Jumaat, 23 Mac 2007

Suatu Perbincangan Positif

Dari perbincangan di kaprima@yahoogroups.com

safik_effendy@..... wrote:

Bro,

Satu soalan yg paling bagus bagi saya, sorry ini masuk isu sensitif pasal one thing Kerajaan Malaysia ni memang pandai kempen untuk rakyat dia, suruh buat itu ini, kalau tak buat dia orang cakap kita ni asyik nak harap subsidi kerajaan, kalau kita ternak kambing ada 5000 ekor kat mana nak jual?

Berapa orang sangat yang Islam bila lahirkan anak nak beli kambing tu. Dalam masa berapa bulan baru kita boleh habiskan kambing tu semua sekali. Kalau kita ada 500 liter susu tu pun, satu hari siapa yang nak beli sampai 500 liter sehari dan berapa lama kita boleh simpan susu tu supaya tak rosak dalam peti sejuk?

Sebenarnya apa yang kita nak kerajaan buat ialah tempat yg betul-betul berfungsi untuk trading benda-benda ni. Kalau di Norway orang bela kambing biri-biri 1000 ekor, bila cukup masa boleh sembelih, masuk rumah sembelih terus dijual oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Diaorang pergi other country yang suka makan biri-biri, tapi kita hanya harap anak orang kena demam kuning baru orang beli susu kambing dan bila orang nak akikah baru ada orang beli kambing. Ada sesiapa boleh guide tentang soalan saya.

Regards
Safik Effendy Mohamad

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

daging kambing dan lembu tak mencukupi dalam Malaysia. Kalau anda seorang usahawan, anda tau kat mana anda nak jual daging @ susu kambing. Dalami dulu sesuatu perkara baru berkata-kata

Syazwan berkata...

bro, jom la mai kita lepak2 berbual, mana tau dapat idea yang menarik... esspecially in marketing. Kitaorg selalu lepak kat downtown, takpon dagang evenue untuk bincang pasal mende2 nih... call dulu...

wan 013-3601422

Rie berkata...

saudara illnessz,

InsyaAllah satu hari nanti jika di pertemukan Allah.