Khamis, 28 Ogos 2008

Sana Sini MAHA08 II

Menunggang gajah
Menunggang unta-lah
Tunggang kuda lah pula
Kereta Kuda pun seronok juga
Tunggang Lembu pun ada.

Maaf, yang ini tidak boleh di tunggang. Kambing yang ini berkaki dua.

Rabu, 27 Ogos 2008

Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM)


TUJUAN DAN MATLAMAT PPKM

Menghimpun dan menggabungkan semua penternak kambing seluruh Malaysia.

Mencari kaedah dan jalan yang terbaik membantu ahli bagi mendapatkan bekalan makanan dan memastikan harga makanan ternakan kambing dan ubat-ubatan lebih ekonomik dan terkawal.

Menjadikan tempat ahli merujuk masalah yang dihadapi dalam penternakan kambing.

Mendapatkan ahli teknologi dan maklumat penternakan kambing.

Mengadakan sistem pemasaran hasil ternakan kambing dengan lebih sistematik dan terancang & mengujudkan pusat pemasaran setempat disetiap negeri di seluruh negara.

Jambatan penghubung di antara ahli dan semua agensi yang berkaitan dengan penternakan di Malaysia.

Menjalinkan kerjasama diantara persatuan ternakan dalam dan luar negara.

Meningkatkan pengeluaran hasil ternakan kambing sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan kambing dari luar negara.

Melahirkan lebih ramai usahawan ternakan kambing.


****


Dapatkan borang di SINI dan hantarkannya di ke email admin.ppkm@gmail.com. Dan. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila ujarkan ke http://kambing-ppkm.blogspot.com/

Selasa, 26 Ogos 2008

Sana Sini Di MAHA

Setelah 3 atau 4 hari berjalan kaki meronda sekitar kawasan jajahannya dengan bertopi jerami, apabila tiba secara rasminya MAHA08, Dr Jasmi Yahya berkereta putih ke sana-sini dengan senyuman. Walaupun kami semua tahu dia kepenatan.
Daripada Tram, dapat melihat panorama yang indah di kawasan pameran sayuran, menara tinjau dan rumah-rumah negeri.

Ini yang paling mengagumkan saya. Bukan saya tak pernah jumpa petola atau kundur. Tetapi dekorasi dan lanskap ini sungguh mempersonakan.

Sabtu, 23 Ogos 2008

MAHA: Malam Terakhir Dijamuan Anjuran JPV

Saya & En Othman bersama Datuk Dr. Ahmad Suhaimi Omar iaitu
Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Veterinar)

Kami bergambar kenangan bersama Datuk Dr. Ibrahim Che Embong iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

Beliau bersama-sama Boer Best Group & Fitrah Waja

Jumaat, 22 Ogos 2008

MAHA08: Boer Dua Gerabak

Selamat datang ke MAHA08.

Sangat rugi jika saudara tidak menaiki Tram dua gerabak ini. Bergerak mengelilingi tapak expo. Berhenti di perhentian yang mempunyai pelbagai pameran pertanian dan penternakan yang menarik.

Perkhidmatan Tram ini sangat memuaskan dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Syabas kepada pihak penganjur!

Ahad, 17 Ogos 2008

MAHA08: Di Mana Casserose?

Untuk rakan-rakan usahawan, dengan segala hormatnya saya menjemput saudara semua ke booth kami.

Pintu utama ke kawasan Muzium Pastura. Booth kami terdapat di dalam kawasan ini.
Laluan utama di dalam bahagian ini. Semua booth dalam kawasan ini terletak di sebelah kanan saudara. Booth yang beratap kelabu adalah kami.
Inilah booth kami. Kini pokok napier taiwan telah dipotong untuk memberi laluan kepada penglihatan saudara yang mencari Casserose

Rabu, 13 Ogos 2008

Sekitar MAHA08 130808

Pegawai pertanian Pulau Pinang tekun mendengar penerangan kami.

Saya sangkakan semalam merupakan hari yang memenatkan. Namun, hari ini lebih hebat daripada semalam. Tapi, saya akan pastikan hari ini lebih baik daripada semalam.

