Ahad, 10 Jun 2012

Susu Kambing dan Kurma: Petua Nabil dan Nasihat Ustaz Don

Kegembiraan & kesyukuran yang terpancar pada wajah kedua-dua pasangan itu, ternyata mereka begitu teruja menerima kehadiran cahayamata dalam hidup selepas selama sebulan berusaha untuk mendapatkan anak.

Nabil mengakui sanggup bertemu dengan Ustaz Don untuk mendapatkan petua memiliki anak memandangkan Ustaz yang popular menerusi rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di TV AlHijrah itu hadir di stesen radio Suria FM sebagai penyampai jemputan.

Akhirnya, Nabil dan isteri mengamalkan satu petua iaitu minum susu kambing dan buah kurma setiap hari. Kuasa Tuhan, selepas mengamalkan petua tersebut selama sebulan akhirnya Zira disahkan mengandung.

"Saya dapat tahu mengenai satu petua iaitu minum susu kambing yang dikisar dengan buah kurma terpilih dari Mekah. Sebelum mengisar buah kurma tersebut, saya dan Zira akan genggam dan berselawat Nabi terlebih dahulu.

Zira kini telah disahkan mengandung enam minggu dan doktor menjangkakan mereka bakal memperoleh anak sulung pada 18 Disember ini.

"Alhamdulillah, akhirnya usaha kami berbaloi. Banyak juga cara yang telah kami lakukan bersama dan saya juga banyak membaca blog dan mendapatkan nasihat daripada ustaz bagi membolehkan impian kami suami isteri tercapai."

"Akhirnya kami telah dipertemukan dengan petua mujarab iaitu dengan mengamalkan minum susu kambing dan buah kurma setiap hari yang telah saya dan isteri amalkan sejak beberapa bulan lalu," katanya berkongsi petua.

Kerana mahu kesan yang mujarab, Nabil telah membeli 100 botol susu kambing asli dari Kedah untuk diminumnya setiap hari bersama-sama buah kurma dengan disusuli bacaan selawat Nabi setiap kali sebelum minum.

Bukan saja lazat, tapi kata Nabil khasiat minuman berkenaan telah sentiasa bersama dan akhirnya memberi keputusan yang cukup berkesan.

"Buah kurma akan saya genggam dan berselawat Nabi sebanyak tiga kali. Kemudian buah kurma tadi saya kisar dan campurkan ke dalam air susu kambing. Kalau ikutkan, saya perlu minum sekali saja dalam sehari tetapi kerana rasanya lazat, saya minumnya lebih kerap.

"Saya percaya, amalan meminum susu kambing ini telah banyak diamalkan ramai pasangan suami isteri mendapatkan zuriat dan yang ingin menambahkan lagi anak.

"Terus terang, saya tak kisah jika bayi yang akan lahir itu nanti lelaki atau perempuan dan saya tak mahu terlalu ghairah kerana sembilan bulan adalah tempoh yang lama.

"Kita tak tahu apa akan terjadi dalam temph itu. Tapi sama-samalah kita doakan agar semuanya ok".

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sabtu, 9 Jun 2012

Rawatan Mandi Susu Dapat Memutihkan Kulit

Artikel asal dari www.ohbulan.com. oleh Noraini Nasir pada June 7, 2012.

Kebanyakan wanita yang bekerjaya, tiada masa untuk memanjakan diri di Spa, terutama sekali bagi mereka yang memegang jawatan penting dalam syarikat. Namun begitu, ini bukan penghalang bagi mereka, untuk kelihatan cantik sepanjang masa. Oleh itu, dengan mengamalkan rawatan mandi susu di rumah, ia sedikit sebanyak dapat membantu wanita bekerjaya ini untuk terus mengekalkan kecantikan kulit mereka walaupun sibuk dengan rutin seharian di pejabat.

Terdapat banyak khasiat dalam amalan mandi susu, antaranya ia dapat mencerahkan serta melembutkan kulit. Disamping itu, rawatan ini juga dapat menghasilkan kulit yang putih gebu serta putih bercahaya. Ini adalah kerana, di dalam susu terdapat khasiat semulajadi seperti vitamin D, vitamin A dan juga asid laktik yang mampu mengekalkan kelembapan kulit.

Jadi di sini, tips untuk manghasilkan rawatan mandi susu di rumah.

1. Siapkan beberapa mangkuk susu. Anda boleh menggunakan sama ada susu tepung, mahupun susu cair. 2. Campurkan dengan sedikit minyak zaitun. 3. Panaskan selama 5 hingga 10 minit. 4. Campurkan dengan sedikit air suam. 5. Berendam selama 20 hingga 30 minit.

Sebaiknya, sebelum berendam dengan mandian susu ini, anda digalakkan untuk scrub tubuh terlebih dahulu bagi menghilangkan sel-sel kulit mati. Rawatan ini boleh diamalkan dua kali seminggu, bagi mendapat hasil yang lebih maksimum. Selamat mencuba!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 7 Jun 2012

Susu Kambing Untuk Mengandung

Tradisi ini adalah merupakan amalan orang arab untuk meningkatkan kesuburan. Bukan hanya untuk bakal ibu. Malah yang paling penting, susu kambing diminum oleh bakal seorang bapa.

Perkara ini baru saya ketahui kira-kira 2 bulan lepas. Kawan sekerja saya Ustazah Wazz (nama glamor dia, hihi) order dengan saya berbotol-botol susu kambing. Hairan saya. Sebab sebelum ni, dia tak pernah minum susu kambing.

Katanya dia nak anak lagi.

"ana dan suami ana nak minum susu kambing, kami nak anak lagi.."

"anta tau la, suami ana tu pak arab, memang ni la petua orang arab, hihi"

"Tapi insyaAllah berjaya, kita usaha dan tawakal, yang lain kurniaan Allah."


Petua ni memang diamalkan oleh orang arab sejak beribu tahun dulu. Sehingga hari ni, rakan sekerja saya ni dikurniakan 2 anak...

Minumlah susu kambing untuk kesuburan bakal ibu & bapa. Inilah antara usaha untuk mendaptkan anak-anak yang soleh & solehah... Amen.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 5 Jun 2012

Jualan Daging Kambing di UPM

Assalamualaikum, salam sejahtera. Sempena cuti sekolah ini, maka permintaan kambing dan bebiri bertambah. Ini adalah kebiasaan untuk tujuan aqiqah.


Begitu juga permintaan daging kambing. Untuk makan bersama keluarga, hidangan gulai kambing memang bertepatan menambah selera. Terutama orang muda (atau berjiwa muda)....  :)


Sekarang. Bayangkan.......

-Gulai kambing,

-Masak lemak cili api kambing,

-Kambing panggang cicah air asam,

-Kambing kuziiiiiiii,

-Kambing gOOlek...

-Karri kambing,

-Kambing masak rendang,

-Satey kambing,

Bayaaaaaaangggggkaaaaannnn....


Woooowwww sodap... Emmmm dap!


Dapatkan daging kambing KS Agro yang di Pusat Jualan, Taman Pertanian Universiti UPM. Rujuk peta untuk pembelian di entry semalam. Selamat membeli & selamat beramal....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 4 Jun 2012

Peta Lokasi Tempat Jualan Kami

Sila KLIK gambar untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum, bagi memudahkan saudara mendapatkan susu kambing kami. Di sini, saya lampirkan peta untuk panduan saudara ke Pusat Jualan Taman Pertanian Universiti (TPU), UPM. Dan. InsyaAllah minggu ini produk daging kambing kami akan dijual di sini.