Jumaat, 30 November 2007

Ferel untuk Korban & Aqiqah

Kambing Korban @ Aqiqah Casserose Yang Sehat & Terpilih

Casserose baru 3 hari lepas, dengan ini telah membawa masuk 80 ekor kambing ferel. Penjualan kambing ini adalah untuk tujuan Aqiqah dan Korban. Harga yang Casserose tawarkan macam harga orang lain juga lah... (atau rujuk di sebelah tepi iklan jualan kambing ferel kami).

Tapi, jualan feral kami lebih tertumpu di Kandang Segamat dan Maran. Namun, bukan bermakna kandang di Shah Alam tiada kambing baka ini. Hehe...

Jadi, bagi sesiapa berminat untuk menjalankan ibadah Korban atau/dan Aqiqah sempena Hari Raya AidulAdha yang bakal berkunjung tiba. Saudara di alu-alukan untuk menghubungi Selamat (012-2250603) atau Ali (012-6928884/09-4765061) atau hubungi saya sendiri Rie (012 2969763).

Isnin, 26 November 2007

Harga Promosi Boer Casserose

Pada hari Jumaat lalu (23 November 2007) kami telah membawa masuk kambing lagi. Kali ini, sebanyak 90 ekor kambing boer betina (F1, F2, F3, F4 & pure breed) dari Australia. Setelah sekian lama kami membawa masuk jumlah kambing yang banyak. Jadi telah tiba masanya kami menawarkan harga promosi untuk saudara penternak, pembeli dan peminat sekalian.

Kami menawarkan harga RM750 seekor. Pembelian dengan harga istimewa ini hanya ditawarkan sehingga 30hb November 2007 sahaja. Harga istimewa ini hanya dengan pembelian minimum 10 ekor kambing sahaja.

video

Khamis, 22 November 2007

Ahad, 18 November 2007

Usahasama Bijak: KS Agro, Jabatan Haiwan & Risda


Dari kiri depan, Pegawai Jabatan Haiwan & Pegawai Risda Daerah Maran

Ketua Kampung Kuala Sentul (baju biru putih), pegawai Risda, pegawai Jabatan Haiwan dan peserta-peserta kursus

Demi memeriahkan lagi dunia penternakan kambing, pada 11 September 2007 yang lalu, Jabatan Haiwan Daerah Maran, Risda Maran, dan KS Agro telah bergabung tenaga. Gabungan ini dengan jayanya menganjurkan kursus singkat "Pengenalan Penternakan Kambing Secara Komersil".

Kursus ini bermatlamat untuk mendedahkan masyarakat sekitar daerah Maran tentang potensi penternakan kambing yang cerah. Ini kerana kebiasaan di sini, ia hanya dipelihara untuk ternakan sara diri sahaja. Namun, dengan kerjasama ini kami bersama-sama mengorak langkah membuka persepsi masyarakat bahawa bidang ini berpotensi untuk dijayakan secara komersil.

Kursus sehari ini telah di jalankan di kandang KS Agro. Di samping berkursus, peserta juga telah dijamu dengan gulai kambing yang dijadikan hidangan di akhir kursus. 2 ekor kambing telah selamat di korbankan. Dan. Gulai kambing telah licin disantap peserta, tanpa ada yang mengadu pening. Malah ramai yang tak sudah-sudah mengadu gulai kambing kami sedap, sedaaapppp, sedaaaaaappppppp.......


Dua ekor kamping bakal menjadi santapan

Selasa, 13 November 2007

Petua Perubatan Kambing

Satu petua yang saya terima daripada seorang kawan India. Bahawa pokok bambu yang juga dikenali sebagai mambu atau semambu dengan nama saintifiknya Azadirachta Indica boleh menjadi pokok terapi untuk kambing. Terutama bagi kambing yang stress selepas pertukaran kandang atau tempat. Untuk mengurangkan atau mengelakkan stress, daun ini lebih baik diletakkan sekali dalam lori yang membawa kambing. Namun begitu, ubat anti-stres juga jangan diabaikan.

Daunnya boleh dijadikan ubat selsema bagi kambing. Adalah seelok-eloknya pokok ini di tanam berhampiran kandang atau dalam kawasan kandang supaya menjadi ubat untuk kambing yang sakit. Terutama yang berkaitan dengan pernafasan dan paru-paru.

Bahagian-bahagian pokok ini telah lama digunakan oleh kaum india dalam perubatan dan upacara sembahyang mereka. Dan. Penternak kambing kaum india juga sering menanam pokok ini dalam kawasan kandang mereka. Dengan ini, ia memudahkan bagi mereka untuk merawat kambing yang sakit. Selain, menghindarkan serangga merbahaya berada dalam kawasan kandang. Saudara mungkin pernah melihat pokok ini di sekitar kuil india atau di tepi jalan sahaja. Selamat mencuba...

Dan. 9 November 2007, Casserose telah membawa masuk lagi kambing boer yang berumur 4 bulan hingga 6 bulan dari Australia. Kali ini, jumlahnya sebanyak 180 ekor. Hanya induk sahaja. Jika berminat, saudara boleh melawat kandang kami di Jalan Kebun, Shah Alam. Peta untuk ke sana saudara boleh rujuk di SINI. Atau hubungi saya 012-2969763 rie[at]casserose[dot]com.

*Gambar dari http://toptropicals.com/ dan http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=72

Isnin, 5 November 2007

Demok Kami Yang Ori

Ingat lagi Si Tunggal kami yang lahirnya dengan berat 5kg? Namanya Demok sebenarnya. Sekarang dah berumur 5 bulan lebih.

Nak tahu berapa beratnya sekarang? Kami pun tidak menyangka, hasil daripada program pemakanan kami yang sitematik, dalam masa 5 bulan lebih, kini berat Demok hampir mencecah 30kg!!

Semalam, ada beberapa orang pembeli yang tertarik untuk membelinya. Maaf ye kawan-kawan, Demok ini buah hati Selamat. Demok ini tidak akan kami jual. He he.

Buat pengetahuan semua, suka saya tegaskan di sini bahawa Demok memang dilahir tunggal. Namun begitu, kami sangat hairan bagaimana ia mempunyai kembar di Senggora Lankaprima Farm menjadi Senboer. Dan. Yang paling menghairankan kami, artikel yang ditulisnya sama dengan tulisan saya di SINI pada 27 Julai 2007. Tanpa rasa bersalah. Nama Casserose dihilangkan dan diganti dengan nama organisasi mereka yang di PLAGIAT pada 28 Julai 2007. Penipuan terserlah di situ! Menipu pembeli.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Harta Intelek kami dirompak, diplagiat ataupun diciplak. Banyak kali. Pernah sekali, artikel saya menjadi skrip suatu rancangan di tivi 2 yang berkaitan dengan kambing boer. Bukan sekadar artikel, beserta dengan gambar-gambarnya sekali diambil. Pernah juga artikel saya menjadi manual program inkubator ternakan kambing sebuah syarikat. Kedua-duanya tanpa kredit ke atas kami. Kalau setakat gambar yang di copy & paste, tidaklah saya sepanas ini. Tetapi bulat-bulat hasil usaha buah fikiran saya di curi menjadi hak milik mereka. Yang lain-lain tak larat saya nyatakan di sini.

Ilmu di medium ini memanglah hak milik umum. Namun begitu, saudara haruslah beretika & bertanggungjawab. Ini kerana ia adalah ©Hak Cipta Terpelihara http://www.casserose.com.

Untuk kebaikan semua, kami izinkan artikel diambil untuk tujuan perkongsian ilmu. Jika ingin disiarkan di medium media yang lain, saudara hanya perlu kreditkan kepada Casserose Agrofarm™ atau esis@casserose™ dan link-kan kepada URL (alamat) entry artikel yang diambil atau kepada http://www.casserose.com/ atau http://www.kambing-boer.blogspot.com/. Itu sahaja.

Terima kasih.