Sabtu, 11 Ogos 2007

Shipment Casserose Bulan Ini

Gambar ikhsan www.redagri.com.my/

Shipment terbaru Casserose adalah pada 16 Ogos ini (Khamis) di Animal Hotel, KLIA. Kami akan membawa masuk 100 ekor Kambing Ferrel betina (gred A) untuk dijadikan induk bagi mendapatkan Boer F1 (rujuk). Ini adalah salah satu program yang kami syorkan untuk mewujudkan boer Made in Malaysia (MIM).

Jadi kami akan mulakan dengan baka yang berkos rendah iaitu ferrel. Program ini turut dilakukan oleh penternak boer Australia untuk menggiatkan industri ini di sana beberapa tahun dahulu. Di harap dengan kos yang rendah, kambing boer MIM akan dapat dijual dengan harga yang kompetitif, mudah milik serta murah. Ini akan menggiatkan lagi industri penternakan kambing di seluruh negara di tahun-tahun mendatang.

Jadi, bagi saudara yang berorientasikan breeding dalam penternakan kambing boer, saudara dialu-alukan untuk mendapatkan kambing ini daripada kami. Harga yang kami tawarkan di kandang Casserose antara RM700-RM800. Sila hubungi saya Esis_Rie 012-2969763 atau Mahathir 013-2423505. Dan. Nantikan shipment seterusnya bulan ini juga!!

1 ulasan:

Jutawantani berkata...

esis kalau kau perasan lah..ihsan gambar redagri tu...yang sorang tu tinggi2(betul2 kat pagar) tu kan sama dengan orang yang sama dalam blog aku...aku punya sifoo..hehehe