Jumaat, 25 April 2008

Kembar Casserose

SATU - Biasalah tu.

DUA - Kadang-kadang ada

TIGA - Jangan ternganga... Rezeki. Orang lain pun boleh dapat juga.

Khamis, 17 April 2008

Penternakan Kambing: Cabaran & Motivasi

Kata salah seorang sifu saya baru-baru ini:

"Kalau nak senang pelihara lembu. Kalau nak kaya pelihara kambing."

Walau apa pun, kejayaan dalam bidang ini, bukan diukur apabila kita sudah memiliki atau memelihara kambing tersebut. Ia lebih dari itu. Bukan senang atau kaya yang menjadi ukurannya.

Ini kerana, bagaimana cara kita menghadapi dan menangani cabaran yang datang, itulah menentukan segala-galanya. Lain padang lain belalang. Lain kandang lain pula belang dan gelanggang.

Dalam bidang ini, semua terletak di hati. Semangat yang paling utama. Patah semangat, semua kecundang. Termasuk dengan kandang! (Dan jangan bakar kandang hehe..)

Jadi bulatkan semangat, Teguhkan tekad. Jangan separuh jalan. Di kandang kitalah bos. Kitalah kuli. Dan. Kambinglah raja!

Makan dihidang ke mulut. Taiknya kita cuci. Tempat tidur diberi. Minum diganti. Kudis nanahnya pun kita ciumi.

Semua terletak dalam dada. Sampai ketikanya. Masa dan jumlah ternakan yang mencerminkan siapa kita. (Fahamkah maksud saya?)

Mungkin sebab itu para wali, nabi dan rasul menternak kambing...

Selasa, 15 April 2008

Permanian Beradas di Casserose

Sepatutnya dah lama update tentang AI ni. Tapi baru hari ini berkesempatan. Kami telah buat untuk fasa pertama pada 29 ekor induk boer yang benar-benar memenuhi spesifikasi. Fasa kedua kami akan mulakan April ini dan sehinggalah memenuhi keperluan AI yang kami kehendaki.

Prosedur AI yang pertama ini telah dijalankan pada 11 Mac 2008 yang lalu. Setiap induk telah disuntik dengan sperma jantan yang terpilih. Setiap suntikan terdapat 25billion sperma daripada sebatang tiub.

Di jangkakan induk-induk ini akan melahirkan anak pada 08.08.08. Namun begitu, kemungkinan besar dalam jangka waktu tarikh tersebut. InsyaAllah kita lihatlah nanti.
Tiub yang mengandungi 25 billion sperma selepas digunakanSelamat mengintai dalam uterus kambing kesayangannyaPerut induk boer ditebuk untuk diteropong dan disuntik

Isnin, 14 April 2008

Casserose Di KOSMO


Artikel tentang Casserose secara ringkas telah diulas di dalam KOSMO 11 April 2008. Untuk membaca secara online sila klik SINI atau gambar.
Teknik AI biak kambing Boer
Oleh NOOR HASLIZA NUSI

Projek pembiakan kambing Boer dari Australia ini diuruskan secara besar-besaran oleh penternak tempatan di Ladang Casserose,Kampung Tahang Rimau, Segamat, Johor. KAEDAH pemanian beradas dilakukan bagi memperoleh baka kambing Boer yang berkualiti.

SEJAJAR dengan matlamat kerajaan untuk mensasarkan 15 peratus pengeluaran daging kambing tempatan menjelang tahun 2010 dan mengurangkan pergantungan terhadap daging import yang kini mencecah 91 peratus, Ladang Casserose membuktikan kemampuannya.

Bertempat di Kampung Tahang Rimau, Segamat, Johor, ladang seluas tiga ekar itu berjaya melaksanakan kaedah kacukan kambing Boer menggunakan teknologi moden. "Bagi menghasilkan baka kambing Boer setanding dengan kambing Boer import, kami mengenengahkan kaedah bioteknologi fasa pertama terhadap 29 ekor kambing Boer pada 11 Mac lalu.

"Menerusi teknik permanian beradas (AI), setiap kambing Boer betina akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum diberi suntikan air mani di kedua-dua bahagian rahimnya," ujar Pengarah Pemasaran Casserose Agrofarm Sdn.Bhd,. Ditanya bagaimana pemilihan kambing betina dan jantan dilakukan, katanya, penternak akan memastikan setiap kambing Boer betina dan jantan mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak bunting bagi betina serta mempunyai saiz badan 30 kilogram ke atas sebelum diberi suntikan.

"Selepas menjalani suntikan air mani, kambing betina akan ditempatkan di sebuah kandang yang dibina khas, bertujuan untuk melakukan penjagaan kesihatan secara berkala pada setiap hari.

"Kami akan memastikan kambing ini diberi makanan yang secukupnya dan berprotein seperti pallet, rumput napier dan hampas soya," katanya yang memberitahu ladang tersebut dibuka pada tahun 2006.

Menurutnya, matlamat utama membiak kambing baka Casserose adalah untuk memperoleh baka kambing Boer yang berkualiti bagi pasaran tempatan di samping memenuhi permintaan yang tinggi daripada penternak seluruh negara.

Dengan slogan syarikat, 'Kambing Boer sihat dan dagingnya untuk semua', ladang Casserose kini mempunyai 610 ekor kambing (di Segamat) yang diternak di empat buah kandang (1500 ekor). Ladang ini mensasarkan peningkatan sehingga 4,000 ekor kambing Boer pada tahun ini.

"Kami memilih baka Boer kerana mempunyai ciri-ciri yang lebih baik berbanding kambing lain sementara dagingnya juga lebih enak sertamempunyai kolesterol rendah.

"Selain itu, dagingnya juga tidak berbau, lebih lembut dan harga dagingnya berpatutan," tambahnya. Kambing Boer yang terdapat di ladang tersebut adalah untuk dibiakkan dan separuh lagi untuk mendapatkan dagingnya. Harga bagi setiap sekilogram daging kambing Boer yang telah dipotong dijual pada harga RM40 sekilogram.

Untuk maklumat lanjut mengenai penternakan atau pembelian kambing Boer, hubungi di talian 03-7845 3236 atau 012-2969763.

Selasa, 8 April 2008

Daging Kambing Boer Bukit Jelutong


Sekarang daging kambing boer kami sedang meriah jualannya di Bukit Jelutong Timur. Boleh dapatkannya di:

PASAR SEGAR NEDIRA
21G, JALAN G U8/G,
SEKSYEN 8, BUKIT JELUTONG TIMUR,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR.


Cubalah rasai daging BBQ No. 1 di dunia! Rendah kolestrol, rendah lemak, enak dimakan! Hubungi saya untuk maklumat lanjut: 019-2672529

Khamis, 3 April 2008

Kandang Segera Bukan Makanan Segera

Kos membuat kandang tinggi? Tetapi, jangan cari jalan mudah untuk menternak kambing di tempat harta awam. Seperti keratan akhbar di atas. Nanti disumpah seranah dek orang ramai. Hidup tak berkat. Rezeki jauhkan diri. Ini kerana, penyelesaiannya ada.

Namun, ringankanlah mulut untuk bertanya. Ringankanlah kaki untuk melangkat ke kandang terdekat. Atau ringan-ringankanlah jari untuk dail 019-2672529. Saya akan menjawab di hujung talian.

Konsaltansi percuma untuk mengurangkan kos pembinaan kandang. Dan. Perkhidmatan berbayar untuk membina, ubahsuai atau menambah kandang. Jangan bimbang. Juga dengan harga yang rendah.

Hati anda. Tangan anda. Poket anda. Duit anda. Andalah yang menentukannya!