
Ingat lagi
Si Tunggal kami yang lahirnya dengan berat 5kg? Namanya Demok sebenarnya. Sekarang dah berumur 5 bulan lebih.
Nak tahu berapa beratnya sekarang? Kami pun tidak menyangka, hasil daripada program pemakanan kami yang sitematik, dalam masa 5 bulan lebih, kini berat Demok hampir mencecah

30kg!!
Semalam, ada beberapa orang pembeli yang tertarik untuk membelinya. Maaf ye kawan-kawan, Demok ini buah hati Selamat. Demok ini tidak akan kami jual. He he.
Buat pengetahuan semua, suka saya tegaskan di sini bahawa Demok memang dilahir tunggal. Namun begitu, kami sangat hairan bagaimana ia mempunyai kembar di
Senggora Lankaprima Farm menjadi Senboer. Dan. Yang paling menghairankan kami, artikel yang ditulisnya sama dengan tulisan saya di
SINI pada 27 Julai 2007. Tanpa rasa bersalah. Nama Casserose dihilangkan dan diganti dengan nama organisasi mereka yang di PLAGIAT pada 28 Julai 2007. Penipuan terserlah di situ! Menipu pembeli.
Sebenarnya, ini bukan kali pertama
Harta Intelek kami dirompak, diplagiat ataupun diciplak. Banyak kali. Pernah sekali, artikel saya menjadi skrip suatu rancangan di tivi 2 yang berkaitan dengan kambing boer. Bukan sekadar artikel, beserta dengan gambar-gambarnya sekali diambil. Pernah juga artikel saya menjadi manual program inkubator ternakan kambing sebuah syarikat. Kedua-duanya tanpa kredit ke atas kami. Kalau setakat gambar yang di copy & paste, tidaklah saya sepanas ini. Tetapi bulat-bulat hasil usaha buah fikiran saya di curi menjadi hak milik mereka. Yang lain-lain tak larat saya nyatakan di sini.
Ilmu di medium ini memanglah hak milik umum. Namun begitu, saudara haruslah beretika & bertanggungjawab. Ini kerana ia adalah
©Hak Cipta Terpelihara http://www.casserose.com.Untuk kebaikan semua, kami izinkan artikel diambil untuk tujuan perkongsian ilmu. Jika ingin disiarkan di medium media yang lain, saudara hanya perlu kreditkan kepada
Casserose Agrofarm™ atau
esis@casserose™ dan link-kan kepada URL (alamat) entry artikel yang diambil atau kepada
http://www.casserose.com/ atau
http://www.kambing-boer.blogspot.com/. Itu sahaja.
Terima kasih.