Khamis, 30 Oktober 2008

Jawatan Kosong Di Casserose

Jawatan : MANAGER PEMASARAN & JUALAN (MARKETING & SALES MANAGER).


Sila hantar resume anda ke adminhq[at]casserose.com.

Anda juga boleh hubungi Cik Hajar (03-78453236) untuk sebarang pertanyaan. Selain itu, sebagai altenatif, anda boleh hantarkan resume & dokumen yang berkaitan ke alamat seperti berikut:
Casserose Agrofarm Sdn Bhd.,
No. 8, Jalan Astaka U8/83,
Seksyen U8, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam,
Selangor.
(u.p: Cik Siti Norhadjar Shafi'ai)

Jumaat, 24 Oktober 2008

Rakan Usahawan Ternak Casserose (RUTCAS)

Salam,
Kini Casserose melancarkan program Rakan Usahawan Ternak Casserose (RUTCAS) untuk mewujudkan usahawan penternak yang berjaya. Ini bermaksud, setiap perintis RUTCAS bukan sahaja dibimbing menjadi penternak kambing, TETAPI dibimbing untuk menjadi USAHAWAN ternakan kambing yang berjaya. Dengan kata lain, boleh kaya dengan urusniaga penjualan kambing.
Faedah RUTCAS:
  1. Dibimbing dengan menghadiri seminar konsep perniagaan & penternakan kambing.
  2. Dibimbing dengan menghadir seminar seni pemasaran & penjualan kambing.
  3. Perintis RUTCAS boleh melakukan aktiviti ini secara sambilan.
  4. Sebagai pendapatan sampingan.
  5. dan lain-lain lagi....

Untuk Fasa I, kami hanya membuka peluang kepada 20 orang peserta sahaja. Jika berminat sila emailkan :-

  1. Nama:
  2. No telifon:
  3. Alamat:
  4. Jantina:
  5. Umur:
  6. Email:
  7. Sebab ingin menyertai RUTCAS (dalam 20 patah perkataan):

Sila emailkan maklumat di atas kepada adminhq[at]casserose.com. Atau hubungi Hajar: 03-78456523 untuk maklumat lanjut.

Pendaftaran ini dibuka sehingga 3 November 2008.

Selasa, 14 Oktober 2008

Catatan Panjang Dari Hujung Jari Sahaja

Catatan ringkas:

Penulisan yang saya titipkan di sini lebih daripada 90% adalah datang dari hati. Setiap satu entry memerlukan saya berfikir berhari-hari. Bukan itu sahaja, fakta atau apa sahaja yang terbit di sini memerlukan saya membuat research. Dan. Sebelum saya publish, sebelum saudara-saudara syok membaca apa yang saya tulis, entah berpuluh kali saya edit. Memakan masa hampir 4 atau 5 jam. Jadi, saya juga bekerja. Seperti tuan-tuan. Menulis blog bukanlah kerja utama saya. Saja-saja. Suka-suka. Hahahaha....

Catatan tidak ringkas:

Casserose sekarang, sedang dalam penstrukturan semula organisasi dan operasi. Perancangan utama adalah untuk meningkatkan jumlah operasi ternakan kepada 6000 ekor sehingga 2009. Untuk kandang Segamat & Pontian.

Kerja-kerja menaik taraf kandang di Segamat telah dimulakan sejak bulan September yang lepas. Kini baru 5% kerja-kerja tersebut siap.
Buat pengetahuan semua, kami kini telah mempunyai sebuah ladang di Perth, Australia. Berkeluasan lebih kurang 1500 hektar. Jumlah kambing yang terdapat di sana hampir 1000 ekor. Akan ditambah lagi jumlahnya. Jadi, jika berminat untuk melawat atau berurusan tentang pembelian kambing dari Australia. Silalah hubungi saya. Kita akan sama-sama ke sana untuk memilih kambing boer terbaik kami untuk saudara.

Jumaat ini, kami akan membawa satu shipment dari Perth ke KLIA dan terus dihantar ke kandang kami di Pontian. 160 ekor boer kini menunggu masa sampai di sini. Inginkan yang terbaik. Hubungi saya.

Juga. Saya mempelawa saudara-saudari yang merupakan Dr. Veterinar membina kerjaya bersama Casserose. Telah lelah saya mencari Dr. Vet sepenuh masa yang berminat bersama kami. Jadi, hubungi saya juga untuk bersama-sama saya membina kerjaya dalam bidang ini.

Catatan Teringkas.

Sekian