Jumaat, 19 April 2013

Terapi Kambing: Al Islam April 2013


Kambing: Penawar Dari Syurga.....

Sangat menarik rencana laporan khas majalah Al-Islam keluaran terbaru ini. Terapi Kambing. Menyentuh tentang keseluruhan aspek dan sejarah ringkas tentang kambing di zaman Rasulullah s.a.w. Begitu juga dengan ulasan saintifik tentang keberkatan daging kambing & susu kambing. Dan ulasan ketidakrasionalan taboo tentang kambing dalam masyarakat Melayu. Dapatkan segera di pasaran.

Walaupun begitu, rencana khas ini sepatutnya dikeluarkan 5 tahun lepas. Bukan hari ini. Kerana hari ini, penternakan kambing bukan lagi fenomena di negara kita. Ramai rakan-rakan saya telah tutup kandang. Malah otai-otai penternakan kambing juga telah tutup kandang. Dulu, nama-nama yang hebat dalam ternakan ini telah diam membisu. Di MAHA tidak lagi meriah dengan penternak-penternak kambing. Bnayak halangan dan cabaran dalam penternakan ini. Tidak dinafikan. Terlalu banyak kos yang perlu ditanggung. Sedangkan pulangan hanya tokey kambing je yang tahu :) 

Namun, usaha Utusan Karya ini harus dihargai. Lebih baik ada dari tiada. Tahniah Al-Islam. Sekurang-kurangnya menambahkan pengetahuan dan mengembalikan minat dan nostalgia kawan-kawan perkambingan saya. Dan yang paliang penting. Rakyat Malaysia harus makan kambing dan minum susu kambing dengan banyak! hahaha... sekian. 

(Apa khabar En. Daud & Zali? Saya doakan hidup tuan-tuan diberkati Allah. Amenn..)

Rabu, 10 April 2013

Kenapa Rasulullah s.a.w Dan Nabi-Nabi Allah Mengembala Kambing?

Dalam buku Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi s.a.w karangan Dr. Ab. Aziz Mohd Zin . Terbitan Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademi Islam, Universiti Malaya. Buku ini ada menjawab persoalan tersebut. Di sini saya lampirkan jawapan tersebut. Semoga ia bermanfaat kepada kita semua. Insha Allah...
Sunah Rasulullah s.a.w. : Manfaat Memelihara Kambing