Artikel tentang Casserose secara ringkas telah diulas di dalam KOSMO 11 April 2008. Untuk membaca secara online sila klik SINI atau gambar.
Teknik AI biak kambing Boer
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
Projek pembiakan kambing Boer dari Australia ini diuruskan secara besar-besaran oleh penternak tempatan di Ladang Casserose,Kampung Tahang Rimau, Segamat, Johor. KAEDAH pemanian beradas dilakukan bagi memperoleh baka kambing Boer yang berkualiti.
SEJAJAR dengan matlamat kerajaan untuk mensasarkan 15 peratus pengeluaran daging kambing tempatan menjelang tahun 2010 dan mengurangkan pergantungan terhadap daging import yang kini mencecah 91 peratus, Ladang Casserose membuktikan kemampuannya.
Bertempat di Kampung Tahang Rimau, Segamat, Johor, ladang seluas tiga ekar itu berjaya melaksanakan kaedah kacukan kambing Boer menggunakan teknologi moden. "Bagi menghasilkan baka kambing Boer setanding dengan kambing Boer import, kami mengenengahkan kaedah bioteknologi fasa pertama terhadap 29 ekor kambing Boer pada 11 Mac lalu.
"Menerusi teknik permanian beradas (AI), setiap kambing Boer betina akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum diberi suntikan air mani di kedua-dua bahagian rahimnya," ujar Pengarah Pemasaran Casserose Agrofarm Sdn.Bhd,. Ditanya bagaimana pemilihan kambing betina dan jantan dilakukan, katanya, penternak akan memastikan setiap kambing Boer betina dan jantan mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak bunting bagi betina serta mempunyai saiz badan 30 kilogram ke atas sebelum diberi suntikan.
"Selepas menjalani suntikan air mani, kambing betina akan ditempatkan di sebuah kandang yang dibina khas, bertujuan untuk melakukan penjagaan kesihatan secara berkala pada setiap hari.
"Kami akan memastikan kambing ini diberi makanan yang secukupnya dan berprotein seperti pallet, rumput napier dan hampas soya," katanya yang memberitahu ladang tersebut dibuka pada tahun 2006.
Menurutnya, matlamat utama membiak kambing baka Casserose adalah untuk memperoleh baka kambing Boer yang berkualiti bagi pasaran tempatan di samping memenuhi permintaan yang tinggi daripada penternak seluruh negara.
Dengan slogan syarikat, 'Kambing Boer sihat dan dagingnya untuk semua', ladang Casserose kini mempunyai 610 ekor kambing (di Segamat) yang diternak di empat buah kandang (1500 ekor). Ladang ini mensasarkan peningkatan sehingga 4,000 ekor kambing Boer pada tahun ini.
"Kami memilih baka Boer kerana mempunyai ciri-ciri yang lebih baik berbanding kambing lain sementara dagingnya juga lebih enak sertamempunyai kolesterol rendah.
"Selain itu, dagingnya juga tidak berbau, lebih lembut dan harga dagingnya berpatutan," tambahnya. Kambing Boer yang terdapat di ladang tersebut adalah untuk dibiakkan dan separuh lagi untuk mendapatkan dagingnya. Harga bagi setiap sekilogram daging kambing Boer yang telah dipotong dijual pada harga RM40 sekilogram.
Untuk maklumat lanjut mengenai penternakan atau pembelian kambing Boer, hubungi di talian 03-7845 3236 atau 012-2969763.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan