Jumaat, 25 Januari 2008

Sharlinie: Detik Ini Pasti Berakhir

"Nashar, banyak betul anak kamu makan kari kambing ni". Tegur Zali separa berbisik. Nashar cuma tersenyum dan memerhatikan perlakuan anak kesayangannya, Lini.

"Eeemmmmmm... hihihihihihi sedappppppppnya gulai ni". Kata Lini. Tersenyum manja apabila bertentangan wajah dengan ayahnya. Kemudian ibunya.

Lantas, Lini berlari keanak-anakan ke arah kakaknya. Di kedua belah tangannya, ditatang erat dihadapan dada, semangkuk kari kambing. Tentunya untuk di ratah bersama saudara-saudaranya.

Itulah antara kata-kata dan perlakuan Lini yang masih terakam di sanubari kami. Masih jelas terbayang keletahnya yang riang dan manja di waktu itu. Ketika kami menjamu selera di suatu jamuan. Majlis keluarga.

Beberapa hari. Ya, beberapa hari sebelum tragedi hitam ini berlaku.

Lini adalah salah seorang keluarga kami. Anak saudara kepada pengurus kewangan Casserose. Kini, setelah hampir 2 minggu, Lini masih tidak di jumpai. Bantulah kami untuk menemuinya. Mungkin saudara insan budiman yang menjumpainya.

********

Setiap kali kari kambing terhidang di warung. Pasti kaku kami seketika. Sayu pantas menyesak dada.

Setiap kali kari kambing menjadi bualan. Terdiam kami. Mengimbau detik itu. Detik ini. Entah apakah pengakhirannya.....

Mungkin saudara insan budiman yang menjumpainya. Bantulah kami.

Isnin, 21 Januari 2008

Senyum Biri-Biri

Sesekali fikiran kena tenang dan damai. Hiburkan hati dan rehatkan diri. Walaupun kuat kerja setiap hari.....

Ehhhh... Damper siapa yang nakal ni?? Bukan saya punya. Hahaha

Jumaat, 18 Januari 2008

Kambing Boer Aqiqah

Untuk tujuan ibadah aqiqah, kami juga menjual kambing boer dengan harga RM16/kg sahaja. Berat kambing boer sembelihan ini antara 35-45kg. Sila hubungi kami jika berminat untuk mendapatkan kambing boer aqiqah.

Urusniaga kami berjalan sepanjang tahun dan 24 jam sehari. Hubungilah kami bila-bila masa yang saudara suka. Perkhidmatan perhantaran, sembelihan dan pemotongan daging (mengikut kehendak saudara) juga di sediakan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut di 019-2672529

Selasa, 15 Januari 2008

Tontoni Saya Di Astro Awani

Tontoni saya dikaca tivi anda Saluran 123: Astro Awani pada 19 Januari 2008, di sebelah malam. Saya akan muncul di rancangan Perspetif Kita yang dihostkan oleh Suhaimi Sulaiman.

Rakaman telah dibuat pada Sabtu, 12hb yang lalu. Antara panel yang dijemput selain saya ialah Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja (ayam organik), En. Mohamad Azoddin (Jus buah naga & baja), Prof Dr. Fatimah Mohd Arshad (UPM) dan Prof. Dr. Masuri Othman (MIMOS).

Kami membincangkan tentang anjakan yng patut dibuat oleh generasi muda untuk menceburi dan berjaya dalam bidang ni. Kami bertiga yang mewakili usahawan tani bercerita tentang pengalaman masing-masing. Antara cerita sensasi usahawan tani seperti kami ialah penat & lelah, usaha tanpa putus asa, semangat yang tinggi, kerja kuat dan cabaran yang kami rempuhi hingga akhirnya bertapak di tahap ini."


******

Seterusnya, esok jam 11.00 pagi krew daripada Astro Awani akan datang ke kandang kami di Jalan Kebun, Shah Alam untuk buat sedikit pengambaran. "Mahu tengok kambing yang manja", kata PA Suhaimi Sulaiman. Hehehe...

Jangan lupa tonton "Perspektif Kita" dengan tajuk "The Need for Quantum Leap in Agriculture". Jumpa saya yang muda belia ini di kaca tivi anda. Hahahaha......

Selasa, 1 Januari 2008

Azam Tahun Baru Casserose

Ini merupakan resolusi Casserose untuk tahun 2008:

  1. Demi kesihatan penduduk Malaysia, Casserose berusaha bersama-sama penternak kambing boer, menjadikan daging kambing boer sebagai pilihan utama untuk dimakan sebagai sumber protien berasaskan daging.
  2. Membantu penternak baru menjayakan penternakan kambing boer secara komersial dengan Sistem Ternakan Casserose.
  3. Menjadi sebagai pengeluar baka boer berkualiti untuk ternakan seluruh negara dan dalam masa yang sama mengurangkan pengaliran keluar tunai ke Australia.
  4. Meningkatkan kerjasama strategik (networking) dengan Kementerian, Agensi kerajaan serta penternak-penternak kambing seluruh Malaysia. Demi menjadikan industri ini lebih kompetitif.
  5. Berusaha ke arah penggunaan bio-teknologi dalam Sistem Ternakan Casserose agar penternakan kambing boer lebih bersifat saintifik demi menetapi standard antarabangsa seperti yang diharapkan oleh kerajaan.

DAN:
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008!!!

Semoga usaha kita membuahkan hasil dan usahasama serta kerjasama penternak kambing lebih kukuh di tahun baru.

Kukuhkan kerjasama, Hindarkan persaingan