Kegembiraan & kesyukuran yang terpancar pada wajah kedua-dua pasangan itu, ternyata mereka begitu teruja menerima kehadiran cahayamata dalam hidup selepas selama sebulan berusaha untuk mendapatkan anak.
Nabil mengakui sanggup bertemu dengan Ustaz Don untuk mendapatkan petua memiliki anak memandangkan Ustaz yang popular menerusi rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di TV AlHijrah itu hadir di stesen radio Suria FM sebagai penyampai jemputan.
Akhirnya, Nabil dan isteri mengamalkan satu petua iaitu minum susu kambing dan buah kurma setiap hari. Kuasa Tuhan, selepas mengamalkan petua tersebut selama sebulan akhirnya Zira disahkan mengandung.
"Saya dapat tahu mengenai satu petua iaitu minum susu kambing yang dikisar dengan buah kurma terpilih dari Mekah. Sebelum mengisar buah kurma tersebut, saya dan Zira akan genggam dan berselawat Nabi terlebih dahulu.
Zira kini telah disahkan mengandung enam minggu dan doktor menjangkakan mereka bakal memperoleh anak sulung pada 18 Disember ini.
"Alhamdulillah, akhirnya usaha kami berbaloi. Banyak juga cara yang telah kami lakukan bersama dan saya juga banyak membaca blog dan mendapatkan nasihat daripada ustaz bagi membolehkan impian kami suami isteri tercapai."
"Akhirnya kami telah dipertemukan dengan petua mujarab iaitu dengan mengamalkan minum susu kambing dan buah kurma setiap hari yang telah saya dan isteri amalkan sejak beberapa bulan lalu," katanya berkongsi petua.
Kerana mahu kesan yang mujarab, Nabil telah membeli 100 botol susu kambing asli dari Kedah untuk diminumnya setiap hari bersama-sama buah kurma dengan disusuli bacaan selawat Nabi setiap kali sebelum minum.
Bukan saja lazat, tapi kata Nabil khasiat minuman berkenaan telah sentiasa bersama dan akhirnya memberi keputusan yang cukup berkesan.
"Buah kurma akan saya genggam dan berselawat Nabi sebanyak tiga kali. Kemudian buah kurma tadi saya kisar dan campurkan ke dalam air susu kambing. Kalau ikutkan, saya perlu minum sekali saja dalam sehari tetapi kerana rasanya lazat, saya minumnya lebih kerap.
"Saya percaya, amalan meminum susu kambing ini telah banyak diamalkan ramai pasangan suami isteri mendapatkan zuriat dan yang ingin menambahkan lagi anak.
"Terus terang, saya tak kisah jika bayi yang akan lahir itu nanti lelaki atau perempuan dan saya tak mahu terlalu ghairah kerana sembilan bulan adalah tempoh yang lama.
"Kita tak tahu apa akan terjadi dalam temph itu. Tapi sama-samalah kita doakan agar semuanya ok".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan