Jumaat, 6 Julai 2007

Esis Berbicara Tentang Boer

Berbaloikah kambing boer yang anda beli? Pernahkah anda tanyakan soalan ini pada diri anda?

Setiap ringgit yang dikeluarkan, sangat bernilai. Jadi, segala keputusan untuk pembelian mesti menepati kehendak dan objektif penternakan. Dan. Pertimbangan yang paling penting, adalah untuk meminimumkan kos. Dalam masa yang sama, mendapatkan pulangan yang maksimum. Inilah penternak bijak.
******
Memang tidak dinafikan bahawa 90% induk boer akan beranak kembar. Inilah antara faktor penting kenapa boer menjadi pilihan. Selain itu, kebiasaan semua jenis induk kambing boleh di kahwinkan seawal 6 hingga 8 bulan. Jadi, dalam masa 5 bulan kambing anda sudak melahirkan anak buat pertama kali. Oleh itu, kadar kelahiran adalah 3 kali dalam masa 2 tahun. Selain itu, optimum induk melahirkan anak adalah sebanyak 6 kali, iaitu lebih kurang 3 tahun lebih umur kambing.

Begitu juga dengan pejantan boer. Setelah umur 2 tahun setengah, kadar libido (keinginan mengawan) mula menurun. Bukan itu sahaja, pejantan tua tadi juga tidak boleh dikahwinkan dengan anak atau cucunya (inbreeding) kerana membantutkan pembesaran keturunannya (contoh: kambing kathang, penternakan bebas di kampung). Oleh itu, peluang "berlibido" perlu diberi pada yang gagah & berkeinginan. Iaitu dari susur keturunan yang berbeza, (jangan kahwinkan anak dengan induk).
******
Dengan ini, pembelian induk yang efisyen adalah baka muda (5 bulan - 8 bulan), masih dara dari keturunan kembar. Harga yang berbaloi dengan kualiti dan boleh "perform" dengan efektif selama hayatnya. Inilah yang terbaik. Pilihan yang bijak, membeli boer yang telah dapat sesuaikan diri dengan persekitaran. Yang mana, ia tidak terlalu stress dengan persekitaran barunya.

Keadaan stress yang tinggi boleh menyebabkan induk yang bunting menggugurkan kandungan. Hanya kerana untuk survive, atau mungkin mati. Untuk mengatasi masalah ini, casserose mempunyai petua tersendiri. Iaitu dengan menyediakan sejenis daun yang menjadi aroma terapi untuk kambing, semasa dalam proses shiping atau transit.

Jadi, dengan penyelidikan dan pengalaman, casserose memberi produk dan perkhidmatan yang terbaik untuk pembeli. Pembelian boer casserose serendah RM1300 bagi betina dan Rm1500 untuk jantan untuk umur semuda 5 hingga 6 bulan. Dan Feral serendah RM500. Inilah penawaran yang paling bijak untuk anda!

Bukan itu sahaja, kami juga memberi khidmat nasihat seperti yang anda mahukan. DAN. Jangan bimbang dengan pasaran. Kami membeli semula boer anda!! Bukankah ini yang anda mahukan?.... Hubungi saya 012-2969763 atau email esis_rie[at]yahoo[dot]com untuk berurusan.

Tiada ulasan: