Selasa, 14 Ogos 2007

Kempen Makan "Chevon"

Informasi 1

Salah tanggapan bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, oleh itu tidak sihat untuk jantung manusia.

Sedangkan:

Persatuan Jantung Amerika menyarankan, daging kambing untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.

Informasi 2

Struktur molekul daging kambing adalah berbeza dan hasilnya daging kambing lebih mudah dihadam. Amat sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan.

Bukan itu sahaja:

Jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing tanpa sebarang hormon, bahan kimia dan pencemaran bakteria.

Informasi 3

Kambing Boer juga memiliki tulang yang lebih tebal berbanding kambing jenis lain. Disebabkan ototnya yang sekali ganda lebih banyak, kambing Boer memiliki daging yang lebih banyak berbanding kumpulan kambing yang lain.

Dengan ini, Casserose bersetuju bahawa:

Daging kambing yang baik kualitinya dapat dihasilkan berdasarkan kepada pelbagai faktor. Bermula dengan kualiti penternakannya.


Baca seterusnya di sini----->BERNAMA
Foto daripada booth Kaprima di Karnival Lelongan Haiwan Cheneh, Terengganu.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Esis,

MNBF SB dah publish on BERNAMA di bwh label "Daging Kambing Lembah Boer". dan Boer Goat Junction akan dibuka D'sara Utama. Strategi utk 2 thn adalah 21 cawangan.

Perancangan Casserose..!? anyway we'll akan terus m'b'sokongan utk Casserose ..

RAI@AMJ

Rie berkata...

RAI@AMJ:

Casserose ada perancangan tersendiri, InsyaAllah dalam masa terdekat akan saya umumkan. Takut kalau umum awal-awal, then tiba2 tak jadi. Sapa yang malu? kamiiii jugak hehehehe

boerian berkata...

betul tu esis...kerja yang baik ialah secara low profile..then sampai masa terus booomm!!..kalau awal2 kecoh..takut kena "cantas" nanti..hehehehe al maklumlah..election pun dah dekat ni hehehe