Khamis, 19 Mac 2009

Mengesan Kecacingan Serius Pada Kambing

Hari ini saya ingi kongsikan sedikit tip-tip yang mudah untuk memastikan kambing sentiasa sihat. Rasulullah pernah bersabda bahawa perut adalah sarang segala penyakit. Ini ringkasnya, menunjukkan bahawa apa yang dimakan perlu diambil kira. Supaya makanan yang masuk ke dalam perut tidak menjejaskan kesihatan.

Begitu juga dengan ternakan kita. Kita perlu memastikan apa yang masuk ke dalamnya tidak mendatangkan penyakit. Seringkali, penyakit kambing berpunca daripada beban cacing yang banyak didalam perutnya. Ini menyebabkan kambing kekurangan darah. Seterusnya membawa kepada kematian jika tidak dicegah dan dirawat.

Tanda kecacingan yang paling mudah untuk kita kesan, adalah seperti gambar di bawah. Bulu meremang, bawah dagu membengkak, kambing lesu dan tidak aktif.
Namun begitu, untuk mengesahkan lagi bahawa kambing kesayangan tuan kecacingan pada tahap yang serius, cuba lihat disebalik kelopak mata. Kebiasaannya, pucat dan tiada warna merah yang menunjukkan darah mengalir dibawahnya. Contoh seperti gambar dibawah.

Oleh itu, langkah rawatan perlu diambil dengan segera supaya ia tidak menjangkiti kambing lain. Jangkitan boleh berlaku daripada najis kambing tersebut.

Rawatan yang sewajarnya saya akan bincangkan di entry yang akan datang, terima kasih.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Bro....

Amalan orang tua tua yg bela kambing...
1.Ular yang berbisa
2.Dipotong kecil
3.Campur garam
4.Masukkan dalam buluh
5.Diberi kambing jilat

InsyaAllah gambing KURANG kena jangkitan penyakit...
selamat mencuba