Jumaat, 20 Jun 2008

Kenyataan Tawaran: Tawaran Jualan Induk Feral

Casserose mempuyai stok kambing betina feral sebanyak 105 ekor. Semuanya untuk dijual sebagai INDUK bagi dikacukkan sendiri oleh penternak di sini. Kambing-kambing ini telah berada di Malaya telah hampir 7 bulan (iaitu telah stabil dengan persekitaran Malaya). Malah sihat walafiat.

Kebanyakannya bunting, iaitu 100% telah kami kahwinkan dengan pejantan boer. Berat antara 20kg - 30kg. Bersedia ke kandang saudara, 24jam sehari dan 365 hari setahun. Bila-bila masa.

Buat pengetahuan saudara, kambing induk feral yang "ini" bukanlah asalnya feral liar. Ia adalah kambing feral domestik, yang mana ia diternak oleh penternak di Perth, Australia. Dijadikan induk untuk di kacukkan dengan kambing boer.

Kami telah membawa masuk kambing ini pada bulan disember 2007. Dengan kos yang rendah, saudara boleh mendapatkan boer F1 hasil daripada breeding dikandang anda sendiri. <--(sila KLIK)

Pssstttt... ini sebenarnya tawaran jualan MEGA pertengahan tahun!!!.

Jika ingin dapatkannya, sila hubungi saya 019-2672529.

Selamat membeli dan tawar menawar....

Khamis, 19 Jun 2008

Sperma Kambing Boer: Dari Kanta Mikroskop


video

Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air mani? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati). - Surah Yasin, ayat 77.

Ini. Adalah setitis air mani kambing Boer. Lihatlah sperma itu bergerak-gerak, berenang-renang. Tiada bezanya dengan sperma manusia!

Malah, menurut Dr. Wahid, sperma landak juga sama seperti ini. Jelasnya bahawa, semua mamalia mempunyai bentuk sperma yang sama. (Apa bezanya kita dengan makhluk lain ketika itu?). Setitis mani.

Namun, setiap kita dijadikan hanya dengan seekor sperma sahaja! Syukurlah kita ketika masih bernafas.

Emmm, Saudara sudah bersolat?

Khamis, 12 Jun 2008

Pemanian Beradas (AI) Fasa Ke 2

Diari 4 Jun 2008, Casserose Segamat.

Kami telah meneruskan fasa kedua prosedur AI. Juga terhadap 29 ekor boer betina Casserose yang terbaik. Semua aktiviti yang kami jalankan pada hari itu berjalan lancar.

Kali ini juga kami menjalankan prosedur AI dengan kaedah laporskopik, yang mana memerlukan pembedahan kecil di bahagian rahim. Kemudian, sperma daripada tiub akan disuntik terus ke dalam dua-dua belah tiub filopio di uterus.

Bagi AI fasa pertama, 12 ekor induk boer telah disahkan bunting. Jadi, kami hanya perlu menunggu hingga Ogos untuk melihat anak, hasil daripada pembiakan cara ini.
Sperma-sperma kambing boer, tiada beza dengan sperma manusia.

Selasa, 10 Jun 2008

Lawatan Datin Paduka & 40 Orang Pegawai

Diari 3 Jun 2008. Casserose Segamat, Johor.

Sepetang di kandang Casserose. Lawatan Kerja JPH Johor di Daerah Segamat.

Casserose dengan ini berbesar hati dan berbanyak-banyak terima kasih kepada Datin Paduka Dr.Fauziah Embong (Ketua Pengarah JPH Johor). Begitu juga ucapan terima kasih kepada rombongan 40 orang bersama beliau, pegawai JPH seluruh Johor. Di atas kesudian melawat kandang Casserose.

Terima kasih juga kepada En. Roslan Alias (Pegawai JPH Segamat) yang sudi mengiringi Datin Paduka ke kandang kami.

Harap layanan kami yang seadanya itu memuaskan hati semua pihak. Terima kasih.