Hari ini, kami di booth Casserose tidak menang tangan untuk melayan pengunjung yang datang silih berganti. Suara kami kini serak-serak basah. Namun, demi pengunjung dan tugas, cerita tentang kambing kami tidak pernah kering dari bibir. Selain menjual kambing boer, kami juga telah memulakan sistem data penternakan berkomputer. Kami menjual software dan membuat demo manual penggunaan perisian tersebut untuk kegunaan penternak.

Perisian ini telah dibangunkan oleh En. Othman, namun Casserose telah membeli copyright perisian ini demi untuk memajukan dan membawanya ke pasaran yang lebih luas. Potensi ini kami berkongsi bersama En. Othman dan rakan usahawan ternak semua.

Kini, perisian tersebut dinamakan Casserose Animal Management System atau CAMS. Saudara boleh datang ke booth nombor 6 kami di bahagian Muzium Pastura. Untuk maklumat yang agak rinci tentang perisian tersebut sila ke SINI. Namun begitu, jika berpeluang ke MAHA08 jangan lepaskan peluang ke booth Casserose untuk melihat demo CAMS secara langsung.
Pak Lah datang melawat Bahagian Ternakan untuk hari kedua
Aksi rodeo yang mencabar kekuatan tulang belakang.
Awas! Jangan lakukan aksi ini pada kambing bapak di kandang anda.Acara santai menunggang lembu dan membawa kambing bersiar-siar (pet) di sekitar MAHA08

Selasa, 12 Ogos 2008

Sekitar MAHA08 120808

Bersama team Positif Prospect di booth kami
Selasa. Merupakan hari perasmian MAHA08 oleh Pak Lah. Secara rasminya.

Hari ini merupakan waktu yang agak sibuk. Kunjungan rakan-rakan penternak ke booth kami bersilih ganti. Berbual tentang industri kambing. Tentang masa depan. Tentang projek masing-masing. Saling berkongsi idea. Berkongsi pengalaman. Berkongsi cerita. Dalam sebuah keluarga yang besar. Keluarga Usahawan Kambing. Kini keluarga besar ini akan dijayakan secara terancang dan bervisi dengan adanya Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM). Ia ingin dijayakan oleh Nordin daripada Perfect Agro dengan sokongan penuh dari JPV Putrajaya (sila baca).

Oleh itu, menjadi tanggungjawab saya juga untuk mempromosikan PPKM & keanggotaannya kepada saudara semua agar matlamat ini dapat dijayakan. Saya sangat optimis dengan penubuhan PPKM. Ini kerana, hanya apabila kita bersatu, industri ini dapat dibangunkan dan dikembangkan dengan lebih cepat dan agresif. Untuk kita semua. Untuk maju bersama-sama. Pada peringkat ini, adalah sangat perlu untuk kita semua berfikiran POSITIF! Ini kerana, hanya dengan bersangka baik kita semua boleh berjaya. Pasti!

Sila lawat blog PPKM. Untuk pendaftaran PPKM di MAHA08, selain ke booth Perfect Agro, saudara juga boleh ke booth Casserose untuk mendapatkan atau menghantar borang keahlian. Atau muat turun borang di SINI.
Mizi, Bob dan BoerBest Group yang banyak berkongsi idea untuk masa depan industri ini.Acara mod lelongan oleh Jengka Springs & team dari Australia. Kambing Angora yang berbulu kerinting panjang, sekali imbas seperti bebiri.

Isnin, 11 Ogos 2008

Sekitar MAHA08 110808

Salam, maaf kerana tidak dapat update seperti biasa. Internet ada sedikit masalah. Pada hari pertama iaitu "Trade Day", sekitar MAHA08.

Pada hari ini kami menunggu kedatangan para usahawan penternak yang berminat dengan penternakan kambing di booth kami. Namun begitu, mungkin disebabkan hari ini hanya untuk pelawat tertentu sahaja, maka tidak ramai pelawat yang datang.

Namun yang penting, adalah persediaan yang kami lakukan. Datanglah ke booth kami untuk berkongsi maklumat tentang penternakan kambing. Antara urusan perniagaan yang kami sediakan untuk saudara ialah;
  • Penjualan kambing Boer
  • Software Casserose Animal Management System (CAMS)
  • Daging kambing Boer
  • Customade Tag
  • Garam mineral (garam bukit)
  • Penyewaan pusat pemprosessan daging Casserose
Saya menunggu kedatangan saudara
Bersama Din di booth De Kebun (http://aminagrotech.blogspot.com)

Ahad, 10 Ogos 2008

Sekitar MAHA08 100808

Rostam meminta pendapat saya untuk meluruskan banner.

Hari ini, booth kami telah kelihatan sempurna secara asasnya. Menurut jiran kami, jam 8 malam semalam dinding dan karpet biru itu baru siap dipasang.

Demi melaksanakan objektif saya yang telah tergendala semalam, sejak pagi saya telah berkampung di sini. Kini tidak lagi berseorangan, saya telah dibantu oleh Jai, pekerja sementara Casserose sempena MAHA08. Sebelah petangnya, kami telah bertiga iaitu dibantu oleh Rostam, pengurus kandang Casserose di Jalan Kebun, Shah Alam. Kami bertiga bertungkus-lumus menyiapkan booth kami seperti yang telah dirancangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat sebelum itu.

Kedatangan anda kami nantikan. Nikmati kemeriahan kami di MAHA08....

Booth kami yang hampir siap.
Apabila malam tiba, booth kami 99% siap.

Sabtu, 9 Ogos 2008

Sekitar MAHA08 090808

Pintu masuk utama pintu 2 MAHA08

Pada hari ini, saya telah mula hadir ke kawasan MAHA. Objektif utama adalah untuk membuat persiapan awal booth kami. Namun begitu, setelah sampai ke tapak booth, didapati masih ada kekurangan. Dinding masih tidak dibangunkan oleh kontraktor yang dilantik. Namun, ini tidak menjadi halangan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merancang lebih awal apa yang bakal saya bangunkan di booth tersebut. Selepas itu, saya melawat kawasan persekitaran tapak pameran ternakan MAHA. Nikmatinya di gambar-gambar yang saya lampirkan. InsyaAllah, jika tiada halangan, saya akan update setiap hari aktiviti saya di MAHA08 selama 2 minggu saya berkampung di sini.(090808-230808)

Barbados black belly yang terdapat di Pameran Baka Kambing
Poney idaman saya, pasti saya memilikinya nanti.

Rabu, 6 Ogos 2008

MAHA 2008 Menanti Anda

Bagi pengunjung yang berhajat ke MAHA 2008, di sini Zali sediakan peta dari google earth untuk saudara. Untuk ke bahagian pameran ternakan saudara perlu memasuki jalan Kajang-Putrajaya-Puchong. Saudara akan melihat tapak ini di sebelah kanan saudara. Dan sebaliknya jika dari arah bertentangan.

MAHA pada tahun ini berlangsung selama 2 minggu dari 11-23 Ogos. Saudara perlu merancang perjalanan saudara. Ini kerana, pasti dalam masa satu hari saudara tidak akan dapat menjengok keseluruh pameran di expo ini. perlu diingatkan pada tahun ini, RM5.00 akan dikenakan pada setiap kenderaan yang masuk parkir ke dalam kawasan karnival. Untuk bantuan dan maklumat lanjut sila ke http://www.mahaexpo.com/

Tapi. Jangan lupa temui saya di booth nombor 6 di kawasan pastura. Saya akan bersama-sama warga Casserose menanti anda di sana. Ada berita menarik menanti anda di booth kami. Silalah datang!

Selasa, 5 Ogos 2008

MAHA: Gerai Casserose


KLIK gambar untuk Paparan yang lebih besar.


Saudara boleh kunjungi gerai Casserose pada 11 - 23 Ogos ini. Jika berpandukan gambar yang saya lampirkan. Gerai Casserose berwarna hijau.

Temui saya di sana. Saya sedia membantu dan berkongsi idea dan informasi penternakan kambing dengan sesiapa sahaja.