Sabtu, 9 September 2006

Cara Pembiakan Kambing

A. Kaedah
1. Pembiakan boleh diadakan dengan dua cara iaitu:

i. membiak dengan menggunakan baka jantan
ii. membiak melalui permanian beradas

Di antara kebaikan yang boleh didapati melalui permanian beradas adalah:

i. dapat mengawal penyakit kelamin pada ternakan
ii. kegunaan sepenuhnya baka-baka terpilih
iii. air mani dari baka yang baik boleh disimpan dan digunakan walupun baka tersebut telah mati
iv. mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung dalam pemeliharaan baka-baka jantan

2. Disamping kebaikan dalam menjalankan pembiakan melalui permanian beradas, kesulitan yang mungkin timbul adalah:

i. penentuan biang dan waktu permanian
ii. menentukan teknik-teknik semasa menyuntik air mani adalah betul
iii. boleh menyebabkan kerosakan pada alat peranakan jika teknik dilakukan tidak betul atau kasar

Buat masa ini pembiakan dengan menggunakan baka adalah disyorkan kerana permanian beradas bagi ternakan kambing masih belum digunakan secara meluas.

B. Umur dan Berat Badan Untuk Mula Membiak
Kambing akan mula membiak apabila mencapai umur sembilan bulan. Namun begitu, pada umur ini, perkahwinan adalah tidak disyorkan kerana terlalu muda. Besar kemungkinan ianya tidak akan menghasilkan anak yang baik. Anak-anaknya nanti kebiasaannya kecil dan bantut. Umur yang biasa digunakan untuk membiak adalah di dalam lingkungan 1 tahun - 1 1/2 tahun di mana berat badan adalah di dalam lingkungan 20 - 25 kg. Pemberian makanan mempengaruhi tahap umur kematangan.

C. Pengenalan Berahi
Berahi menunjukkan betina sudah matang dan boleh dikahwinkan. Tanda-tanda berahi:

*tidak tenang (gelisah)
*mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang
*mengembek terus menerus
*sering kencing
*kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan

Lama masa berahi 12 - 48 jam dengan siklus (edaran) berahi 18 - 24 hari, puratanya 20 hari.

D. Lilitan Dada Bagi Mentaksir Berat Kambing
Kadang-kadang kita terpaksa menganggarkan berat badan kambing misalnya jika hendak memberi ubat cacing, sukatan antibiotik yang perlu digunakan ataupun untuk mengetahui kambing itu telah boleh dikahwinkan atau tidak.

E. Jangka Masa Bunting
Tempoh kebuntingan kambing adalah selama antara 145 - 155 hari atau puratanya 151 hari.

F. Jarak Kelahiran
Jarak kelahiran yang biasa didapati pada kambing-kambing di Malaysia adalah selama di antara 207 - 259 hari. Dengan kadar kelahiran kembar sebanyak 50% adalah dijangka purata anak yang boleh diperolehi dalam setahun ialah 1.3 atau 1.5 ekor untuk seekor ibu.

RINGKASAN
Kambing boleh dibiakkan dengan menggunakan pejantan atau teknik permanian beradas. Kematangan berlaku pada umur 9 bulan, dikahwin pada umur 1.5 tahun pada berat badan 20 - 25 kg. Tempoh bunting ialah 145 - 155 hari dan jarak antara kelahiran 207 - 259 hari.

**sumber JPHPK

3 ulasan:

nor afif berkata...

Boleh tak saya dapatkan nombor tlfon.. ?untuk pertanyaan lebih lanjut..

Towing and Car Carrier berkata...

Info berguna untuk yang baru nak berkecimpung dalam bidang ternakan kambing.terima kasih

Unknown berkata...

Dimana Kita akan mendapatkan baka kambing Yang baik Dari permanian beradas.