Isnin, 4 September 2006

Panduan Penternakan Kambing 2

CARA-CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK

Oleh kerana tujuan kita memelihara kambing adalah untuk mendapatkan hasil yang lumayan maka perlulah kita memelihara kambing dari baka-baka yang baik. Kita perlu memilih kambing yang mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki. Adalah dimaklumkan bahawa kambing tidak akan mempunyai kesemua sifat-sifat ini tetapi apabila memilih hendaklah dipastikan yang kambing itu mempunyai seberapa banyak yang boleh sifat-sifat yang dikehendaki.

Pemilihan baka boleh dibuat berasaskan beberapa ukuran seperti:

i. Baka dan keturuanan
ii. Bentuk badan atau konformasi:
a. Teknik pengamatan
b. Teknik perabaan

3.1 Cara Pemilihan Baka dan Keturunan

Pemilihan cara baka dan keturunan ini memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar kerana kebiasaan catatan tidak dibuat dengan sepenuhnya.

Di antara butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah:

i. Berat semasa dilahirkan adalah tinggi
ii. Kenaikan berat badan yang cepat
iii. Berat badan semasa 1 tahun
iv. Keluaran susu yang banyak
v. Jarak kelahiran yang rapat.

3.2 Cara Pemilihan Konformasi Badan

3.2.1 Cara-cara Pengamatan

Warna
Jantan-Warna berbeza mengikut jenis baka
Betina-Sama

Kulit dan bulu
Jantan-Lembut, pendek dan berkilat,tiada kulit berlebihan atau berlipat di bawah dagu dan tengkuk
Betina-Lembut, pendek, licin dan berkilat tidak kusut

Saiz
Jantan-Besar dan berat badan lebih dari 25 kg (had minima berbeza mengikut baka)
Betina-Sedang atau besar tidak kurang 20 kg (had minima berbeza mengikut baka)

Kepala
Jantan-Sederhana, bertanduk atau tidak bertanduk; mata bersinar; dagu sama rata
Betina-Panjang dan sederhana, bersih, tiada ketul-ketul daging yang berlebihan

Leher dan bahu
Jantan-Tidak panjang; berdaging pejal
Betina-Leher jinjang; bahu kecil dan sempit

Dada
Jantan-Bidang dan gempal menunjukkan kekuatan
Betina-Sederhana

Rangka
Jantan-Bulat dan sama besar; tulang rangka sama jarak menunjukkan paru-paru yang baik
Betina-Rangka dada lebar dan sama jarak supaya badan nampak bulat. Perut jangan menonjol ke bahagian dada

Badan
Jantan-Gempal, panjang besar dan lurus
Betina-Badan tegap menurun ke hadapan dari perut ke bahu depan

Bahagian belakang
Jantan-Lurus, tegap, lebar dan berdaging penuh
Betina-Lurus, tegap dan lebar terutama di bahagian "rump" dan punggung. "Rump" menurun sedikit tidak terlalu mencuram

Kaki hadapan
Jantan-Lurus, tegap dan teguh; keduanya selari
Betina-Lurus, kuat, tulangnya baik dan teguh. Keduanya selari

Kaki belakang
Jantan-Tegap dan kukuh. Keduanya selari apabila berdiri tegak. Bila berjalan tidak mengarah keluar (meraut). Pastern tidak jatuh dan jari mengadap ke hadapan. Peha lebar dan besar
Betina-Lurus, tegap dan mengadap ke hadapan selari jika dilihat dari belakang; "Hock" pendek sedikit; "Pastern" pendek dan tidak terjatuh

Tapak kaki
Jantan-Rata di bawah, memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan menghala ke hadapan
Betina-Rata di bawa memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rata

Buah zakar dan zakar
Jantan-Zakarnya baik dan boleh dikeluarkan dan masuk dengan baik; dua buah zakar yang sama besar tergantung dengan baik dan tidak terlalu labuh
Betina-Rata di bawah memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rata

Tetek dan puting susu
Betina-Teteknya besar dan tergantung dengan baik dan tidak meleret. Kulitnya lembut dan licin. Pembuluh susu nyata tetapi tidak terketul-ketul. Dua puting yang sederhana dan menghala ke hadapan dan terletak dengan baik

Tabiat
Jantan-Cergas, garang serta gagah
Betina-Cergas

3.2.2 Cara Perabaan

Cara perabaan adalah perlu apabila kambing yang bakal dipilih itu adalah dari jenis yang mempunyai bulu yang panjang. Ini adalah untuk menentukan kepadatan isi yang mungkin diselubungi oleh bulu atau memastikan tiada sebarang kecacatan.

RINGKASAN 3

Sebelum membeli atau memilih kambing untuk baka, penilaian mestilah dibuat terlebih dahulu. Penilaian ini perlu dibuat terhadap kambing bagi mendapatkan ciri-ciri yang baik. Ianya boleh dinilai melalui konformasi atau keturunan. Kambing yang telah dinilaikan digunakan untuk pembakaan bagi melahirkan anak-anak yang cepat membesar, mengeluarkan susu yang banyak dan mempunyai ketahanan terhadap cuaca dan penyakit.

RAJAH MORFOLOGI SEEKOR KAMBING BETINA

1. Puting susu
2. Tetek atau kelenjar susu
3. Perut
4. Siku (claw)
5. Kuku (hoof)
6. Lutut
7. Dada
8. Bahu
9. Kekacang (tassel)
10. Dagu
11. Butang/asas tanduk
12. Kelasa
13. Lilitan di jantung
14. Belakang
15. Pinggul
16. Punggung
17. Tulang punggung
18. Siku


8 ulasan:

Fuad berkata...

Fulamak.. best aa blog nih.. Lame dah carik blog canggini.. terima kasih.. cik/encik/puan/dato'/datin Esis. Maklumat anda amat bermakna buat saya...

esis berkata...

selalulah datang sini dan berkongsi maklumat.

maju!

leLabu berkata...

kagum la..saudara menunjukkan kecintaan yang sangat tinggi terhadap kambing (jgn salah faham maksud saya)..

kagum kerana ada insan yang menyahut seruan perdana menteri.

tahniah

esis berkata...

leLabu,

hahaha tq.

kaklang berkata...

Pertama sekali TAHNIAH kaklang ucapkan atas usaha esis dalam bidang ni. Aura seorang usahawan memang ada pada esis.

Kaklang memang selalu mengikuti perkembangan pencinta Ruminan kerana kaklang juga berasal dari kampung. Sekarang sedang dan masih giat mengumpul bahan untuk jurnal peribadi berkaitan industri ini.

Menceburkan diri dalam industri ini memang satu langkah yang bijak kerana dalam RMK9 juga kerajaan menggalakkan perkembangan industri ini melalui galakan dan sokongan kewangan. Malah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan pengusaha Asas Tani seramai 2000 pengusaha setahun untuk mencapai angka 10000 pengusaha menjelang 2010.

Semoga Berjaya!!!!

Fuad berkata...

Heh.. En Esis, seperti yang di jemput..Aku datang lagi.. Eh.. Modal paling cikai @ busuk nak ternak kambing brape agak?

esis berkata...

kaklang,
Terima kasih kak lang. Saya pun orang kampung. sama la kita. Bayangkan kampung saya di celah-celah gunung di Pahang sana. haha

Fuad,
hahaha datang lagi. datang hari-hari. Modal? Kalau modal kecil, ko mulakan kecil-kecilan dulu. 1 ekor jantan 2 betina dah ok. kalau kambing kampung ratus-ratus aje. tapi kalau kambing baka luar ribu-ribu jugak la.

kalau komersial ko mulakan dengan 20 betina 1 jantan.

tapi kandang yang baik memerlukan modal yang besar. lebih 10k.

Fuad. nak lebih panjang ko email aku aje lah. haha.

kalo tak ada modal. ko buat trading aje. jadi orang tengah. dekat raya nih banyak permintaan. buat la utk aqiqah & korban dulu

Tanpa Nama berkata...

Salam esis n semua...saya ni baru nak berjinak2 n bejajar camne nak jd penternak kambing ni....saya nak tau, berapa aggaran kalau kita nak mulakan penternakan kambing ni...mula2 seelok2nya berapa ekor kambing patut di beli...makasih