Jumaat, 22 Februari 2008

Prosedur AI Induk Casserose Telah Bermula

Assalammualaikum...

Semalam, saya ke Casserose Segamat untuk mengikuti sesi mengesan kebuntingan dan memasukkan CIDR ke dalam uterus induk boer kami. Ini adalah prosedur yang penting untuk menjalankan pemanian beradas atau Artificial Insemination (AI) secara laparoskop. Sesi ini telah di ketuai oleh Prof Dr Abd Wahid Haron. Beliau dibantu oleh rakan sekerja dan pelajar-pelajar semester akhir dalam bidang ini dari UPM.

Perancangan asal, Casserose ingin menjalankan AI terhadap 100 induk. Namun setelah discan, didapati separuh daripada induk kami telah sedia bunting. Maka, terdapat 46 ekor sahaja yang bakal menjalani prosedur seterusnya dalam masa 17 hari lagi.

Kami yakin, dengan melakukan AI, Casserose pasti mempunyai generasi boer yang berkualiti yang lahir di Malaya. Ini kerana, setelah kami kaji dengan terperinci, dengan cara ini kos untuk mendapatkan baka berkualiti lebih rendah jika dibandingkan dengan membawa masuk baka hidup.

Namun begitu, setiap satu usaha kita pasti ada kelebihan dan kelemahan. Jadi, kejayaan usaha ini kami serahkan kepada Yang Maha Kuasa. InsyaAllah berjaya!

Jika sekarang, saudara inginkan boer yang berkualiti, hubungilah saya di Casserose 012 2969763 atau 019 2315343

Tiada ulasan: