Isnin, 27 Ogos 2007
Shipment Casserose Ke-2 Bulan Ini
Sabtu, 18 Ogos 2007
Selasa, 14 Ogos 2007
Kempen Makan "Chevon"
Sedangkan:Salah tanggapan bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, oleh itu tidak sihat untuk jantung manusia.
Informasi 2Persatuan Jantung Amerika menyarankan, daging kambing untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.
Bukan itu sahaja:Struktur molekul daging kambing adalah berbeza dan hasilnya daging kambing lebih mudah dihadam. Amat sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan.
Informasi 3Jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing tanpa sebarang hormon, bahan kimia dan pencemaran bakteria.
Dengan ini, Casserose bersetuju bahawa:Kambing Boer juga memiliki tulang yang lebih tebal berbanding kambing jenis lain. Disebabkan ototnya yang sekali ganda lebih banyak, kambing Boer memiliki daging yang lebih banyak berbanding kumpulan kambing yang lain.
Daging kambing yang baik kualitinya dapat dihasilkan berdasarkan kepada pelbagai faktor. Bermula dengan kualiti penternakannya.
Baca seterusnya di sini----->BERNAMA
Foto daripada booth Kaprima di Karnival Lelongan Haiwan Cheneh, Terengganu.
Sabtu, 11 Ogos 2007
Shipment Casserose Bulan Ini

Shipment terbaru Casserose adalah pada 16 Ogos ini (Khamis) di Animal Hotel, KLIA. Kami akan membawa masuk 100 ekor Kambing Ferrel betina (gred A) untuk dijadikan induk bagi mendapatkan Boer F1 (rujuk). Ini adalah salah satu program yang kami syorkan untuk mewujudkan boer Made in Malaysia (MIM).
Jadi kami akan mulakan dengan baka yang berkos rendah iaitu ferrel. Program ini turut dilakukan oleh penternak boer Australia untuk menggiatkan industri ini di sana beberapa tahun dahulu. Di harap dengan kos yang rendah, kambing boer MIM akan dapat dijual dengan harga yang kompetitif, mudah milik serta murah. Ini akan menggiatkan lagi industri penternakan kambing di seluruh negara di tahun-tahun mendatang.
Jadi, bagi saudara yang berorientasikan breeding dalam penternakan kambing boer, saudara dialu-alukan untuk mendapatkan kambing ini daripada kami. Harga yang kami tawarkan di kandang Casserose antara RM700-RM800. Sila hubungi saya Esis_Rie 012-2969763 atau Mahathir 013-2423505. Dan. Nantikan shipment seterusnya bulan ini juga!!
Jumaat, 10 Ogos 2007
Sijil Kelahiran Boer FB Casserose
Diingatkan pada sahabat-sahabat sekalian, sijil ini dikeluarkan hanya untuk boer FB sahaja. Jadi, jika ada peniaga yang menjual F1, F2, F3, F4 dengan sijil kelahiran, urusniaga itu harus diragui. Begitu juga dengan urusniaga yang menjual boer FB tanpa sijil kelahiran. Berhati-hatilah,
Khamis, 9 Ogos 2007
Lagi Testimonial Dari Sahabat
KEBERSIHAN adalah satu yg jelas dan nyata masa kami melawat kandang dia. Teratur dan bersih. Nak tgk tinja bersepah pun susah. Kambing dia pun ramah mesra jiran. Sistem penjagaan mmg tip-top. Tak lama lagi merasala kitorg cam nie kan. Mahathir pesan kandang kena selalu bersih. Tinja kena bersihkan 2-3 kali sehari. Kandang bersih kambing pun susah dapat penyakit. SIHAT. So thanks a lot for Bro Mahathir yg banyak coaching kitorg pasal bidang nie. Ok That's all for today.
Satu lagi testimonial untuk Kandang Casserose di Jalan Kebun, Shah Alam. Ulasan ini datangnya dari blog Munasahah Livestock Sdn Bhd. Selain menceritakan tentang kebersihan kandang Casserose, mereka juga memuji sahabat baik saya, Mahathir yang memang arif tentang selok-belok penjagaan dan penternakan Kambing Boer & Ferrel. Kami dari Casserose memang tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang penternakan kambing ini.
Lawati entry ini untuk melihat foto-foto Kandang Casserose dan membaca ulasan mereka dengan lebih lanjut.
Terima kasih En. Zaidi dan warga kerja Munasahah Livestock atas lawatan dan testimonial yang diberikan. Sekalung tahniah atas pembinaan kandang Munasahah yang besar tu. Ikhlas dari kami di Casserose dengan sepatah pertanyaan: Bila nak beli kambing kami? Hehehehehe....
Selasa, 7 Ogos 2007
Pujian Daripada Sahabat

Kandang yang kelihatan bersih menunjukan pengurusan kandang yang teratur sentiasa dijaga dan kesihatan kambing juga sangat penting perlu diuruskan agar tidak mengundang penyakit.
Untuk melihat gambar dan membaca ulasan lanjut pengalaman mereka di Kandang Casserose, sila layari http://usahawantani-moden.blogspot.com/2007/07/lawatan-kekandang-esis-sahabatku.html
Terima kasih banyak-banyak aRe_zZam. Ikhlas dari kami di Casserose.
Rabu, 1 Ogos 2007
Pejantan Boer Casserose
Pejantan Boer Casserose. Sedang berehat. Sementara menunggu giliran menerima pemilik baru. Pejantan Boer Casserose ini merupakan generasi F3, F4, Pure breed (PB) & Full blood (FB). Mereka tidak sabar mengembara ke kandang lain. Jadi, kami sedia untuk melepaskan mereka. Sila hubungi saya Esis_Rie 012-2969763 atau Selamat 012-2250603 atau Mahathir 013-2423505