Isnin, 10 Mac 2008

Daging Kambing Boer Untuk Dijual

Selain mengimport serta menternak kambing boer, Casserose juga menjual dan membekal daging kambing boer untuk pasaran tempatan. Namun begitu, pasaran kami hanya disekitar Shah Alam sahaja.

Oleh itu, bagi menjadikannya suatu rantaian perniagaan yang menguntungkan semua pihak, kami mengalu-alukan saudara menjadi sebahagian daripada perniagaan ini. Kami bersedia membekalkan daging kambing boer untuk pasaran anda dengan pakej harga yang rendah dan menguntungkan.

Ini adalah sebahagian usaha kami untuk mendekati pembeli yang inginkan daging kambing boer yang segar. Kerapkali kami menerima permintaan pembeli yang diluar jangkauan kami untuk memberi perkhidmatan penghantaran.

Jadi, inisiatif rangkaian perniagaan ini mampu menjadikan daging kambing boer tidak lagi asing bagi pembeli. Di samping menambahkan pendapatan anda!!

Hubungi saya Hubungi saya 019-2672529 atau Zali 019 3087729 untuk menjadi pembekal atau peniaga daging segar kambing boer!

Jumaat, 7 Mac 2008

Perkhidmatan Pusat Pemprosesan Daging

Casserose menyediakan perkhidmatan [berbayar] untuk pusat pemprosesan daging. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja. Jadi, saudara tidak perlu untuk melabur bagi membina dan membeli segala peralatan atau mesin pemprosesan tersebut.

Pusat ini terletak di Jalan Kebun , Shah Alam. Dan telah beroperasi sejak Disember 2007. Antara kemudahan yang disediakan ialah bandsaw, freezer, mesin penimbang dan mesin wraping.

Sila hubungi saya (012 2969763) untuk temujanji atau perbincangan penggunaan pusat pemprosesan Casserose. Emmm... daging kambing boer pun kami jual di sini.

Rabu, 5 Mac 2008

Kereta Kambing & MAHA 2008


(kredit foto)


President Benjamin Harrison (1889-1893) gave his grandchildren a pet goat, His Whiskers, who would pull the children around in a cart. [baca]

Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, tidak mustahil untuk jadikan kambing sebagai pet. Ini kerana, keluarga presiden USA pun pernah menjadikan kambing sebagai haiwan kesayangan. Cuba lihat foto di atas. Bukan anak kambing, tetapi bapak kambing yang menjadi pet! Hihiii...

Namun begitu, yang menarik perhatian saya ialah "kereta kambing" tersebut. Saya dapat membayangkan kemeriahan MAHA 2008 dengan perkhidmatan "kereta kambing" mengeliling tapak karnival. Membawa 2 orang kanak-kanak di atasnya dan diiringi seorang pengawal. WOoowwww!

Agaknya berapakah tambang yang bakal dikenakan pada perkhidmatan "kereta kambing" ini? Dan. Penternak mana yang akan adakan perkhidmatan ini? Ataupun. Mungkin kami sendiri yang akan memeriahkan tapak karnival MAHA 2008 dengan acara "Kereta Kambing Berhias"! Hahaha... nantikan kemunculannya.....

Di bawah ada satu lagi contoh model "kereta kambing" yang bakal berentap di sana. Eemmmm....., harap tiada agensi berkenaan yang meminta kami dapatkan permit atau lesen kenderaan riang-ria ini... Leceh la bro....!

(kredit foto)