Jumaat, 10 Ogos 2007

Sijil Kelahiran Boer FB Casserose

Inginkan Pejantan Boer Full Blood (FB). Dapatkan Pejantan Boer Casserose dengan sijil kelahiran (born certificate). Dengan sijil ini, tiada pertikaian atau keraguan tentang kesahihan keturunan Boer FB. Salasilah keturunan Pejantan Casserose boleh dilihat dengan jelas (dalam sijil ini) yang mana leluhurnya datang dari Afrika Selatan.

Diingatkan pada sahabat-sahabat sekalian, sijil ini dikeluarkan hanya untuk boer FB sahaja. Jadi, jika ada peniaga yang menjual F1, F2, F3, F4 dengan sijil kelahiran, urusniaga itu harus diragui. Begitu juga dengan urusniaga yang menjual boer FB tanpa sijil kelahiran. Berhati-hatilah, supaya tangan yang menyeluk saku wang saudara tidak terpedaya.

Harga Pejantan Boer FB Casserose dijual dengan RM2800-RM3200. Umur antara 8 bulan hingga 1 tahun. Untuk melihat sijil ini, atau Boer Casserose FB, saudara dialu-alukan untuk datang ke Kandang Casserose di Segamat, Johor (atau sambil bercuti). Segala pertanyaan, sila hubungi saya Esis_Rie 012-2969763 atau Selamat 012-2250603 atau Mahathir 013-2423505.

Agak-agak bila Persatuan Penternak Boer Malaysia nak keluarkan sijil kelahiran boer FB ni? Emmmmm.......

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Casserose,

Usaha yg perlu dibanggakan, hasil kerja yg berterusan utk meningkatan industri ini...

RAI@AMJ

mybob berkata...

hehehe esis..bila plak kita ada persatuan penternak boer malaysia??hehehe..sekarang kita dah mula nak ke arah tu..ya lah cuma kita perlu kekuatan untuk bawa "mindset"mereka2 yang sepatutnya terlibat dalam perkara ni..membantu melaksanakannya....

esis berkata...

RAI@AMJ...

Hehehe terima kasih


mybob...

Haha aku harap mereka yang kat luar tu faham metafora aku.. hehe. kita ni orang muda bisness kecik lagi.. tapi perlu ada wawasan ke arah tu.. harap "mereka-mereka" tu faham. hhehe

Jutawantani berkata...

insyallah

KA'AB berkata...

Salam Sejahtera!
Saya baru terjumpa blog sdr ni hari ini. Walau pun dah lama kenal kambing, tapi baru beberapa hari yang lalu saya mengetahui istilah/nama kambing 'Boer' ni. Kalau tak silap di dalam rancangan Bisnes Malaysia di TV1. Dulu, di kampung, kambing jenis ini dipanggil 'Kambing Benar', untuk membezakan dengan biri-biri yang juga dipanggil 'Kambing Biri-biri'.

Sekadar nak mengungkapkan kenangan dari bekas pengembala biri-biri...

Rantau Agro Farm berkata...

Salam Ka'ab,
Saya baru saja menceburkan diri dalam penternakan kambing ni. Blog saya di http://rantauagrofarm.blogspot.com
Agak2 nye kenapa saudara tidak lagi terlibat dalam penternakan?