paling produktif dikeluarkan (dalam kg susu/ekor/tahun) di negara Eropah, iaitu Perancis (400), Rusia (125), Sepanyol (121), Itali (115), dan Rom (78). Di negara-negara muslim pula adalah di Azebaijan (47), Iraq (35), Sudan (31), Turki (30), Pakistan (17) dan Indonesia (15). Namun, bagaimana produktiviti susu kambing di Malaysia?
Pada dasarnya ramai mengetahui, meminum susu sangat digalakkan kerana ia berpotensi sebagai sumber protein dan kalsium yang sangat penting untuk kesihatan. Oleh itu, kerap kali doktor dan pakar kesihatan menganjurkan kita dan kanak-kanak untuk meminum susu setiap hari. Namun, meminum susu segar bukan kebiasaan orang Malaysia terutama Melayu. Pelbagai alasan yang diberikan untuk menidakkan penolakan mereka meminum susu segar. Terutama, apabila ia berkaitan dengan kambing.
Namun, seorang ahli kesihatan yang mengkaji pengaruh pola makanan terhadap kesihatan iaitu Norman W. Walker, telah membuktikan bahawa susu, adalah bahan makanan yang paling banyak menimbulkan lendir di dalam tubuh manusia, kecuali susu kambing segar. Beliau juga mendapati bahawa susu yang paling sesuai untuk dikonsumi (diminum) manusia, (selain bayi yang menyusu ibu) adalah susu kambing segar!
Allah SWT telah berfirman bahawa "susu adalah minuman yang disediakanNya bagi manusia" (Surah Al Nahl, ayat 66) , Allah juga menyebutkan bahawa "minuman susu itu banyak faedah kepada manusia" (Surah Al Mu'minuun, ayat 21). Dalam istilah ilmu gizi & kesihatan, tentunya "banyak faedah" ini bermaksud mempunyai erti fisiologi yang baik untuk kesihatan manusia.
Surah Al Mu'minuun, ayat 21: Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan