Sabtu, 19 November 2011

Khasiat Sabun Susu Kambing Hillcute Rossie


Sabun susu kambing Hillcute Rossie menggunakan semua bahan terpilih untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Kami telah dedahkan kepada semua tentang kandungan yang kami gunakan dalam setiap produk kami. Bagi Hillcute Rossie kandungannya ialah susu kambing asli, gliserin, minyak zaitun, pati sari mawar.

Kali ini saya bongkarkan lagi rahsia untuk tatapan pembaca. Rahsia khasiat untuk setiap bahan kandungan Hillcute Rossie kami. Semua maklumat dan bahan ini kami kumpul dan kami saring melalui kajian dan ujikaji kami sebelum kami mencipta produk sebelum dipasarkan. InsyaAllah dan Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan kami dan pengguna sabun ini.

Khasiat susu kambing.

Susu kambing dapat menjadikan kulit tetap lembut, halus dan gebu. Kajian terkini telah memperakui bahawa susu kambing membawa kesihatan kepada kulit. Ini kerana kandungannya melimpah dengan protien, asid amino, lemak, vitamin, mineral dan asid laktat yang memberikan hasil efektif dalam melembabkan kulit dan rambut secara intensif agar memberi hasil yang segera. Kandungan vitamin-vitamin ini bekerja secara sempurna untuk memulihkan kembali serta menjaga kehalusan kulit, keindahan tubuh dan rambut manusia.

Menurut seorang Doktor dari Ohio US, Doktor George Dermit telah melakukan penelitian dan terapi susu kambing kepada kanak-kanak penderita penyakit kulit. Hasil penelitian yang dilakukannya, beliau menyimpulkan bahawa susu kambing sangat baik bagi penderita penyakit kulit seperti enzima, jerawat dan gatal-gatal. Malah, pakar penyakit kulit dari New Zealand, menganjurkan pesakit mereka untuk minum susu kambing sebagai peningkatan kesihatan kulit terutama bahagian wajah.

Antara khasiat dari susu kambing:
1. Memutihkan kulit dengan cepat dan mencegah kehitaman.
2. Membersihkan dan menghilangkan daki ataupun kotoran yang terdapat di tubuh.
3. Menghaluskan, meremajakan, menegangkan sekaligus menutrisi kulit.
4. Menghilangkan bau badan.
5. Terbukti menghilangkan jerawat dan bekas jerawat di muka.
6. Meneutralkan kulit dari kekeringan dan kelebihan minyak.

Rujukan susu kambing

Khasiat Minyak Zaitun

Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, "Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".

Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.

Semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.

Manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan kerana banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.

Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai.

Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta)".

Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.

Rujukan minyak zaitun

Khasiat pati sari mawar.

Minyak pati sarinya mengandung geraniol dan limonene yang berfungsi sebagai antiseptik dan menambah daya tahan tubuh. Harum aroma bunga mawar baik untuk sistem saraf yang merupakan aromaterapi yang bersifat menenangkan, mengurangi stres emosional dan psikologi serta meningkatkan mood.

Pati sari mawar yang harum kaya akan antioksidan vitamin A dan vitamin C, minyak mawar mempunyai kesan tonik dan zat pada kapilari yang terletak betul-betul di bawah permukaan kulit. Minyak mawar mengurangkan kemerahan disebabkan oleh pembesaran pembuluh kapilari, iritasi dan luka bakar, atau keradangan kulit. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, kerana ia kaya omega-3 dan omega-6 fatty acids, sangat bermanfaat untuk memulihkan kulit kering, kasar, pecah-pecah, sensitif, dibakar, atau penuaan.

Rujukan pati sari mawar

Khasiat gliserin

Kerana sifat kelembapannya, ia dapat menarik air dari atmosfera ke dalam kulit dan menjaga kulit tetap lembab. Gliserin tidak beracun, sehingga membuatnya selamat untuk digunakan sebagai produk kulit, bahkan untuk anak-anak dan bayi.

Gliserin terkenal dengan manfaat yang tak terhitung banyaknya yang telah terbukti dalam perawatan kulit kering. Sifat Gliserin yang melembap dan higroskopis membuat Gliserin menjadi produk yang terbaik yang dapat digunakan untuk perawatan kulit kering dan masalah perawatan kulit lainnya. Hal ini dapat meningkatkan dan melindungi kulit kering dengan mengisi matriks antara sel dan juga membantu dalam membangun struktur kulit . Ini menarik hanya jumlah yang tepat diperlukan untuk menghidrasi kelembapan kulit kering. Gliserin produk kulit kering seperti sabun, losyen dan krim tubuh merupakan produk yang tepat untuk mereka yang berkulit kering, Gliserin sangat lembut dan tidak memiliki efek sampingan bila digunakan pada kulit. Gliserin juga digunakan sebagai penawar untuk kulit kering dan masalah berkaitan lainnya seperti psoriasis dan eksim. Gliserin juga dapat digunakan dalam bentuk aslinya, tetapi dalam jumlah terbatas. Hal ini dapat digunakan langsung pada kulit sebagai pelembap atau dapat ditambahkan ke air mandi, krim, pembersih atau losyen.

Gliserin sangat baik untuk bibir dan masalah-masalah yang berkaitan dengan bibir seperti kering, bibir pecah-pecah, bibir sakit atau bibir gelap. Gliserin boleh digunakan terus pada bibir, sekali di pagi hari dan sekali di waktu malam, terutamanya selama musim sejuk untuk mencegah dan mengobati bibir pecah-pecah. Untuk bibir gelap, gliserin dapat ditambahkan ke balm bibir atau dicampur dengan krim susu dan disapukan pada bibir. Selain itu, lipstik yang mengandung gliserin ditemukan lebih lembap untuk bibir.

Gliserin digunakan untuk kulit tidak hanya untuk kulit kering dan masalah kulit kering, juga meluas ke kulit berminyak dan masalah penuaan kulit. Gliserin sangat bermanfaat untuk perawatan kulit berminyak kerana ianya boleh mencegah dan merawat jerawat. Gliserin, pada kulit berminyak, boleh digunakan sebagai pembersih atau pelembap untuk hasil terbaik. Hal ini juga memiliki kemampuan untuk mengurangi atau memperlambat kan kemunculan kedutan dan garis-garis halus dan juga menghindari berlakunya jangkitan bakteria kulit.

Rujukan gliserin

**************
Harga hanya RM10.00/satu. Segala pertanyaan dan pembelian boleh hubungi kami seperti di bawah:

HILL : 012-6951835
RIE : 019-6752529

Selasa, 1 November 2011

Biri-Biri 2.0


MADRID - Kira-kira 5,000 ekor biri-biri dan 60 lembu berarak di bandar raya ini di Sepanyol kelmarin yang dikendalikan oleh sekumpulan penggembala.

Menurut Presiden satu majlis penggembala, Jesis Garzon, perarakkan itu bertujuan bagi melaksanakan hak untuk menggunakan laluan semasa penghijrahan haiwan tersebut dari kawasan tempat tinggi ke kawasan padang rumput.

Perarakan itu juga dilakukan dengan mengikut tradisi lama apabila seorang ketua penggembala membayar sejumlah duit siling yang digunakan pada abad ke-11 untuk menggunakan laluan di bandar raya ini. - AP


Link: KOSMO