Sabtu, 9 Jun 2012

Rawatan Mandi Susu Dapat Memutihkan Kulit

Artikel asal dari www.ohbulan.com. oleh Noraini Nasir pada June 7, 2012.

Kebanyakan wanita yang bekerjaya, tiada masa untuk memanjakan diri di Spa, terutama sekali bagi mereka yang memegang jawatan penting dalam syarikat. Namun begitu, ini bukan penghalang bagi mereka, untuk kelihatan cantik sepanjang masa. Oleh itu, dengan mengamalkan rawatan mandi susu di rumah, ia sedikit sebanyak dapat membantu wanita bekerjaya ini untuk terus mengekalkan kecantikan kulit mereka walaupun sibuk dengan rutin seharian di pejabat.

Terdapat banyak khasiat dalam amalan mandi susu, antaranya ia dapat mencerahkan serta melembutkan kulit. Disamping itu, rawatan ini juga dapat menghasilkan kulit yang putih gebu serta putih bercahaya. Ini adalah kerana, di dalam susu terdapat khasiat semulajadi seperti vitamin D, vitamin A dan juga asid laktik yang mampu mengekalkan kelembapan kulit.

Jadi di sini, tips untuk manghasilkan rawatan mandi susu di rumah.

1. Siapkan beberapa mangkuk susu. Anda boleh menggunakan sama ada susu tepung, mahupun susu cair. 2. Campurkan dengan sedikit minyak zaitun. 3. Panaskan selama 5 hingga 10 minit. 4. Campurkan dengan sedikit air suam. 5. Berendam selama 20 hingga 30 minit.

Sebaiknya, sebelum berendam dengan mandian susu ini, anda digalakkan untuk scrub tubuh terlebih dahulu bagi menghilangkan sel-sel kulit mati. Rawatan ini boleh diamalkan dua kali seminggu, bagi mendapat hasil yang lebih maksimum. Selamat mencuba!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tiada ulasan: