Khamis, 26 Julai 2007

Perbincangan Mencetus Perhatian

Alhamdulillah.....

Terima kasih kepada saudara sekalian kerana memberi pandangan dan pendapat yang bernas tentang kerelevenan menubuhkan persatuan atau konsortium. Perbincangan ringkas di entry sebelum ini yang bertajuk; Perlukah Kita Berorganisasi?, diharap mendapat perhatian semua pihak terutama JPH dan MOA. InsyaAllah dalam masa terdekat akan berlaku sesuatu yang kita semua harapkan.

Ini kerana, perkara yang kita bincangkan ini adalah sesuatu yang sangat berfaedah untuk semua. Lagipun diperingkat region telah terdapat persatuan seperti ini, contohnya Persatuan Usahawan Ternakan Ruminan Utara (PUTRA). Informasi ini saya terima daripada Iswandy Abdul Rahman dari Pokok Sena, Kedah. Bagi penternak yang berada di Utara, bolehlah hubungi En. Mutalib (04-4411340) untuk bantuan dan maklumat lanjut.

Yakinlah, bahawa usaha ini pasti berjaya. Namun, ia memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bapak Agus Ramada S. dari Indonesia dengan pandangan beliau. Tidak lupa juga terima kasih kepada RAI@AMJ, Anonymous (hahaha), illnessz, zaj, abghalim, idha nawawi, nasri, mybob & FAN Agri atas pandangan saudara saudari semua.

Tiada ulasan: