Ahad, 8 Disember 2013

Jumaat, 19 April 2013

Terapi Kambing: Al Islam April 2013


Kambing: Penawar Dari Syurga.....

Sangat menarik rencana laporan khas majalah Al-Islam keluaran terbaru ini. Terapi Kambing. Menyentuh tentang keseluruhan aspek dan sejarah ringkas tentang kambing di zaman Rasulullah s.a.w. Begitu juga dengan ulasan saintifik tentang keberkatan daging kambing & susu kambing. Dan ulasan ketidakrasionalan taboo tentang kambing dalam masyarakat Melayu. Dapatkan segera di pasaran.

Walaupun begitu, rencana khas ini sepatutnya dikeluarkan 5 tahun lepas. Bukan hari ini. Kerana hari ini, penternakan kambing bukan lagi fenomena di negara kita. Ramai rakan-rakan saya telah tutup kandang. Malah otai-otai penternakan kambing juga telah tutup kandang. Dulu, nama-nama yang hebat dalam ternakan ini telah diam membisu. Di MAHA tidak lagi meriah dengan penternak-penternak kambing. Bnayak halangan dan cabaran dalam penternakan ini. Tidak dinafikan. Terlalu banyak kos yang perlu ditanggung. Sedangkan pulangan hanya tokey kambing je yang tahu :) 

Namun, usaha Utusan Karya ini harus dihargai. Lebih baik ada dari tiada. Tahniah Al-Islam. Sekurang-kurangnya menambahkan pengetahuan dan mengembalikan minat dan nostalgia kawan-kawan perkambingan saya. Dan yang paliang penting. Rakyat Malaysia harus makan kambing dan minum susu kambing dengan banyak! hahaha... sekian. 

(Apa khabar En. Daud & Zali? Saya doakan hidup tuan-tuan diberkati Allah. Amenn..)

Rabu, 10 April 2013

Kenapa Rasulullah s.a.w Dan Nabi-Nabi Allah Mengembala Kambing?

Dalam buku Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi s.a.w karangan Dr. Ab. Aziz Mohd Zin . Terbitan Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademi Islam, Universiti Malaya. Buku ini ada menjawab persoalan tersebut. Di sini saya lampirkan jawapan tersebut. Semoga ia bermanfaat kepada kita semua. Insha Allah...
Sunah Rasulullah s.a.w. : Manfaat Memelihara Kambing

Sabtu, 5 Januari 2013

Proposal / Kertas Kerja Penternakan Kambing Susu

Muka Hadapan Proposal Ternakan Kambing Susu
Proposal / kertas kerja ini telah lama saya buat untuk memenuhi permintaan seorang kawan. Projek penternakan kambing susu / tenusu sememangnya mempunyai prospek yang sangat besar. Saya telah mencurahkan segala idea dan research selama beberapa tahun untuk menyiapkannya 2 tahun yang lepas.

Isi kandungan:
  1. PENGENALAN
  2. OBJEKTIF PROJEK
  3. TUJUAN
  4. TUJUAN PEMBIAYAAN
  5. LATAR BELAKANG PEMOHON
  6. MAKLUMAT MENGENAI PROJEK
  7. BAKA KAMBING SUSU YANG DICADANGKAN
  8. PARAMETER CIRI-CIRI BAKA YANG DIPERLUKAN
  9. SISTEM PENTERNAKAN
  10. KANDANG TERNAKAN
  11. MAKANAN DAN MINUMAN
  12. PENGURUSAN TERNAKAN
  13. JENIS PRODUK YANG DIHASILKAN
  14. PASARAN
  15. CABARAN
  16. PERANCANGAN PEMASARAN & PROMOSI
  17. PERANCANGAN PERBELANJAAN
  18. UNJURAN & ALIRAN PENDAPATAN