Selasa, 17 Julai 2007

Petua Atasi Kekurangan Susu

Apabila membaca di forum atau di yahoogroups tentang kematian anak-anak kambing yang baru lahir. Saya turut rasa simpati. Kebanyakkan masalah utama yang dihadapi oleh penternak adalah disebabkan induk tiada susu.

Jadi, solusinya adalah dengan memberi susu lembu pada anak-anak kambing yang kekurangan zat ini. Cadangan saya susu yang sesuai untuk anak kambing adalah Nesprey atau Anmum (untuk babyborn). Jangan Lactogen, nanti anak kambing mati kembung. Ini adalah mengikut pengalaman saya dan penternak lain.

Namun begitu, saya kongsikan petua ini untuk mengatasi masalah induk yang kekurangan susu. Berikan induk makan daun Pokok Pelindung Koko atau nama lainnya Pokok Grisilia. Dengan memakan daun pokok ini induk akan menghasilkan susu yang banyak. InsyaAllah. Petua ini saya dapat daripada penternak kambing dari Indonesia. Apa yang penting adalah tawakkal dan usaha.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalam...Mana saya boleh dapatkan benih pokok pelindung koko ini?