Isnin, 27 Ogos 2007

Shipment Casserose Ke-2 Bulan Ini



Pada 21hb Ogos yang lalu, 100 ekor lagi boer dan feral Casserose dibawa masuk dari Australia. Ini adalah untuk memenuhi permintaan yang tinggi penternak-penternak. Selain itu, ia juga untuk meningkatkan pengeluaran daging kambing yang mempunyai permintaan yang tinggi kini. Sedangkan pengeluaran daging kambing dalam negara hanya 5% sahaja! Di Malaysia, menurut pemerhatian saya, hanya kaum Melayu sahaja yang takut makan daging kambing. Namun begitu, bagi kaum India (muslim & hindu), Cina, keturunan Bugis dan keturunan Arab, daging kambing sangat popular di kalangan mereka. Mengapa....??

Tapi, yang paling penting ialah jumlah market yang besar untuk penternak kambing seperti kami. Oleh itu, Casserose sedang berusaha bersungguh-sungguh memenuhi permintaan ini. InsyaAllah BERJAYA!!!!

video

Selasa, 14 Ogos 2007

Kempen Makan "Chevon"

Informasi 1

Salah tanggapan bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, oleh itu tidak sihat untuk jantung manusia.

Sedangkan:

Persatuan Jantung Amerika menyarankan, daging kambing untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.

Informasi 2

Struktur molekul daging kambing adalah berbeza dan hasilnya daging kambing lebih mudah dihadam. Amat sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan.

Bukan itu sahaja:

Jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing tanpa sebarang hormon, bahan kimia dan pencemaran bakteria.

Informasi 3

Kambing Boer juga memiliki tulang yang lebih tebal berbanding kambing jenis lain. Disebabkan ototnya yang sekali ganda lebih banyak, kambing Boer memiliki daging yang lebih banyak berbanding kumpulan kambing yang lain.

Dengan ini, Casserose bersetuju bahawa:

Daging kambing yang baik kualitinya dapat dihasilkan berdasarkan kepada pelbagai faktor. Bermula dengan kualiti penternakannya.


Baca seterusnya di sini----->BERNAMA
Foto daripada booth Kaprima di Karnival Lelongan Haiwan Cheneh, Terengganu.

Sabtu, 11 Ogos 2007

Shipment Casserose Bulan Ini

Gambar ikhsan www.redagri.com.my/

Shipment terbaru Casserose adalah pada 16 Ogos ini (Khamis) di Animal Hotel, KLIA. Kami akan membawa masuk 100 ekor Kambing Ferrel betina (gred A) untuk dijadikan induk bagi mendapatkan Boer F1 (rujuk). Ini adalah salah satu program yang kami syorkan untuk mewujudkan boer Made in Malaysia (MIM).

Jadi kami akan mulakan dengan baka yang berkos rendah iaitu ferrel. Program ini turut dilakukan oleh penternak boer Australia untuk menggiatkan industri ini di sana beberapa tahun dahulu. Di harap dengan kos yang rendah, kambing boer MIM akan dapat dijual dengan harga yang kompetitif, mudah milik serta murah. Ini akan menggiatkan lagi industri penternakan kambing di seluruh negara di tahun-tahun mendatang.

Jadi, bagi saudara yang berorientasikan breeding dalam penternakan kambing boer, saudara dialu-alukan untuk mendapatkan kambing ini daripada kami. Harga yang kami tawarkan di kandang Casserose antara RM700-RM800. Sila hubungi saya Esis_Rie 012-2969763 atau Mahathir 013-2423505. Dan. Nantikan shipment seterusnya bulan ini juga!!

Jumaat, 10 Ogos 2007

Sijil Kelahiran Boer FB Casserose

Inginkan Pejantan Boer Full Blood (FB). Dapatkan Pejantan Boer Casserose dengan sijil kelahiran (born certificate). Dengan sijil ini, tiada pertikaian atau keraguan tentang kesahihan keturunan Boer FB. Salasilah keturunan Pejantan Casserose boleh dilihat dengan jelas (dalam sijil ini) yang mana leluhurnya datang dari Afrika Selatan.

Diingatkan pada sahabat-sahabat sekalian, sijil ini dikeluarkan hanya untuk boer FB sahaja. Jadi, jika ada peniaga yang menjual F1, F2, F3, F4 dengan sijil kelahiran, urusniaga itu harus diragui. Begitu juga dengan urusniaga yang menjual boer FB tanpa sijil kelahiran. Berhati-hatilah, supaya tangan yang menyeluk saku wang saudara tidak terpedaya.

Harga Pejantan Boer FB Casserose dijual dengan RM2800-RM3200. Umur antara 8 bulan hingga 1 tahun. Untuk melihat sijil ini, atau Boer Casserose FB, saudara dialu-alukan untuk datang ke Kandang Casserose di Segamat, Johor (atau sambil bercuti). Segala pertanyaan, sila hubungi saya Esis_Rie 012-2969763 atau Selamat 012-2250603 atau Mahathir 013-2423505.

Agak-agak bila Persatuan Penternak Boer Malaysia nak keluarkan sijil kelahiran boer FB ni? Emmmmm.......

Khamis, 9 Ogos 2007

Lagi Testimonial Dari Sahabat

KEBERSIHAN adalah satu yg jelas dan nyata masa kami melawat kandang dia. Teratur dan bersih. Nak tgk tinja bersepah pun susah. Kambing dia pun ramah mesra jiran. Sistem penjagaan mmg tip-top. Tak lama lagi merasala kitorg cam nie kan. Mahathir pesan kandang kena selalu bersih. Tinja kena bersihkan 2-3 kali sehari. Kandang bersih kambing pun susah dapat penyakit. SIHAT. So thanks a lot for Bro Mahathir yg banyak coaching kitorg pasal bidang nie. Ok That's all for today.

Satu lagi testimonial untuk Kandang Casserose di Jalan Kebun, Shah Alam. Ulasan ini datangnya dari blog Munasahah Livestock Sdn Bhd. Selain menceritakan tentang kebersihan kandang Casserose, mereka juga memuji sahabat baik saya, Mahathir yang memang arif tentang selok-belok penjagaan dan penternakan Kambing Boer & Ferrel. Kami dari Casserose memang tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang penternakan kambing ini.

Lawati entry ini untuk melihat foto-foto Kandang Casserose dan membaca ulasan mereka dengan lebih lanjut.

Terima kasih En. Zaidi dan warga kerja Munasahah Livestock atas lawatan dan testimonial yang diberikan. Sekalung tahniah atas pembinaan kandang Munasahah yang besar tu. Ikhlas dari kami di Casserose dengan sepatah pertanyaan: Bila nak beli kambing kami? Hehehehehe....

Selasa, 7 Ogos 2007

Pujian Daripada Sahabat

Kandang yang kelihatan bersih menunjukan pengurusan kandang yang teratur sentiasa dijaga dan kesihatan kambing juga sangat penting perlu diuruskan agar tidak mengundang penyakit.

Ini adalah sebahagian ulasan atau testimonial yang diberikan oleh saudara aRe_zZam di blognya. Ia adalah berdasarkan pemerhatian mereka setelah melawat Kandang Casserose di Jalan Kebun, Shah Alam.

Untuk melihat gambar dan membaca ulasan lanjut pengalaman mereka di Kandang Casserose, sila layari http://usahawantani-moden.blogspot.com/2007/07/lawatan-kekandang-esis-sahabatku.html

Terima kasih banyak-banyak aRe_zZam. Ikhlas dari kami di Casserose.

Rabu, 1 Ogos 2007

Pejantan Boer Casserose

Warganegara Australia. Sekarang dalam proses mendapatkan taraf Penduduk Tetap. Berumur antara 8 bulan hingga setahun. Masih tidak fasih berbahasa Melayu. Menjalani kehidupan mewah & ekslusif di kandang Casserose. Sihat & gebu. Kerap meminta untuk mandi dan digroom. Hampir setiap hari. Makan hanya spegeti & pancake. Sedang belajar cara makan menggunakan tangan. Menggemari gulai lemak pedas ikan keli dan sambal belacan berulam petai. Psssttt... semalam mereka hantar memorandum minta tandas duduk. Hehe.

Pejantan Boer Casserose. Sedang berehat. Sementara menunggu giliran menerima pemilik baru. Pejantan Boer Casserose ini merupakan generasi F3, F4, Pure breed (PB) & Full blood (FB). Mereka tidak sabar mengembara ke kandang lain. Jadi, kami sedia untuk melepaskan mereka. Sila hubungi saya Esis_Rie 012-2969763 atau Selamat 012-2250603 atau Mahathir 013-2423505