Isnin, 16 Julai 2007

Pertemuan & Perkongsian Strategi

Pada Sabtu lepas, setelah temujanji dibuat, saya telah bertemu dengan Abang Halim (Ladang Ternak Lembu Kambing Ulu Yam). Pertemuan yang berlangsung 2 jam itu, rasakan sangat singkat.

Kami telah bertemu di Kandang Casserose di Jalan Kebun, Shah Alam. Sangat bertuah saya bertemu dengan beliau. Ini kerana Abang Halim tidak lokek ilmu, dan banyak informasi yang telah dikongsi dengan saya. Selain itu, pandangan Abang Halim tentang selok-belok penternakan, strategi pemasaran dan masa depan industri ini menjadikan saya respect pada beliau. Sungguh.

InsyaAllah, kami akan adakan kerjasama bijak untuk memantapkan lagi industri penternakan ruminan di Malaysia. Pada fikiran kami, jaringan kerjasama seperti ini harus di dipertingkatkan demi merancakkan industri penternakan.

***

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah bro kerana dah mulakan usaha..aku pun teringin nak pi kandang kau dan abang halim...cuma masa belum mengizinkan..tapi apa2 pun
perkara yang kita sentuh hari tu..insyallah dalam pemerhatian aku....aku pun masih berusaha dalam bidang nie..hehehe

Unknown berkata...

InsyaAllah dengan Kejujuran dan Keikhlasan semua perkara akan jadi senang dan mendapat kejayaan.Kita dilahirkan untuk belajar dan mengajar.Jom kita bergabung fikiran bersama sama.Ada perkara yang sensitif dan menyakitkan jangan simpan didalam hati.Jangan fikirkan status atau kedudukan kerana tak da lagi orang berak keluar emas,kita semua sama aja.Aku habuk pun tarak hahahaahahaaha

Rie berkata...

Salam,

InsyaAllah kita akan jumpa dan discus lebih lanjut tentang perkara tersebut...