Selasa, 12 Ogos 2008

Sekitar MAHA08 120808

Bersama team Positif Prospect di booth kami
Selasa. Merupakan hari perasmian MAHA08 oleh Pak Lah. Secara rasminya.

Hari ini merupakan waktu yang agak sibuk. Kunjungan rakan-rakan penternak ke booth kami bersilih ganti. Berbual tentang industri kambing. Tentang masa depan. Tentang projek masing-masing. Saling berkongsi idea. Berkongsi pengalaman. Berkongsi cerita. Dalam sebuah keluarga yang besar. Keluarga Usahawan Kambing. Kini keluarga besar ini akan dijayakan secara terancang dan bervisi dengan adanya Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM). Ia ingin dijayakan oleh Nordin daripada Perfect Agro dengan sokongan penuh dari JPV Putrajaya (sila baca).

Oleh itu, menjadi tanggungjawab saya juga untuk mempromosikan PPKM & keanggotaannya kepada saudara semua agar matlamat ini dapat dijayakan. Saya sangat optimis dengan penubuhan PPKM. Ini kerana, hanya apabila kita bersatu, industri ini dapat dibangunkan dan dikembangkan dengan lebih cepat dan agresif. Untuk kita semua. Untuk maju bersama-sama. Pada peringkat ini, adalah sangat perlu untuk kita semua berfikiran POSITIF! Ini kerana, hanya dengan bersangka baik kita semua boleh berjaya. Pasti!

Sila lawat blog PPKM. Untuk pendaftaran PPKM di MAHA08, selain ke booth Perfect Agro, saudara juga boleh ke booth Casserose untuk mendapatkan atau menghantar borang keahlian. Atau muat turun borang di SINI.
Mizi, Bob dan BoerBest Group yang banyak berkongsi idea untuk masa depan industri ini.Acara mod lelongan oleh Jengka Springs & team dari Australia. Kambing Angora yang berbulu kerinting panjang, sekali imbas seperti bebiri.

Tiada ulasan: